Galeri Seni Sabah : KARYA TEMPATAN DI SABAH HEBAT-HEBAT BELAKA! ( BALAI SENI LUKIS SABAH, 14 DISEMBER 2019 )
By Jovie J - 12/19/2019
Hye semua!
Di blog kali ini Jovie mahu kongsi tentang pengalaman Jovie pergi ke Balai Seni Lukis Sabah pada 14 Disember yang lalu.
Oleh kerana pada hari itu waktu Jovie sangat lapang, Jovie rajin jalan-jalan melawat destinasi terdekat untuk mengisi masa lapang sekaligus mencari pendedahan baru.
So, Jovie berhasrat untuk melawat 3 tempat pelancongan yang terdekat; Sabah Wetland Centre, Signal Hill Observatory Tower dan Balai Seni Lukis Sabah.
Tetapi untuk blog ini, Jovie akan jelaskan apa yang Jovie dapat melalui pengalaman Jovie melawat di Balai Seni Lukis Sabah.
Pasti ramai yang bertanya berapa yuran masuk untuk melawat tempat ini?
Hari itu, Jovie masuk hanya dengan bayaran sebanyak RM3 seorang...murah, kan?
So, sebelum mula melawat tu kena pergi ke kaunter utamanya dulu untuk membuat bayaran masuk. Nanti bila selesai membuat pembayaran, akan diberi tiket masuk membuktikan bahawa kamu sudah membayar dan kamu adalah pelawat di situ.
Hari itu, Jovie sempat juga bertanya dengan staff kaunter itu tentang prosedur sepanjang melawat di sana...sebab Jovie pada masa yang sama mahu ambil gambar dan merakam sepanjang paparan karya yang terpapar di dinding...rupanya pada sticker notis di pintu masuk itu tidak sama seperti yang mereka beritahu. Staff di sana cuba menjelaskan, sebab sepatutnya ada perubahan prosedur telah disusun tetapi pihak yang meletakkan notis sticker tersebut sudah melanjutkan pemasangan itu, mereka lansung tidak mampu berbuat apa-apa lagi melainkan hanya dengan menjelaskannya kepada pengunjung.
Jadi, Jovie lega dan senang hati dapat meneruskan niat mengambil gambar karya dan buat video untuk youtube channel.
Jovie mengambil masa hampir 30-40 minit melihat semua hasil karya yang ada di sana. Sangat mengagumkan! Di luar jangkaan! Karya-karya mereka sangat unik dan penuh dengan kreativiti seni.
Sebelum menaiki tangga melihat semua karya yang terpampang, akan kelihatan penunjuk arah setiap stesen yang akan kamu kunjungi nanti. Ini sebagai petunjuk untuk kita tahu apa yang ada di setiap tingkat di Balai Seni Lukis Sabah.
Di area kaunter utama juga terdapat koleksi jualan yang menarik untuk pengunjung;
Apabila Jovie mengelilingi kawasan karya, Jovie merasa bangga kerana karya tempatan juga mampu menandingi kreativiti negara lain. Kebanyakan masyarakat tempatan tidak melihat tentang kehebatan dan bakat yang ada di negeri sendiri, terlalu memandang rendah terhadap kemampuan orang kita sendiri.
Nah, setelah kamu mengunjungi Balai Seni Lukis Sabah, kamu tidak akan pernah merasa rugi malah karya tersebut memberi aura inspirasi kepada kita untuk mengangkat karya seni bangsa kita sendiri.
Kebanyakan karya yang dipaparkan di Balai Seni Lukis Sabah adalah daripada golongan pelukis muda yang pernah memenangi peraduan/pertandingan. Malah kategori karya di Balai ini juga ada daripada kategori pelajar sekolah rendah; dan ternyata kreativiti karya mereka sehebat golongan dewasa! Lukisan mereka sangat hidup dan setanding dengan pelukis-pelukis handalan.
Malah, untuk pengetahuan kamu semua, karya yang terpapar ini adalah daripada golongan pelukis tempatan dan terpilih untuk memaparkan lukisan mereka yang cukup hebat!
Dan setiap karya yang terpapar mempunyai harganya. Setiap lukisan mempunyai nilainya tersendiri, malah ada yang sudah SOLD OUT!
Mungkin di antara kamu semua ada yang berbakat untuk menjadi pelukis seperti ini?
Kamu boleh hantar karya seni visual kamu di sini, mungkin mereka akan terpegun melihat hasil karya kamu lalu dipilih sebagai sebahagian pelukis tempatan yang terbaik di Sabah!
Bukan setakat karya lukisan, tetapi karya berbentuk visual yang dihasilkan daripada barangan terpakai lalu divisualkan seperti monyet, dan lain-lain. Jovie tidak ambil gambar kesemuanya, biar kamu sendiri yang puas melihat semua hasil karya tempatan di depan mata kamu, hihiii...
Di bahagian luar pula, Jovie sempat melihat beberapa karya hebat-hebat, tapi bukan semua Jovie sempat gambar....3 gambar di atas itu adalah di antara karya yang Jovie lihat lama-lama kerana ketelitian dan penggunaan material terpakai yang dihasilkan dengan kemas dan releven.
Nah, Kesimpulannya Jovie sangat bertuah dapat mengunjungi tempat ini kerana semua hasil karyanya sangat hebat dan meremang bulu roma melihat setiap penelitian lukisan visual mereka dalam setiap karya mereka.
Semoga akan ada lebih ramai masyarakat di seluruh negeri Sabah berani untuk menonjolkan bakat mereka masing-masing untuk menaikkan pengaruh kesenian di negeri Sabah.
Dan untuk memuaskan hati kalian tentang perjalanan Jovie sepanjang mengunjungi Balai Seni Lukis Sabah, sini Jovie titipkan sebuah video:
Jangan lupa Subscribe, Komen, Like dan Kongsi video di youtube channel Jovie ini ke kawan-kawan yang lain juga, ya?
2 comments
Waa lamanya x datang sini.. Kali terakhir mungkin tahun 2010 .. haha
BalasPadamDatang lagi la melawat di sini...banyak karya yang hebat-hebat...
PadamTerima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^