“Jangan
lupa nanti jam11!”
Chat dari si
jantung hati ni memang sukar untuk difahami emosinya. Memang perangai dari dulu
begini, tidak pernah bagi ayat sweet sikit. Padahal dia dulu berusaha untuk
mendapatkan aku dengan kata-kata sweet bagai, kali ini kalau sudah 6 bulan
kenal memang semakin lain jadinya perangai dia.
Tapi ada satu hal yang buat aku
bertahan dengan dia, mummy dia sangat mengasihi hubungan kami.
Maklumlah, si
jantung hati tidak sempat berasa kasih dari seorang bapanya sejak dia berusia
10 tahun disebabkan mengalami strok haba ketika buat simen untuk lantai koridor
rumah di waktu cuaca panas terik. Ketika itu tiada seorang pun di rumah sebab
waktu itu mummynya pergi pekan dan kebetulannya Christopher pergi sekolah. Kejadian
itu diketahui apabila jiran sebelah kebetulan lalu hadapan rumah lalu memanggil
ambulans. Lantas mereka pergi ke hospital melihat keadaan bapa Christopher,
namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan .
Apabila
mengingat kembali saat mummy Chris menceritakan peristiwa itu, mummy seperti
merindukan suasana sewaktu masih adanya bapa Chris bersama mereka.
Lamunanku
melayang jauh di tangga rumah sampai tidak sedar jam sudah menunjukkan jam10.10 pagi.
Segera aku bersiap dan bagitahu mama yang aku akan keluar. Mama hanya
mengiyakan saja memandangkan mama sudah tahu tujuan aku. Mama sibuk siram
tanaman cili dan limau kasturi di luar rumah. Itulah hasil tanaman yang telah menjadi pendapatan
sampingan mama sejak 5 tahun lalu.
Sedar tak sedar, jam hampir menuju jam10.40…janji
keluar jam10.30 pagi ini, kali ini aku lewat gara-gara mengkhayal sekejap saja.
Hmmm….Perangai hati.
Okay, rupanya aku yang terlebih awal kali
ini.
Tadi Chris janji jam11:00 am, rupanya batang hidung pun belum jumpa tau!
Sudah 15 minit aku terdiam di pondok rehat ni tau! Orang sampai di taman ni
berlari lah jogging tapi aku ni macam
rasa bodoh seorang diri menunggu…Bagus kalau ramai yang ditunggu, ini hanya tunggu dia
seorang saja.
Cis!
Baik aku tidak payah buang masa menunggu, bagus aku jogging seorang diri! Dengan seluar
hitam ketat, baju sukan yang selesa sesuai untuk jogging, rambut panjang disanggul kemas dan kasut belang hitam dan
merah jambu. Cukup cantik untuk digelar “Ladies
Of The Week” di taman jogging
ini.
Tiba-tiba seekor anjing yang tebal bulunya datang
menyalak dari belakang…apa lagi, berlarian sambil teriak minta dijauhkan daripada
serangan anjing tu. Punya laju berlari sambil menoleh belakang melihat, rupanya
dia menghilang begitu sahaja.
Berusaha aku menoleh sini sana mencari di mana kelibat anjing
comel tu, rupanya di sebalik pokok besar itu. Aku perlahan-lahan melangkah ke
belakang sebab aku tahu mesti ada tuannya sekitar sini jika anjing ini ada. Aku
cuba bermain manja meredakan ganas anjing itu, semakin dia mengganas pula. Aku makin
takut dan semakin melangkah membelakangi…anjing itu mengejar pula.
Tersentap
aku bila secara tidak sedar aku dipeluk oleh orang lain, rupanya si jantung
hati. Ingatkan anjing itu kejar aku, rupanya anjing itu milik Chris pula.
Sentap pula aku dikenakan oleh si jantung hati!
Terduduk hubby di lantai taman
ini lihat gelagat lasak aku tadi.
Malu.
Malu.
-----------------------------------------------
Setelah 2 jam kami menghabiskan jogging kami, kami rehat di sebuah kedai makan
kecil di sekitar taman ini. Sinilah kegemaran Chris untuk makan makanan
kesukaannya, bubur kacang campur ubi kayu. Sejak kami selalu datang ke sini,
memang makanan ini jadi kegilaan kami berdua. Lagi-lagi dengan hidangan milo
ping special. Memang cukup kenyang sampai ke petang.
