Sudah lama Jovie tidak share pengalaman hidup dalam blog ni, kan?
Jovie kini harus lebih banyak susun jadual untuk update konten-konten yang bermanfaat untuk pembaca setia mahupun kepada sesiapa yang ingin mendapatkan sumber pengetahuan lebih.
Sejak dua menjak ini, ada saja yang tanya Jovie,
"Dulu memang kau ambil seni kah?"
"Apa subjek yang wajib saya ambil untuk mencapai kelayakan dalam bidang kesenian?
"Kelulusan apa yang mencukupkan persyaratan masuk dalam dunia seni?
" Dulu sebelum kau belajar bidang seni, apa ja kau belajar?"
Okay, sini mahu explain tentang pengalaman sebenar Jovie sebelum mula serius untuk terjebak dalam dunia seni.
Ini adalah pengalaman saya SEBELUM mengambil keputusan masuk dalam dunia seni.
JOVIE HANYALAH PELAJAR PALING PENDIAM
Jovie hanyalah pelajar biasa yang tiada pernah memiliki pencapaian tertinggi dalam mana-mana akademik, boleh dikatakan hanyalah menjadi sebahagian daripada pelajar biasa dalam kelas.
Guru lebih mengenali peribadi Jovie sebagai seorang yang pendiam, tiada kelebihan luar biasa pun yang boleh ditonjolkan kepada khalayak umum. Perwatakan pelajar pendiam, itulah gelaran yang mudah untuk guru mengenali Jovie.
JOVIE TIADA PENGALAMAN MASUK DALAM DUNIA TADIKA/PRASEKOLAH
Jovie tidak mempunyai pengalaman masuk dalam kelas tadika/prasekolah kerana dahulunya sistem pendidikan tidak begitu mengetatkan persyaratan / tidak wajib untuk masuk ke tadika/praseskolah. So, dari berumur 1 tahun hinggalah 6 tahun Jovie hanyalah belajar dari rumah sahaja.
MEMASUKI DUNIA PERSEKOLAHAN PADA USIA 7 TAHUN
Bermulanya masuk ke umur 7 tahun, barulah ibu bapa memasukkan Jovie dalam dunia persekolahan. Culture Shock! Hahaaa...Masih ingat lagi hari pertama masuk sekolah Jovie menangis kerana harus pergi ke sekolah tanpa bimbingan ibubapa. Bapa yang selalu menghantar Jovie ke sekolah setiap hari, keluar saja bapa dari kawasan sekolah, pasti Jovie akan kejar bapa sambil menangis teresak-esak!
Ya,ampun! pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan.
JOVIE SUKA BELAJAR ILMU BARU !
Di sekolah rendah, Jovie sangat senang belajar kerana suasana kelas yang penuh dengan rasa ingin tahu. Ilmu bagi Jovie ketika itu harus mampu menguasainya kerana Jovie selalu diingatkan guru supaya ilmu yang diperoleh ini akan digunakan dalam kehidupan seharian nanti. Ada saja ilmu baru yang Jovie belajar setiap hari, tidak pernah bosan belajar ilmu baru. Bahkan, Jovie pasti selalu berminat untuk mempelajarinya walaupun sering dimarah salah satu guru yang garang.
PENGALAMAN KENA DENDA, MARAH
Pengalaman yang paling Jovie tidak boleh lupa ialah ketika dimarahi cikgu kerana tidak mampu menjawab pertanyaannya. Denda yang pernah dialami Jovie seperti, berdiri atas meja cuma dengan satu kaki dan kaki sebelah diangkat paras lutut...dahi diconteng kapur, dihumban pemadam papan putih, berdiri di depan pintu sambil pegang buku teks...telinga dipulas sampai pedih...kutip sampah keliling sekolah...lebih banyak, hahahaa...
Mahu nangis pun, Jovie waktu tu tidak pernah berfikir untuk membalas balik dengan kejahatan. Jovie faham itulah perangai Cikgu itu yang ingin pelajarnya lebih hebat dalam menguasai subjek itu.
