JODOHKU DENGAN SI BINTANG ORIGAMI ( PART IV )

By Jovie J - 12/03/2019


Sedar tak sedar, aku tertidur sampai ke pagi. 
Tengok sebelahku, rupanya si Danel ikut tidur dengan aku. 

Owhh, ambil kesempatan main game di handphone la…,
benak hatiku sendiri. 

Aku mendapatkan gincu merah pekat di atas mejaku, aku conteng bibir dengan pipinya sekali. Jadilah dia patung, hahahah! 

Tanganku dipegang oleh adik, dia menjeling begitu tajam. Aku pun lantas bangun dari katil dengan rambut terburai kusut! 

Tiba-tiba pening kepala aku timbul, panas satu badan. Aku buka mataku dengan pandangan yang samar, rupanya itu hanyalah mimpi. 

Jam di handphone jelas menunjukkan jam10.30 pagi. 

Kain lembap diletak di dahiku. Nampak alat pengesan suhu badan di situ. Rupanya aku demam panas. Aku dibungkus selimut mama sekali.

 “ Kak, tadi bapa yang cek suhu badan kakak. Saya masih ingat suhu dia 38…” 

“38 darjah celcius.” 

“ Eya, kak, 38 darjah celcius.” 

Danel menyahut jawapanku. Tinggi juga ya….suara hatiku sendiri mengeluh sakit melanda tiba-tiba. 

“Mama dengan mummy Chris pergi beli sayur di tamu pekan sekejap. Dorang baru jalan tadi tu.” 

Pesan Danel di ruang tamu. 
Tidak larat untuk aku bangun dari katil bila demam kali ini sangat kuat. Hanya mampu duduk dengan sokongan bantal di belakang. Sup ayam di atas meja sebelahku hanya mampu ku habiskan setengah. Nasi pun masih ada sisanya tidak kuhabiskan. 
Danel masuk ke bilik bawakan aku ubat demam dan antibiotik.

 “ Kasi bangun kakak kalau ada dorang suda, arr?” 

Danel hanya mengangguk dan kembali menonton rancangan kartun kegemarannya. Aku melayan tidurku kembali. Handphone aku silent, malas melayan kerenah di waktu sakit sebegini.
         
------------------------------------------------

          Terdengar suara riuh di sebalik ruang tamu. Tubuhku segar beransur pulih setelah tidur hingga ke petang. 

Riuhnya suasana di ruang tamu kali ini buatku tertanya-tanya. 

Suara Danel menjerit ketawa lagi kedengaran mengalahkan suara orang tua di ruang tamu itu. Belum sempat pegang pintu bilik, Ada orang cuba buka pintu bilikku, pasti itu Danel. Aku bersembunyi di belakang pintu. Perlahan-lahan pintu dibuka. Eh, tinggi lampai pula lelaki ini. 

Eh, bapa ni! Segera aku keluar dari belakang pintu ini. Seribu tanda tanya aku bila lelaki yang aku lihat ini tiba-tiba cuba menutup pandanganku dengan kain tudung.

 Danel menjerit ke arahku. 
Lelaki itu cuba memeluk erat denganku.

” I miss you, sayang…” 

Degupan jantungnya jelas terasa di tubuhku.

"Pa, jangan main-main sama saya.” 

Aku tahu bapa memang suka peluk aku begini juga dalam keadaan terkejut. Danel ketawa. 

“Uncle, kakak ingat kau bapa saya, hahahha…” 

Pelukannya kulepaskan. Kali ini aku hairan siapa yang cuba usik aku? Takkan sepupu tuaku datang ke rumah tiba-tiba? Ikatan di kepalaku aku buka. 

“Olga…”

 kedua belah tanganku digenggam erat. Pandanganku masih samar disebabkan ikatan yang terlalu ketat. Dia memeluk erat tubuhku yang masih belum pulih sepenuhnya. Dahiku disentuh. Belum sempat aku cuba untuk seimbangkan tubuhku, dia menyambut tubuhku. Peningku melarat bila aku terkejut dengan situasi sebegini. 

Kelihatan dari jauh mummy datang melihat aku yang masih lemah di samping pelukan Chris. 

Jam8.30 malam jelas kelihatan di jam kecilku.
 Dahiku diletakkan dengan kain lembap lagi. Nampaknya demamku kali ini jauh melarat. Di sampingku kelihatan Chris tertidur dengan kepalanya singgah di katilku. Tanganku digenggamnya. 

Mama senyum di sebalik pintu bilik. Aku cuba buka kain lembap di dahi. Tubuhku kugerak sedikit untuk membuat diriku berasa selesa dengan cara baringku sendiri. Chris terbangun, lantas dia memelukku erat. 

Air mataku tidak mampu kusembunyi dari perasaan rindu. Mummy, mama, Danel, bapa semuanya mengintai dari sebalik pintu bilikku. Tersenyum mereka tengok drama cinta di bilik ni, hahahhaaa….

-------------------------------------------------------------------

   Setelah mengikat tali pertunangan selama setahun, akhirnya sampailah masa kami meraihkan kasih kami ke majlis perkahwinan yang cukup meriah dengan kedatangan saudara jauh, sahabat handai aku dan suamiku. 

Si Kusai kini menjadi kawan rapat si Danel sehingga kawan Danel pun hanya tergoda dengan kecomelan anjing kesukaan suamiku. Mummy, mama dan bapa sibuk melayan tetamu dan kenalan yang sekian lama tidak jumpa. 

Pengacara majlis kami yang sangat hebat mengatur majlis kami memanggil kami berdua ke hadapan pentas dengan baju gaunku berwarna merah jambu dan suamiku dengan baju ala-ala putera istana. 

Bisikan si sayang menjadikan gandingan tarian sentimental antara kami berdua semakin romantis, 

“ Tidak sangka jodohku dengan si bintang origamiku.” 


Aku tersenyum manja dengan suara maskulinnya. 


  • Share:

You Might Also Like

1 comments


  1. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^