Sinilah kami banyak
meluangkan masa bersama tiap hari Jumaat pagi. Di sebalik lawak melayan cerita,
Chris mencelah dengan nada serius
“Serius sayang tidak akan cari yang lain
kalau si jantung hati ni pergi ke Singapura untuk urusan kerja selama 3 bulan?”
Riak wajah aku berubah sama sekali,
“ Erk, si jantung hati hubby ni bukan jenis playgirl,
ya? Awas mulut kau!”
Ketawa pekerja kedai ini bila aku meninggikan suara.
Gelagat lucu aku ini memang tidak lepas bila aku mula berperangai berang sikit.
Chris terus tutup bibir mulutku dengan manja. Aku tahu aku telah merosakkan suasana
bahagia antara kami berdua. Aku tersipu malu dan bertapuk di sebalik bahu
sayang.
Sambil berjalan di sekeliling taman sebelum berlabuh pulang, anjing ini
cuba bermanja dengan aku tiap kali kakiku melangkah selangkah demi selangkah.
"Nama dia Kusai. Sesuai dengan jantina anjing ini.”
Serius, aku ketawa habis statement dia. Simple seperti keadaan
realiti, biasanya menjadi suatu keunikan.
Orangnya serius tapi lawak pecah
perut jarang boleh dapat lelaki macam ini. Bayangkan orang ini pendiam tapi
bila perangainya lawak pelik keluar, sehari kau teringat sampai ke esok.
Hahahaaa…
”Nanti kalau sayang sudah keluar esok, bila-bila masa bolehlah datang
lawat mummy dan Kusai di rumah, ya? Atau bawa saja dorang pergi rumah at least ada kawan mama di rumah
bercerita nanti.”
“Okay!”
kataku sambil memberi simbol jari senang.
Selesanya
bila si jantung hati mula menyesuaikan diri dengan kehidupan hubungan kami
kini.
“Nanti bila sayang sudah sampai di Sabah 3 bulan kemudian, sayang akan bawa
hadiah yang paling special untuk
kita.”
“Hadiah apa tu, yang? Jantung hati baru kah?”
Kenakalan hatiku
membuatkan Chris makin geram dengan aku lalu pinggangku dicuitnya berkali-kali
dengan manja.
---------------------------------------------------
Sampai
sahaja di rumah lepas dating tadi,
aku terus ambil tuala mandi kerana tidak tahan dengan peluh hangat yang melekat
di tubuh. Susuk tubuhku dari bawah ke atas mama pandang,
“ Uisehh…makin bebeh
sudah sumandak ini, boleh cukup syarat kahwin sudah ni.”
Dari sofa mama pandang
semacam dengan aku, pura-pura lagi tidak tahu tujuan aku selalu.
Sebulan lepas,
Chris ada datang rumah kirim sayur sikit untuk di rumah. Hari itu bapa, mama
dan Danel ada di rumah. Bukan main terkesima lagi dorang bila first time aku bawa teman mesra di
rumah.
Sebenarnya itu plan last minute
waktu itu sebab aku mahu singgah minta cili dan limau kasturi sikit untuk
kiriman mummy Chris. Apalagi, mama dan bapa ambillah peluang bercerita sedikit
dengan sayang walaupun tidak sampai sejam di rumah.
“Mudah-mudahanlah hubungan
kamu semakin baik, kalau boleh sampai ke tua.”
Itulah satu-satunya pesanan yang
diingati kami berdua untuk memulakan kehidupan lepas ini.
“Elehh, buat tidak
tahu lagi mama ni tau. Memanglah sudah sumandak. Umur sudah 23 tahun, Chris
pula 27 tahun. Lepas Chris cuti rehat nanti, kiranya plan kami mahu bertunang.
Bolehkah, mak?”
Tersengih aku sambil memicit mesra bahu mama. Mama cuit
pinggang aku,
“ Siapa yang tidak mahu tengok anak mama gembira, kan? Lagi
cepat, lagi bagus…”
Lepas tu dicuitnya pinggang aku lagi berkali-kali. Jiran
bilang antara kami berdua seakan sahabat rapat yang sentiasa happy. Kalau Danel pula lebih rapat
dengan bapanya sebab selalu hadiahkan mainan. Walaupun mama yang berdarah
kacukan cina berumur 50 tahun, hubungan antara kami berdua masih sama dari dulu
sampai sekarang.