Yang hairannya juga, Jovie tidak pernah ingin menangis kerana didenda. Malah, Jovie sebenarnya suka dengan subjek tersebut. Mungkin Jovie lebih fikir enjoy daripada serius.
MAIN SAMPAI BASAH KUYUP ( MAIN HUJAN )
Inilah pengalaman paling berharga bagi Jovie. Bermain adalah hobi yang berpanjangan bagi kita di zaman sekolah rendah. Panjat pokok, main sembunyi-sembunyi dalam hutan. Main gelongsoran di parit jalanan sampai baju seragam koyak-rabak. Cerita mitos-mitos menyeramkan ketika dalam perjalanan pulang. Generasi kelahiran 1995 pasti tidak lari dengan kisah Balan-Balan yang selalu jadi bualan hangat di Sabah ketika itu. Mitos ada hantu kahwin jika ada hujan bercampur cuaca panas...hahaa.
PERSAINGAN POSITIF DALAM PERJUANGAN MENDAPATKAN KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM UPSR.
Ketika dalam musim menghadapi peperiksaan UPSR, kami dalam sepakat untuk sama-sama memiliki keputusan UPSR yang cemerlang. Sama-sama ingin naik, berjaya, cemerlang. Ketika ini, fokus Jovie cumalah belajar untuk membentuk nota ajaib untuk Jovie lebih mahir dalam semua topik subjek. Sehinggalah akhirnya keputusan UPSR termeterai, terasa sedikit kekecewaan kerana tidak dapat melepasi target pencapaian diri. Akhirnya, lama-lama Jovie menerima bahawa keputusan yang Jovie terima itu sudah cukup memberansangkan,2A 3B...sekurang-kurangnya tiada gred C untuk Jovie meratapi kekecewaan melampau, hahahaa..
MEMASUKI DUNIA PERSEKOLAHAN PERINGKAT MENENGAH
Jovie tetap dalam karakter sebagai pelajar pendiam, malah jarang bertanya dan mempunyai bilangan sahabat yang sedikit. Jumpa kawan baru, hanya mampu senyum dan kadang-kadang lansung tidak menegur sama sekali kerana takut dibuli melebih-lebih. Boleh dikatakan tahap insecure sangat tinggi. Tahap keyakinan diri juga semakin kurang kerana kali ini berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar yang kita tidak akan tahu sifat sebenarnya. Dalam peringkat ini, Jovie hanya punya sifat ingin tahu dengan dunia sekolah tahap ini. Jovie tidak pernah terlepas untuk mengikuti aktiviti perkhemahan sekolah. Dari aktiviti perkhemahan inilah Jovie mengenali lebih ramai senior dan junior yang memiliki bakat masing-masing.
Kalau dahulu, peperiksaan PT3 lebih dikenali sebagai PMR ( Peperiksaan Menengah Rendah ). Pada tahun itu, Jovie memasuki kelas yang di luar jangkaan Jovie; di mana Jovie masuk kedudukan kelas paling hujung. Jovie sehingga kini masih tidak faham kenapa Jovie harus dimasukkan dalam kelas itu. Apakan daya, Jovie tidak mempunyai hak untuk melawan sistem pengurusan sekolah. Apa yang Jovie boleh buktikan hanya dengan menunjukkan keputusan peperiksaan yang melayakkan Jovie masuk dalam kelas standard atas. Itulah prinsip yang Jovie pegang ketika itu.
TEKAD MEMILIH SUBJEK LEBIH POWER UNTUK MEMBUKTIKAN KEMAMPUAN DIRI
Syukur, ketika menerima keputusan PMR, Jovie dapat menarik nafas lega mampu mencapai target kelulusan yang termampu. Ketika memasuki orentasi kemasukan Tingkatan 4, Jovie memegang tekad yang kuat untuk menjadi sebahagian daripada pelajar yang dapat masuk dalam kelas aliran tersebut. Atas alasan ingin menjadi lebih baik dan membanggakan diri sendiri dengan usaha kemampuan yang ada. Jovie memilih subjek Sains Sukan, Ekonomi Asas, Asas Perakaunan, Geografi dan subjek wajib yang lain.
