Hye semua!
Di blog kali ini, Jovie mahu kongsi satu tips yang mungkin boleh dimanfaatkan untuk pelajar sekolah, guru, mahupun ibubapa sendiri untuk memudahkan anak-anak terdidik dan mempunyai inpirasi sendiri untuk menyusun buku sekolah.
Bukan mudah untuk menyuruh mereka susun buku sekolah secara tertib, jika tidak praktis bermula dari sekarang tentang cara pengurusan diri terutamanya bab menyusun atau mengemas buku.
Ini ada beberapa tips yang mudah untuk menarik minat menyusun buku sekolah agar kelihatan kemas, tersusun dan ceria;
1. BELI BUKU LATIHAN DENGAN WARNA UNTUK MEWAKILI SATU SUBJEK
Mungkin ada yang boleh menggunakan cara ini, ada yang tidak....sebab kebanyakan pelajar sekolah mengikut pada arahan guru mereka. Namun, untuk yang bebas penggunaan warna buku latihan boleh diaplikasikan agar mereka lebih senang mencari buku dengan kod warna yang sudah diatur. Cara ini juga boleh dipalikasikan kepada yang mempunyai buku nota/rujukan khas untuk mengulangkaji, akan memudahkan susunan dalam almari buku di rumah kamu. Cara ini juga menjadikan susunan buku lebih teratur mengikut susunan warna tersebut.
2. MEMPUNYAI ALMARI ATAU RAK BUKU WARNA WARNI/BERCORAK CERIA
Anak-anak/ pelajar akan lebih bersemangat apabila dia memiliki almari/rak buku yang ceria kerana ini akan mengingatkan mereka bahawa menyusun buku adalah hal yang boleh membangkitkan semangat. Mereka juga secara automatiknya akan terdorong untuk melakukan segala susunan buku jadual dengan lebih berdikari. Mereka yang mempunyai tempat buku sendiri akan membuatkan mereka untuk lebih faham bahawa buku sekolah adalah tanggungjawab mereka untuk menjaga buku itu dengan lebih baik.
3. CIPTA KOD BUKU SENDIRI
Kod buku boleh juga dikatakan berdasarkan kod warna, ataupun nombor, ataupun pelbagai gelaran untuk mereka lebih tertarik dengan aktiviti menyusun buku secara sehat. Sebagai contoh, kod nombor, kod huruf, kod binatang, kod nama guru...Hal ini sekaligus mendorong mereka untuk tertarik dengan cara susunan mereka tersendiri.
4. DIY TEMPAT BUKU SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK/PELAJAR
Semestinya untuk memiliki tempat susun buku mereka sendiri, kos duit sangat membebankan para ibubapa sehingga membiarkan anak-anak menyimpan buku mereka secara terbuka. Salah satu cara termudah adalah dengan membuat tempat buku sekolah mereka dengan menggunakan bahan terpakai. Bahan terpakai membolehkan kita mencari kreativiti sendiri untuk mencantikkan tempat buku; selain itu juga boleh menggoda jiwa anak-anak untuk mencari kreativiti sendiri suatu hari nanti.
Bahan terpakai boleh dengan hanya menggunakan;
- Kotak terpakai yang dibungkus dengan pembalut hadiah supaya kelihatan ceria.
- Pakai kayu bambu yang dipotong untuk membentuk tempat buku yang mesra alam
- bahan plastik terpakai yang bersaiz besar; boleh dihias dengan sticker menarik kesukaan anak-anak/pelajar
Sekian sedikit tips yang membantu menaikkan semangat bersekolah nanti, semoga ini memberi seribu satu manfaat khusunya pelajar dan para guru yang bakal berkhidmat semula pada musim sekolah nanti!
Terima kasih sudi baca blog Jovie!
2 comments
JACKPOT ynag besar hanya di AJOQQ :D
BalasPadamWA : +855969190856
JOIN NOW !!!
BalasPadamDan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.name
dewa-lotto.org
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^