Bapa berketurunan Dusun pula baru mencecah umur 48 tahun
hujung tahun ini. Kadang-kadang bapalah yang urut mama bila ada masa cuti bapa.
--------------------------------------------
Lepas selesai mandi, aku terima chat
dari Pengarah syarikat penerbitan buku yang kedua aku akan dipasarkan dalam
tempoh 3 minggu ini. Tidak sabar rasanya ingin dapatkan respon yang baik dari
penggemar buku cerpen.
Buku pertama aku memang cukup laku pada 6 bulan pertama,
tetapi lepas setahun kemudian kurang mendapat sambutan kerana ada pesaing baru
penulis novel. Bagi aku, itu satu permulaan untuk memulakan perniagaan dalam
karier ini. Kali ini buku yang aku hasilkan membawa sedikit kelainan di mana ia
sangat dekat pada masyarakat yang suka berangan-angan, buku kali ini bersifat
fantasi tetapi juga disaratkan dengan dunia adat budaya dan tradisi Sabah.
---------------------------------------------------------
Seminggu
sudah berlalu, sayang sudah pun pergi ke Singapura untuk urusan kerjayanya
dalam bidang perubatan untuk 3 bulan.
Rindu kisah kelmarin, jarang kami
bermanja sebegitu sebab sibuk dengan kerjaya sendiri. Masing-masing punya
kerjaya sampai kadang-kadang hanya dapat balas chat sekali dalam sehari. Agak payah untuk menahan rindu pada
ketika ini, Isnin minggu depan mahu bawa mama lawat rumah mummy Chris untuk
pertama kali. Mama pula excited, siap mahu bawakan makanan untuk makan bersama
di sana nanti.
Setiap kali rindu, banyak origami bintang yang aku buat untuk
ungkapan rindu. Setiap origami bintang itu tertulis rasa rindu dan copy paste ayat manja sayang untuk
kenangan nanti. Sayang lansung tidak tahu hobi lainku selain buat cerpen.
Buat origami
kadang biar hatiku terlena dalam lamunan damai, memikirkan apa yang manis dan
satu-satunya tabung koleksi origamiku yang paling istimewa adalah pada bekas
kaca yang tersimpan origami warna-warni yang berkilat. Dalamnya aku coretkan
hari-hariku dengan ayat puitis bila rasa rindu dan sayang itu makin jelas.
Semakin tinggi kepercayaan sampai setiap satunya bintang itu aku catatkan doa
untuk kebahagiaan kami berdua. Setiap masa, setiap saat lamunanku memikirkannya.
Merasai bahagianya rasa cinta yang dalam hingga tidur pun terbawa-bawa mimpi
yang manis.
Aduhh, tahap rindu makin menebal maka makin banyaklah juga isi
bekas kaca itu. Pernah Danel menangis merungut mahu dapatkan tabung bintang special ini, tapi aku berikan yang lain
pula dan akhirnya di situ Danel lebih suka buat sendiri setelah diajar buat
bintang olehku.
Kini, aku hanya bergantung pada handphone untuk menunggu chat
terbaru dari si dia.
---------------------------------------
Malam
masih belum terima mesej apa-apa dari dia. Aku anggap dia begitu sibuk seperti
biasa. Aku biarkan handphone di atas meja bilik untuk
lupakan semua itu buat sementara.
Aku tolong mama kemaskan bilik rehat yang
selalu digunakan Danel untuk belajar dan bermain bila bosan. Kali ini aku
banyakkan masa menonton TV dengan mama di ruang tamu.
Sedar tak sedar mama
terlelap sendiri di sofa gara-gara terlalu penat mengurus rumah dalam usianya
begini. Aku bangunkan mama dan mula tutup lampu ruang tamu. Aku jenguk seketika
bilik Danel, mungkin dia masih khusyuk dengan buku cerita dongeng yang dibeli
bapa 3 hari lepas.
1 comments
ada 8 permainan poker menarik di AJOQQ :D
BalasPadamayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
WA : +855969190856
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^