Menjadi sebahagian daripada pelajar dalam aliran tersebut merupakan pencapaian terhebat yang Jovie pernah lalui. Namun, setelah mendalami dunia kelas pembelajaran ini, Jovie perlahan-lahan mengalami bebanan yang menyukarkan Jovie menghadam semuanya satu persatu. Jovie dikelilingi oleh pelajar yang sememangnya berasal dari kelas yang hebat sebelum ini. Jovie merasa saingan yang terlalu hebat, malahan Jovie mulai memahami bahawa bukan semua subjek Jovie mampu angkat.
Kadang, Jovie lebih memikir untuk berehat ambil cuti untuk merehatkan otak yang terlalu menerima banyak input. Ternyata untuk sukses juga perlu persediaan mental yang padu!
MENGAMBIL KEPUTUSAN AMBIL TUISYEN TAMBAHAN DI LUAR SEKOLAH
Di ambang-ambang menuju peperiksaan SPM, Jovie telah secara bulat hati mengambil tuisyen tambahan untuk subjek Asas Perakaunan. Antara Matematik dan Asas Perakaunan, Jovie lebih hadam untuk belajar lebih untuk subjek Akaun. Jovie tahu bahawa Matematik adalah subjek wajib yang harus Jovie kuasai sebelum Akaun, namun Jovie mengambil keputusan untuk ulangkaji lebih dalam Akaun kerana ini pengalaman terakhir Jovie untuk mendalami dunia akaun lebih baik.
KERJA KURSUS SUBJEK AKAUN SETARAF BUAT AKAUN UNTUK SYARIKAT
Ini adalah salah satu punca yang membuatkan Jovie sukar untuk mengatur emosi sepanjang tempoh tersebut. Syukur Jovie dikelilingi sahabat yang 2 kali lebih hadam dalam susun alur proses akaun. Maaf, dia bukanlah akauntan atau bisnessman/woman...dia hanyalah pelajar biasa yang sangat hebat dalam subjek ni. Tingkatan 5 Jovie banyak melalui proses susah payah untuk menguasai semua subjek...pengorbanan masa, menaip kerja kursus akaun di Pusat Cyber bersama seorang kawan yang lebih hebat dalam mencari inisiatif menyelesaikan sesuatu masalah. Syukur Tuhan mempertemukan saya dengan sebilangan kawan yang betul-betul memahami. Rakan baik saya adalah yang selalu ada di posisi Kiri dan Kanan meja saya, hahaa.
TERIMA KEPUTUSAN SPM APA ADANYA
Jovie akui akan ada beberapa subjek yang Jovie tidak mampu jana penyelesaian ketika menjawab peperiksaan. Ketika itu, Jovie sudah hilang akal untuk mencari jawapannya...Jovie reda. Saat Jovie menerima keputusan SPM, Jovie mengalami sedikit kekecewaan di mana subjek yang terendah itu tersimpan sebuah harapan lampau dari Cikgu yang mengharapkan Jovie at least lulus dengan baik untuk kali terakhirnya. Menerima gred D dalam 2 subjek SPM adalah pencapaian terburuk atau kegagalan terburuk yang Jovie terima sepanjang dalam dunia peperiksaan besar. Terima kegagalan, kecewa sehingga tidak pernah bertemu lagi dengan cikgu yang pernah menaruh harapan yang terbaik buat Jovie. Maafkan Jovie, Cikgu...
PERNAH BUNTU MEMILIH HALA TUJU KEHIDUPAN SETELAH SPM.
