“Daun, kalaulah bau embun itu kau hidu
dengan damainya…”,
Bermadah sudah hatiku! Ada apa dengan rasa hati ini?
Gara-gara penyakit drama bersiri korea tadi kah?
Alahai! Hati bermonolog lah
pula.
Erk, lama juga jari-jemariku berendam dengan air beras ini. Olga…Olga…Sampai
bilalah mahu siap semua kerja ini? Erk, mama sampai sudah! Beginilah kalau
sumandak banyak berangan di dapur, meroyan sendiri di dapur.
Tempat melepas segala tekanan, sampai kena sound baru mahu dengar!
“Olga! Sudah
kau bersihkan itu beras kah itu? Meroyanlah adik kecil kau itu nanti kalau
sudah pulang dari rumah Aunty Risa tu…”
Nah, kan? Membebel sudah si mama dari
bilik susun kain…Kadang-kadang memang memalukan kalau sumandak yang sudah
berumur 23 tahun tapi masih kena bebel mama. Perkara biasa ditengking, sampai
hati ini kalau tidak mahu kalah pun mahu backup juga takut kena pijak,
hahahaaa…
Semua orang pun mesti ada satu perasaan yang mahu meroyan sampai
bergegar tahi telinga satu rumah dengar. Bapa kalau sudah nampak situasi begini
memang terus masuk bilik baring. Bukannya dia tidur pun, ligat main handphone dengan jari-jemarinya sibuk
tekan skrin handphone.
Nasib baiklah
adik bongsu yang guntilon tu jenis sporting,
pandai hancurkan perang mulut dengan kuasa lawak tanganaknya. Itu cerita tentang
adik, kali ini saya tidak mahu lagi kena tengking macam budak! Buat kerja
sampai siap baru enjoy duduk di
kerusi layan laptop. Tangkas jari-jemariku membersihkan beras untuk sajian
bubur ayam malam ini.
Kedengaran
bunyi hon kereta bapa di depan rumah. Apalagi, adik kecil 9 tahun tu terus
keluar jumpa bapa. Kerinduan sampai minta dipeluk dan menagih mainan yang
dijanjikan selalu, kereta mainan.
Tiba-tiba aku yang sedang kacau bubur ayam
yang hampir siap dipanggil Danel,
“Akak, mari bah angkat barang-barang yang
bapa beli. Banyak betul!”
Bila dengar adik cakap begitu, mesti banyak makanan
ringan atau biskut untuk dimakan nanti sambil layan movie seram. Memang
betullah, banyak keropok. Mama pula tengok saja pun terus mencari barang yang
disuruhnya beli,
“Ayang, mana lilin wangian? Ayang beli berapa?”
Jelingan mata
bapa dari jauh bagi petunjuk yang bapa sudah cukup rimas ditanya macam-macam
soalan lagi-lagi bapa baru saja sampai di rumah.
“Astaga! Cek la barang-barang
itu semua. Baru saja saya sampai ditanya macam-macam. Penat bah saya!”
“Nah,
bapa bilang penat bah dia…”
Celah aku di samping mama. Mama senyum diam seribu
bahasa untuk redakan keadaan. Penuhnya meja sarat dengan barangan yang dibeli,
saya dan mama susun semuanya satu-persatu. Lilin wangian yang diimpikan mama
terus diletaknya di meja bilik rehat. Ada 4 semuanya, makan malam sekaligus
disediakan di meja makan untuk 4 orang terus.
Malam ini kami makan bubur ayam
dengan sup telur sahaja. Ringkas tapi cukup untuk isi perut malam. Oleh kerana
bapa malam ini ada beli jagung 8 biji, bolehlah rebus 4 biji untuk sarapan
esok. Jagung keju untuk sarapan, memang bekalan terbaik untuk alas perut.
-----------------------------------------------------
Sibuk
betul deringan handphone berbunyi hari ini.
Kacau tidur betul!
Elak dikacau
lagi mood tidur, aku terus off handphone. Baru nyenyak sambung mimpi aku tadi sambil
berbungkuskan selimut.
Tiba-tiba rasa geli di tapak kaki, tidak habis-habis
dikacau. Si Kelabu kucing lah ni yang mengacau! Sassss! Bunyi plastik
betul-betul merimaskan aku. Rupanya di Danel kacau bangunkan aku! Terus aku
gapai tangan dia, dia pula cakar tangan aku balik, geram di hati siapa yang
tidak tertahan kan? Nanti kau, lantak aku bersuara kecil menahan geram.
Aku
terkepit di katil sekejap ingin mendapatkan handphone,
cek whatsapp group dan tentulah chat dari si dia si jantung hatiku.
Riaknya aku ingin mendengar khabar dari dia seorang, rupa-rupanya yang hanya
tiga perkataan ini saja yang aku dapat!
“Jangan lupa sarapan.”
Cuba kamu
bayangkan kalau dapat lelaki macam begini, rasa macam bodohnya aku ini!
Entah-entah si jantung hati buat lawak awal pagi, manada lawak. Ayat basi!
Dari
sudut pintu bilik lagi si Danel ketawa tersengih,
“ Aku hempas bantal ni dengan
kau baru tahu!”
Sikit lagi terniat di hati mahu buang, tapi saja tidak mahu
buat hal. Lantas aku bangun dengan mood
geram di awal pagi!
Hari ini hari Jumaat, hari kegemilangan budak sekolah dapat
pulang awal. Patutlah si Danel gembira semacam, kacau mood aku tidur panjang hari ini! Sudahlah semalaman khusyuk buat
cerpen di bilik, kiranya mahu ganti waktu tidur aku pagi ini…tapi budak
guntilon ini kacau daun betul! Siapa ada adik macam ini memang kerjanya merotan
atau bagi denda tidak bagi keluar main dengan jiran.
Baru jam 7 pagi
ini bapa memang awal pagi jalan pergi pejabat takut pening hadap traffic jam
lagi. Tapi nasiblah mama memang bangun awal pagi seperti rutin hariannya untuk
bagi bekalan sarapan untuk bapa.
“ Ma, tadi di bilik akak meradang sendiri
dengan whatsapp handphone…”
Jelingan
tajam aku tengok Danel yang kesedapan makan sarapan buat aku tambah geram bila
dia jelir lidahnya depan aku,
“Layan boyfriend
lah tu…”,
celahnya. Aku bangun dari kerusi kejar dia sampai depan pintu rumah,
“Ahh, ngam lah tu kau di sana! Ni, pakai kasut dengan stoking di luar dekat
pagar. Biar orang cakap penjual sayur lupa pakai kasut!”
Geram tu tidak siapa
yang dapat tahan melainkan mama di meja makan sibuk ketawa sehingga tidak mampu
menelan makanan di mulut, Jari-jemari mak pun payah seribu kali mahu diangkat
jagung tu ketika mahu disuap ke mulut.
Aku duduk sambil melayan milo
panas dengan jagung pelan-pelan dimakan.
“Bolehkah kalau ayat-ayat tadi tu kau
masukkan dalam cerpen kau nanti?”
Aku pula terasa lucu dengan kata-kata mak,
hahahaaa…
Tunggu Part II ya guyss....hihhiii
1 comments
BalasPadampoker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
ayo di kunjungi agen AJOQQ :D
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^