Hye semuanya!
Lama Jovie tidak update untuk review buku, kan?
Nah, hari ini Jovie meluangkan masa dengan mengulas buku koleksi Jovie.
TAJUK BUKU: Tuhan Mengujimu Dengan Cinta
PENULIS: A.k
MUKA/SURAT: 153 m/s
PENERBIT: NuBook
ISBN: 978-967-1367-97-1
Apa yang Jovie suka dengan buku ini; ia menyenangkan hati kita dengan memahami dan menerima proses dugaan-dugaan kehidupan kita. Mengeluh itu tandanya kita putus asa; manakala bersyukur meringankan aura postitif kita melangkah ke depan, sekaligus memudahkan rezeki itu datang kepada kita. Beberapa contoh petikan daripada buku ini yang boleh kita petik untuk mengubah fikiran kita kepada konteks yang lebih baik;
" Mengeluh itu tidak salah kerana itu adalah sifat semula jadi manusia.
Tetapi, jangan terlalu mudah untuk mengeluh!
Mengeluh akan mempengaruhi kehidupanmu.
Mengeluh menjadikan kamu berfikiran negatif.
Mengeluh menjauhkan dirimu daripada rakan-rakan dan keluarga.
Mengeluh menjadikan dirimu kelihatan buruk pada pandangan orang lain.
Tidak ada orang yang senang melihat orang yang berterusan mengeluh.
Berhentilah mengeluh! "
( page 17 )
Dari buku ini juga Jovie mula menghargai dan percaya bahawa kehidupan kita sudah disusun indah oleh Tuhan. Setiap langkah kita dalam perjalanan hidup pasti memberi banyak hadiah misteri yang kita tidak tahu kapan kita memilikinya; seperti dalam petikan buku ini;
"TUHAN BEKERJA DENGAN CARA-NYA TERSENDIRI
Tiada sesiapa yang tahu bila dan bagaimana Tuhan akan memberi kebaikan, rezeki dan kebahagiaan.
Tiada seorang manusia pun yang tahu takdir dan ketentuan yang disiapkan untuk kita.
Di sebalik kesedihan yang kita anggap berat itu, tersimpan sebuah hikmah dan keampunan dosa.
Di sebalik setiap musibah, Tuhan sudah mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk kita."
( Page 65 )
Jovie juga menerima kesan yang mendalam daripada pembacaan buku ini bahawa hidup akan menjadi seperti yang kau inginkan. Berikut adalah petikan yang menyenangkan kita semua untuk memandang segala hal itu adalah hal yang terindah Tuhan berikan untuk kita semua.
"Jika hati sering dipenuhi dengan keburukan, kebencian, dan iri hati, semua yang kau lihat akan menjadi hitam.
Semua yang kau lihat akan menjadi buruk di matamu.
Namun, jika hati selalu dipenuhi dengan senyuman dan bersangka baik, di samping hati yang positif, pastinya semua yang kau lihat akan menjadi putih dan indah.
Semua yang kau lihat akan indah di matamu."
( Page 113 )
Kesimpulannya, buku ini sangat berkesan untuk mempengaruhi pemikiran dan perasaan pembaca; menjadikan hati dan jiwa kita memandang kehidupan dari aspek yang lebih baik tanpa merasa merungutnya melalui liku-liku kehidupan yang melemahkan.
Sebaliknya, jangan biarkan hati kita jatuh terus-menerus, sebaliknya belajarlah untuk membangkitkan semula diri kita setiap kali kita merasa jatuh dan lemah.
Kerana yang kuat akan terus dipelihara Tuhan untuk jadi lebih baik.
Sekian ulasan Jovie untuk review buku ini.
Buku ini adalah buku terbaik untuk kita semua tidak kira usia.
Lima bintang untuk si penulis!
Terima kasih kepada si penulis kerana berjaya menyembuhkan semangat para pembaca.
Semoga kamu terus mencari ilham dengan sifat membaca dan mengerti kehidupan dengan sudut yang baik!
0 comments
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^