Jovie pernah menganggur untuk beberapa bulan sebelum mengambil keputusan sambung belajar pada peringkat STPM. Syukur beberapa bulan kemudian, menerima kerja dengan gaji bulanan serendah RM400. Jovie menerima kerja ini sebagai sebahagian daripada pengalaman Jovie berhadapan dengan alam pekerjaan. Sambil itu, Jovie juga menerima tawaran Diploma untuk dalam bidang Fisioterapi..Jovie telah membuat keputusan tanpa berfikir 2 kali. Setelah Jovie menerima tawaran menerima kelayakan masuk peringkat STPM, Bayaran RM500 untuk pendaftaran memasuki bidang Fisioterapi hangus begitu saja. Kesian bapa yang bertungkus lumus memberi sokongan ambil bidang tersebut.
SAMBUNG PENGAJIAN PERINGKAT STPM
Kini tiada lagi seragam sekolah wajib, kasut sekolah formal dan galakan membawa handphone telahpun dilonggarkan; STPM. Jovie akhirnya mampu bernafas daripada penjara peraturan ketat sistem sekolah. Akhirnya Jovie naik ke satu langkah lebih mandiri, memiliki ilmu pendidikan yang lebih bertaraf. Jovie lebih yakin bahawa STPM adalah langkah hala tuju yang terbaik sebelum memasuki dunia institusi pengajian tinggi lebih besar. Jimat kos,tempoh pengajian yang singkat, dan sistem peperiksaan setaraf pendidikan Asia.
MENGAMBIL KEPUTUSAN TANPA FIKIR DUA KALI
Jovie dengan yakinnya memilih untuk mempelajari bidang/ aliran yang baru dalam peringkat STPM. Sewaktu Jovie dengan tekad hati berpindah ke aliran baru, cikgu sempat memanggil saya di belakang secara personal untuk berbincang tentang keputusan yang Jovie pilih ini.
" Jovinia, kau yakin mau ambil subjek ni? Bukan kau dulu pelajar aliran Ekonomi?"
"Ya, Cikgu. Saya tekad, yakin dengan keputusan ni. Kalau saya ambil kelas Ekonomi lagi, saya takut saya tidak mampu angkat beban subjek terlemah saya lagi..."
" Baiklah, kau ada alasan. Harap aliran baru ni kau dapat kejar subjek Sastera, yaa Jovie?"
Jovie menggangguk, berkata Ya dan hanya mampu tersenyum dengan yakin. Tanpa rasa penyesalan, saya kembali ke tempat duduk asal dengan rakan kelas baru saya. Saya masih ingat dengan prinsip sewaktu Orentasi masuk Tingkatan 4,
"Ingat, pilihan dan keputusan kamu adalah berkaitan masa depan kamu. Jangan pilih subjek kerana ikut kawan atau atas dasar mahu jadi hebat tanpa melihat kemampuan diri sendiri."
Sehingga ke hari ini, prinsip itu tetap Jovie ingat dan simpan sebagai pedoman maju ke hadapan.
Akhirnya, Jovie lega dapat memasuki dunia bidang baru, Aliran Sastera.
BERTEMU DENGAN KARAKTER JIWA KESENIAN YANG PENUH DENGAN ESTETIKA JIWA MASING-MASING
Hari pertama Jovie memasuki kelas dengan rakan Sastera baru, Jovie agak sedikit ringan. Tiada beban berat yang Jovie alami kerana aura personaliti setiap pelajar di sini agak melucukan. Agak aneh, tetapi penuh dengan keunikan masing- masing.
Ada yang kuat tidur, tapi pengetahuannya di luar kotak pemikiran...hahahaa.
Ada yang degil dan nakal, namun dia lebih mudah serap ilmu...
Ada yang suka membuat hiburan dalam kelas, namun kesannya memberi ransangan yang baik untuk keceriaan kelas.
Kenapa Jovie tidak memilih untuk mempelajari dunia seni dari mula lagi?
Hahaa...
Ya, dari sinilah Jovie betul-betul serius mendalami ilmu seni dan sastera...
