JODOHKU DENGAN SI BINTANG ORIGAMI ( PART III )

By Jovie J - 12/02/2019


Rutin pagi kembali seperti biasa, tapi kali ini aku hampir terlupa untuk ingat chat dari sayang. 

Hari Ahad, pastinya ada berita dari si dia. 

Alangkah leganya bila si dia akhirnya memberi aku pesanan chat yang panjang sedikit daripada kebiasaannya,


 “Sayang, buat dua minggu ini hubby jarang berhubung ya, terlupa betul hubby yang handphone hubby tertinggal di rumah hari tu. Sekarang ini pun pinjam handphone kawan sekerja untuk text. Nanti kalau ada masa akan chat juga, ya? Lagi satu, berita baik yang hubby akan pulang dalam sebulan lagi sebab tiba-tiba tempoh dipendekkan daripada pihak sini. Kalau rindu, bolehlah kirim surat di alamat yang hubby bagi ni, ya?  Rindu sayang, bye!”

  Huuu…terlerai juga rasa rindu setelah seminggu tiada khabar dari dia. Jadi text ini akan kusimpan untuk aku ingat segala text yang dirindui.

-------------------------------------

 Inilah kali ketiga aku datang ke rumah mummy, pasti aku boleh melepaskan rindu lihat rupa bilik tidurnya. Mesti biliknya bersih seperti penampilannya juga. Aku akan simpan tabung bintang istimewa ini di biliknya untuk dijadikan sebagai hadiah paling istimewa untuk menghiasi biliknya nanti.

-----------------------------------------------------

          Hari ini hari istimewa aku, bawa mama melepak sekaligus melawat di rumah mummy Chris dan jumpa si Kusai yang manja seperti tuannya. Mama siap bawa tuhau dan bosou ikan untuk hidangan tengahari. Ini juga makanan kegemaran mummy dan Chris.

 Dalam perjalanan, mama tersengih tersenyum sendiri memikirkan rupa rumah mereka, " 

 "Mesti dorang orang kaya, kan? Siap beli anjing ada sulap bamboo di luar rumah lagi…” 

“Ma. Dorang pun macam kita juga, simple. Biasa-biasa saja. Cuma mummy Chris sangat suka susun koleksi adat warisan Sabah macam Sompoton, Bungkau, Turali, Tongkungon, Togunggak…” 

“Meremang bulu roma mama tau, makin  diceritakan, makin tidak sabar pula mak tengok…”

 Hanya mengambil masa perjalanan selama sejam 40 minit, tibalah di depan rumah mummy yang dikelilingi tumbuhan hijau segar di setiap pagar bambu buatan. Si Kusai dari jauh lagi sudah menyalak merindui manja dari girlfriend tuannya, hihiii…

Aku memanggil mummy dari pintu pagar sambil memeluk Kusai. Terserlah wangian kesegaran bambu. Sulap pula jadi tumpuan mama, sambil duduk melihat reka bentuk bambu di setiap sudut sulap. Tidak lama kemudian mummy keluar dengan kaca matanya, masing-masing mama dan mummy berpandangan manis dengan senyuman mesra. 

Di kiri tanganku ada bintang origami aku simpankan untuk si jantung hati di bilik nanti. Mummy terkejut dengan origami yang aku bawa. Lantas aku dipegang masuk ke rumah tanpa mengetahui tujuan mummy. Rambut panjang dan ikal mayang aku dibelai kemas oleh mummy dengan jari-jemarinya. 

Rupanya selama ini sayang mempunyai hobi yang sama seperti aku… 
benak dalam hatiku. 

Aku dan mummy duduk di tepi katil sayang sambil memandang origami bintang yang cantik dihiasi di meja. Wangian setiap bintang itu adalah wangian perfume yang pernah aku pakai selama kami bersama, moment-moment indah kami berdua dilekat di bingkai berbentuk bintang di dinding dan segala jumlah bintang ini adalah menandakan tempoh kami menjalinkan kasih bersama. 

Titisan air mata terlihat oleh mummy bila aku mula membaca setiap petikan ayat puitis yang disimpannya di albumnya. Terkaku dengan semua hiasan bilik yang penuh dengan sifat perawan oleh hasil nukilan si maskulin untuk puterinya.

 “Mummy tidak sangka semua ini sudah jodoh kamu berdua.”



 Setelah aku dan mummy menceritakan tentang origami ini, barulah mummy dan aku tahu semua ini. Aku memeluk mummy yang begitu peka dengan rahsia si sayang. 

“ Gambar ni lagi sweet, tengoklah” 

Cuba untuk membuat mummy tersenyum kembali bila cuba mengusik bingkai gambar mummy memeluk si jantung hati. Sebenarnya jauh di lubuk hati mummy, mummy rindu anaknya nun jauh di perantauan. Mummy tersenyum dan lap air mata yang tidak sempat jatuh di pipi. 

“ Bah, marilah kita makan. Kempunan nanti tidak sempat makan tengahari.” 

Mummy pegang tangan kiri mama mengajak makan di ruang tamu sambil duduk bersila di atas lantai. Mummy pasang lagu-lagu tempatan yang cukup terkenal di kalangan masyarakat tempatan Sabah.

 -----------------------------

          Hari sudah menemui lewat petang. 
Puas hari ini bercerita terutamanya si mama dan mummy. Aku pula sibuk baca diary cinta si sayang di atas meja biliknya. Rupanya aku memang cinta pertamanya. Tersengih senyum aku sendiri catatan harian luahan hatinya tentang aku dalam buku ni.



 “Olga, marilah pulang. Lewat sudah ni. Menunggu sudah bapa kau di rumah tu tunggu makanan dari mama kau ni.” 

Mummy ketawa dengar celoteh si mama yang memang nakal.

 “ kau ni, mak…Kita bawa mummy lawat rumah kitalah, boleh? Lusa baru pulang.” 

“Nah, ngam laitu. Daripada saya layan kerenah si Danel di rumah tiap hari, sekali-sekala dapat juga kita berkenal lagi dalam.” 

Mummy angguk kepala. Mummy dan mama segera uruskan rumah sebelum jalan, manakala aku uruskan segala keperluan si Kusai untuk dibawa bersama di rumah.

 “Mummy suda bawa handphone Chris juga?” 

“Ya, sudah…Erk, Macam bawa beg seminggu pula pergi rumah kamu walaupun hanya untuk 3 hari 2 malam.” 

Aku dan mama ketawa mendengar keluhan mummy Chris dalam kereta. Setibanya di rumah, bapa sudah pun masakkan sup ayam dan nasi goreng telur untuk hidangan malam. Mama sudah beritahu bapa melalui whatsapp yang akan ada mummy Chris di rumah untuk beberapa hari ini. Danel pula ketawa tengok aku tersengih penat di sofa. 



“ Dating sama orang tua, hahahaa…” 

Geram dengan gelagat nakal manja si budak ni, aku panggil bapa tegur perangai si Danel. Sejak aku mula bersama Chris, budak tu makin suka kacau aku. Mummy dan mama sibuk melayan diri di dapur. Mama jemput makan, aku pula beriya-iya hadap katil sekejap melayan penat.





Tunggu Kesudahannya di Part IV ya, hihiii.......

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Poker online dengan presentase menang yang besar
    ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^