Hye!
Di blog kali ini Jovie mahu berkongsi serba sedikit apakah itu content creator...
Trend masa kini, masyarakat lebih suka meluangkan masa bermain dengan alat teknologi ( dunia IT ).
Kini dengan adanya alat teknologi seperti handphone, laptop, computer dan sebagainya...Semua mula ketagih untuk mulai aktif dalam media sosial seperti facebook, instagram, twitter, wechat, whatsapp, youtube, website, blog dan lain-lain lagi.
Semua laman sosial yang ada pada ,masa sekarang telah menjadi sebahagian daripada alat penghubung interaksi dengan cara yang mudah. Ia juga merupakan alat teknologi alam maya yang memudahkan masyarakat berhubung dengan keluarga, saudara-mara dan sahabat dari jauh.
Nah, berbalik pada tajuk asal Jovie...
Apakah itu content creator?
Apakah fungsinya?
Dan apa manfaat dan kelebihannya?
CONTENT CREATOR adalah seseorang yang menyebarkan konten yang berbentuk sama ada dalam bentuk video, audio atau musik, karya penulisan, jurnal, dan informasi yang memberi pengetahuan bermanfaat juga memberi inspirasi kepada para penonton/pembaca.
DAN SIAPAKAH SEBAHAGIAN DARIPADA CONTENT CREATOR ITU?
Seseorang yang memiliki channel youtube di mana mereka selalu upload video dengan konten mereka tersendiri, mereka yang memiliki blog atau website sendiri dengan konten yang bermanfaat,
dan mereka yang aktif membuat konten yang berguna dalam laman sosial. Mereka yang tergolong dan sebahagian daripada content creator ini biasanya mempunyai peranan dan komitmen yang berterusan untuk memenuhi permintaan audiens ( pembaca/penonton ).
KENAPA MEREKA DIGELAR SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA CONTENT CREATOR?
Salah satu sebabnya; mereka adalah orang yang sangat aktif dan minat dalam mengupload konten kepada audiens dengan tujuan bukan untuk kepuasan mereka, tetapi dengan tujuan untuk memberi penghiburan, mesej yang bermanfaat dan berguna kepada masyarakat luar. Mereka seolah-olah bekerja di atas karya idea mereka sendiri untuk menjadikan konten mereka menarik di mata pembaca/penonton.
SIAPAKAH YANG LAYAK MENDAPAT TEMPAT SEBAGAI CONTENT CREATOR?
Mereka yang selalu mendapat perhatian penonton/pembaca dan sentiasa mendapat tempat di mana-mana media sosial, mereka juga sebahagian daripada content creator yang selalu/pernah menerima anugerah, pengiktirafan, pencapaian, penghargaan daripada mana-mana tempat. Mereka juga adalah sebahagian daripada content creator yang berbayar daripada Google Adsense. Sesiapa pun layak bergelar sebagai content creator apabila ingin bermula dengan karier ini.
KENAPA MEREKA DIBAYAR OLEH GOOGLE ADSENSE?
Ia terpulang kepada pengisian konten yang mereka tonjolkan; sama ada ia memberi manfaat, teladan, hiburan dan informasi yang berguna kepada masyarakat. Mereka yang menerima bayaran daripada Google Adsense biasanya kerana mereka telah berjaya memenuhi kriteria yang terbaik dalam menjadi sama ada seorang blogger, youtuber dan karier yang berkaitan. Dan untuk melayakkan diri menerima bayaran secara rasminya daripada Google Adsense mengambil masa yang lama dan tidak mudah.
APA MANFAAT DAN KELEBIHAN MENJADI CONTENT CREATOR?
Selalunya yang menjadi content creator bermula daripada hobi atau minat mereka; bukan sekadar hanya ingin mendapatkan nama atau dibayar. Kelebihan yang dimiliki mereka adalah;
1. Mereka dapat menghibur masyarakat melalui media sosial,
2. Dapat berkongsi pengetahuan kepada masyarakat,
3. Memberi kesedaran/motivasi kepada masyarakat di luar sana.
4. Sebarkan kebaikan
5. Dapat membantu memajukan perusahaan syarikat/agensi lain melalui pengiklanan.
Content Creator yang berjaya juga layak untuk menerima pengiktirafan kerana mereka memberi suatu info yang berguna kepada masyarakat TANPA;
1. Menyebarkan keburukan ,
2. Sensitiviti,
3. Perkauman,
4. Sentiman yang tidak betul
5. Penyebaran maklumat palsu.
6. Menayangkan adegan yang berbahaya atau tidak selamat
7. Merosakkan imej orang lain/ sesuatu agensi/ syarikat lain.
APAKAH FUNGSI CONTENT CREATOR?
Seperti biasa menyebarkan konten yang berguna kepada masyarakat dengan maksud yang baik; konsisten dalam melakukan tugas sebagai content creator tanpa menyentuh isu-isu sensitiviti untuk mempengaruhi masyarakat melakukan hal yang tidak baik.
CABARAN SEBAGAI CONTENT CREATOR?
Bersedia menerima kecaman masyarakat, kerana pasti ada sebilangan yang sentiasa merasa tidak puas hati dengan konten yang diberi.
Pengorbanan dari segi masa, wang ringgit, hal-hal yang berkaitan. Contohnya;
1. Duit untuk membaiki laptop, handphone atau segala yang rosak
2. Memerlukan internet yang mencukupi untuk berhubung lansung dengan applikasi yang diperlukan.
3. Duit untuk tampung kos memenuhi kelengkapan ( seperti seorang youtuber, perlu kelengkapan yang mencukupi seperti kamera, microphone, hard disk, pendrive yang boleh menyimpan banyak video shooting, laptop dan sebagainya. )
4. Masa banyak digunakan untuk proses editing tidak kira blogger atau youtuber atau lain-lain yang berkaitan content creator.
5.Usaha yang berterusan; memerlukan semangat yang kental untuk meneruskan karier sebagai content creator.
Nah, mungkin ini baru pengisian yang sedikit yang Jovie boleh kongsikan buat kamu semua.
Semoga dengan konten ini boleh memberi inspirasi dan semangat kepada kamu semua untuk memulakan karier kamu masing-masing!
Untuk berjaya tidak perlu jadi orang yang pintar saja, Untuk berjaya perlu belajar bermula dari kosong dan suka dengan apa yang kamu buat.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat, penambahbaikan atau pendapat yang ingin kamu kongsikan, bolehlah utarakan komen kamu di bawah, ya...
Terima kasih sudi singgah blog Jovie!
3 comments
AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)
ohh.. sy ingatkan content creator nie mcm blogger gitu..
BalasPadamJust found this beautiful insight! doing some research for my posting and I found you !�� Salam dari Keningau Sabah ! ��
BalasPadamTerima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^