Sesuai dengan pembawaan jiwa yang suka menjiwai dunia seni...
Episod selanjutnya akan bersambung...
Hye!
Lama Jovie tidak berkata-kata seperti orang biasa; Selama ini hanya sarat dengan penulisan puisi saja...Hmmm,
Jovie mula blogging sejak September 2019. Dari sana Jovie mula terbuka hati untuk buka blog. Dan baru Jovie teringat bahawa ada seseorang kawan yang memang sudah lama buat blog sampai jadi sukses, bahkan masuk dalam ranking Malaysia; satu sekolah waktu zaman menengah...
Dan kenapa Jovie berniat untuk blogging?
Okay, dipendekkan cerita lah kan, hahhaa....
Jovie sebenarnya sangat mencemburui kejayaan anak muda sekarang, bahkan ada senior yang semakin hebat mencari tempat dalam golongan yang berpengaruh dalam bidang dorang masing-masing...
Yang Jovie tahu, Jovie memang suka membaca dan menulis puisi...Jovie sendiri pun belum nampak sisi kejayaan apa yang Jovie ada untuk diri sendiri.
Bagi Jovie, duit bukan kejayaan yang Jovie kejar...Memang untuk berjaya, duit adalah fokus utama...Tapi, bagi Jovie...Jovie mahu mencari apa produk bakat/talenta yang ada pada diri Jovie sendiri. Jovie berfikir adalah sangat rugi untuk Jovie tidak mengejar kekuatan diri sendiri.
Start mula blogging, Jovie lupa niat untuk cari pasangan atau boleh dikatakan malas fikir pasal kehidupan baru; Kahwin. Tapi, bukan bermakna Jovie tidak berfikir untuk mencari jodoh...tidak. Jovie pada saat itu hanya terfikir untuk mencari titik kekuatan Jovie sendiri untuk hidup memperbaiki diri, gitu...hahhaa..
Untuk jadi hebat dalam berkarya, tiada jalan mudah/jalan pintas. Terpulang dengan diri kita samada mahu teruskan berjuang atau buat endah tak endah saja. Bagi Jovie, Jovie hanya blogging kerana Jovie percaya karya seni adalah karya yang sangat disukai semua. Bukan setakat disukai, Jovie memang cukup jatuh cinta dengan petikan ayat yang dikutip dari hati Jovie sendiri. Apabila ada pembaca yang benar-benar menghargai karya seni Jovie...Jovie semakin rajin menelaah perasaan Jovie.
...
Jovie pada dasarnya bukanlah bertujuan untuk meluah dengan cara penulisan biasa begini. Jovie lebih suka mengekpresikan perasaan dengan kata-kata puitis...
Sebab kata-kata puitis itu bagi Jovie adalah suatu nilai keindahan daripada ekspresi jiwa kita. So, Jovie hanya lebih suka menonjolkan unsur keindahan yang Jovie rasai dari lubuk hati...sampai pembaca boleh merasai gambaran sebenar luahan itu bagaimana...Apabila si pembaca membaca karya puisi Jovie, Jovie seakan merasai bahawa ada seseorang yang cuba memahami sisi kehidupan Jovie...
Sejujur-jujurnya, segala penulisan Jovie pada dasarnya adalah kutipan perjalanan Jovie dan pemerhatian kehidupan sekeliling Jovie. Terpulang kepada pembaca jika ada yang suka atau tidak pada penceritaan puisi itu, yang pasti pada saat itu kamu sedang membaca sisi kehidupan Jovie...
Ada yang mungkin sedang mengatakan;
Apa sebenarnya tujuan hidup Jovie?
Apa ramalan masa depan Jovie?
Bila Jovie mahu ketengahkan bakat Jovie lagi meluas?
Okay, bukan Jovie mahu minta perhatian untuk meraih kejayaan...Jovie setakat berkongsi apa yang Jovie lalui; tapi bukan semua hal perlu diketengahkan termasuk hal peribadi. Ada yang melihat status Jovie dan berfikir Jovie satu masa nanti akan mendalami iman dalam keagamaan...Ada yang berfikir Jovie sudah putus asa fikir soal kahwin...Ada yang fikir Jovie lebih suka bersendiri sekarang.
Eya, Jovie sedang membaca hati kalian...hahaaha. Jovie baik-baik saja. Cuma sekarang target Jovie mahu mengembangkan kemampuan diri sendiri. Jovie mahu tengok mana kekuatan yang perlu Jovie ketengahkan dan mana yang perlu dibaikpulih...Ya, kamu tahulah sifat pendiam jiwanya agak pemikir dan perlu banyak "Me Time".
Banyak yang bertanya;
Apa tips blogging makin mantap?
Apa tips supaya orang tidak cepat boring?
Apa tips supaya banyak membaca blog saya?
Nah, simple saja.
Kena ada niat bahawa blogging adalah seolah buku diari kamu yang dibaca ramai orang. Untuk elak orang tidak cepat boring, itu tergantung dengan cara kamu mengekspresikan penulisan konten dalam blogging kamu...kalau terlalu memaksa fikiran untuk menulis sesuatu yang bukan kamu suka, tapi mau disimpan dalam konten blog...percayalah, orang baca 2-3 baris pertama ayat pun sudah dibiar dan skip begitu saja. Blogging itu adalah sebahagian daripada hobi kamu. Jangan paksa tulis sesuatu yang bukan berkaitan dengan passion penulisan konten kamu. Tips untuk banyak view...hmmm, ini mungkin sebab tujuan dia memiliki blog cuma untuk mendapatkan google adsense ni...ini yang dikatakan tiada kejujuran dalam menulis. Jangan pernah simpan niat blogging semata-mata untuk memiliki google adsense saja.
...
Hihii, Jovie ada sisi di mana Jovie mahu menyeimbangkan sisi kehidupan Jovie. Semua urusan hidup tidak perlu terburu-buru. Hanya jalani kehidupan mengikut keselesaan diri sendiri.
Tidak sangka sampai saat ini ada yang rajin melihat feed blog Jovie, apa yang boleh Jovie mampu katakan...
TERIMA KASIH PEMBACA SETIA!
Yang setia mendalami suara hati Jovie melalui penulisan ini,
TERIMA KASIH KERANA SETIA MEMBACA !
Semoga segala penulisan Jovie dalam blog ini dapat mempengaruhi jiwa kamu untuk jadi lebih hebat dengan kekuatan kamu masing-masing...
Semakin memahami proses kehidupan yamg Tuhan beri...
Dan semakin menyayangi kekuatan diri kamu masing-masing!
TERIMA KASIH!
Hai!
Lama Jovie tidak membahas sepanjang-panjangnya tentang perjalanan hidup Jovie, kan?
Ya, bukan semua perlu dibicarakan terang-benderang buat kamu semua.
Tidak semudah itu Jovie mahu meluah sampai menusuk ke lubang cacing, yaa....
Kita sudah mencapai di penghujung tahun 2019, kan?
Tidak sedar masa berlalu, 365 hari kita redah dengan berbagai macam asam-garam kehidupan masing-masing, hahahaaa...
Sepanjang dari bulan Januari, Februari, Mac dan sehinggalah di bulan Disember ini Jovie melalui macam-macam situasi.
Ada yang memberi kenangan manis, ada yang memberi kenangan pahit, sangat pahit hahahaaa....
Apapun, semua sudah jadi sebahagian daripada proses kehidupan yang harus kita lalui, kan?
Bersyukurlah dengan segala pengalaman hidup yang pernah membuat kita berubah; pernah menyakitkan hati kita; pernah tersasar daripada segala dugaan nafsu kita...
Kita sudah mencuba yang terbaik melalui setiap detik kehidupan kita, dan berterima kasihlah dengan semua pengalaman yang Tuhan rencanakan sebaiknya.
Kita semua pernah melalui saat kejatuhan kita masing-masing, dan kini tinggal kita merenung kembali setiap 365 episod kita.
SAAT TERBURUK JOVIE SEPANJANG TAHUN 2019 ?
Saat di mana fikiran terlalu memikirkan soal kehidupan yang samar-samar dan terkandas dalam hawa nafsu sendiri. Sekarang jadi pengajaran paling hitam yang Jovie tidak akan lakukan semula di tahun akan datang. Jovie sampai lupa bahawa diri itu disayangi oleh Tuhan dan orang di sekeliling; tetapi Jovie malah menjatuhkan diri sendiri dengan fikiran buruk terhadap tanggapan diri sendiri.
Jovie merasakan Jovie tidak layak untuk menjadi hebat seperti yang lain; sempat mengeluh dan merasa diri itu tiada fungsi dalam kehidupan. Pokoknya, Jovie lupa diri sehingga merasa diri ini tidak berguna sama sekali.
SAAT PALING MANIS SEPANJANG 2019 ?
Dapat pekerjaan yang sekurang-kurangnya boleh membantu meringankan beban keluarga; merasakan pengalaman baru membimbing anak-anak sekolah minggu kristian di Chapel kampung sendiri...kerana ini impian Jovie juga; suka mengajar budak-budak malah Jovie masih ingat Jovie suka kumpul di rumah semua budak-budak kampung untuk mengulangkaji dan ajar mereka untuk lebih menguasai sesuatu subjek. Kenangan paling manis juga ketika Jovie dapat memiliki blog sendiri untuk Jovie asah bakat Jovie dalam dunia blogging.
IMPIAN UNTUK TAHUN 2020?
Semoga dengan dunia blogging ini, Jovie boleh mengembangkan potensi yang terkubur selama ini dengan lebih meriah; timba pengalaman baru yang memberi manfaat, jodoh yang diatur Tuhan, peluang melancong yang lebih meluas dan memperoleh rezeki yang terbaik hasil daripada usaha sendiri. Tahun 2020, Jovie akan lebih mendalami dunia youtube, blogging dan sentiasa menonjolkan karya yang mampu memberi pengaruh kepada orang lain juga. Semoga hubungan sesama tidak kira persahabatan atau kekeluargaan menjadi semakin baik dan pulih perlahan demi perlahan. Semoga Tuhan mengiringi sepanjang tahun 2020 nanti.
Amin.
NASIHAT KEPADA YANG LAIN ?
Semoga tahun 2020 memberi kesempatan buat kita semua menjadi lebih baik dan maju daripada sebelumnya dan memperoleh tahun keberkatan yang terindah boleh kita coretkan.
Menjadi lebih baik itu tidak semudah A B C , tetapi kalau terus-menerus mengikut jejak jalan kehidupan yang tercorot tidak akan memberi manfaat....malah hanya akan memburukkan situasi, betul kan?
Belajar untuk memaafkan diri kita sendiri atas kesilapan lalu, lapangkan dada dan peluklah hati sendiri untuk menyayangi diri sendiri terlebih dahulu...
Jadi, mari kita semua ramai-ramai membawa aura yang positif
Bangunlah tanpa menjatuhkan orang lain, berdirilah atas kaki sendiri tanpa memanjakan diri dengan menyusahkan orang lain.
TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA BLOG JOVIE!
Hye kamurang semua!
Kebelakangan ini, Jovie lebih banyak meluangkan masa di rumah daripada bersiar-siar.
Mungkin kerinduan untuk bersendiri makin kuat, Jovie kadang ingat mahu cuci mata atau bersiar-siar...
Tapi, buat masa sekarang...nikmati dulu hal bersendiri...bukan niat untuk jadi sombong atau sebaliknya hihiii...
Manusia punya masa limit dan titik rendahnya...
Perlu besendiri untuk self-refreshing, belajar mengenal diri sendiri terlebih dahulu dan kumpul tenaga untuk hal-hal mendatang, hihiii...
Tiada niat buruk kenapa perlu buat begitu, saja untuk merehatkan diri buat sementara waktu.
Dan masa-masa begini, Jovie lebih suka muat naik konten berguna untuk pembaca setia Jovie!
" Manusia juga punya titik batas dan rendahnya..."
Hye!
Hello!
Di blog kali ini Jovie mahu kongsi pengalaman Jovie apabila menjadi seorang pelajar universiti awam..
Pasti anak muda yang sedang membaca ini mahu ingin tahu & membayangi suasana itu, kan?
Bagi kami yang suda melaluinya, sememangnya puas hati dan cukup nikmat untuk merasa kehidupan memasuki universiti awam.
Okay, Jovie adalah seorang almuni ( bekas pelajar ) UMS; Universiti Malaysia Sabah. Jovie belajar dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian ( Seni Kreatif ). Ijazah Sarjana Muda itu sama maksudnya dengan Degree.
Dalam sistem pendidikan, ada fasa-fasa tertentu untuk mencapai kejayaan;
Pengalaman 3 tahun belajar peringkat degree itu suatu usaha yang panjang dan perlu kesabaran untuk melengkapi semua tugasan. Untuk memasuki pengajian dalam peringkat Degree, kamu perlu mempunyai sijil di antara 3 ini; STPM/Matrikulasi/Diploma.
Okay, berbalik pada tajuk asal, semestinya semua pelajar terlebih dahulu akan menunggu jawapan daripada universiti samada kamu layak atau tidak. Sekiranya anda terima status bahawa anda tidak layak, itu bererti kamu perlu mengulangi peperiksaan yang gagal atau kamu belum bayar yuran pengajian, atau kamu mempunyai masalah disiplin atau kamu tidak melengkapkan jam kredit pendidikan universiti sebelum ini.
Syukur Jovie layak graduate tepat pada masanya. Setelah menerima keputusan layak, perkara yang paling teruja adalah apabila mahu mengambil jubah. Jubah untuk universiti awam, beratnya gila. Syukur Jovie dapat merasa pakai baju Jubah standard pengajian tinggi. Dalam tempoh 3 tahun; hanya di waktu konvokesyen sahaja kita dapat merasa memakai baju jubah konvokesyen...
Sebab itu kenapa ramai yang memanfaatkan baju jubah sepuas-puasnya sebelum dikembalikan semula kepada pihak universiti. Ramai yang mahu ambil gambar kenangan bersama baju jubah masing-masing.
Sewaktu konvokesyen berlansung, perkara pertama yang Jovie rasai adalah saat-saat nervous naik atas pentas sambil nama disebut dan terpancar di skrin sambil memegang skroll! Betapa megah & bangganya diri dapat menjadi di antara graduan-graduan yang berjaya memiliki ijazah!
Di waktu itu terasa itulah hari-hari terakhir berjumpa dengan semua genk dari dalam dan luar negeri...Sayu hati menikmati hari-hari terakhir bersama mereka setelah 3 tahun persahabatan terjalin. Dengan dorang la Jovie belajar untuk menikmati zaman universiti, biarpun stress tetapi kebersamaan itu tetap kuat & terasa.
Dan yang paling dirindui adalah suasana rutin harian kuliah...rindu tempat kuliah, rindu asrama, rindu cafe, rindu keliling ums...
Setelah memegang ijazah sarjana muda, Jovie merasakan bahawa menjadi seseorang yang memegang gelaran ijazah sarjana muda tu suatu kepuasan, tapi untuk mengembangkan skill yang ada dengan ilmu yang dipelajari di UMS bukan hal yang mudah!
Setelah habis belajar, sudah tentu fikir untuk mula membayar balik loan PTPTN. Dan mengembangkan kehidupan untuk jadi lebih baik adalah suatu hal yang perlu perjuangan;
Tidak bererti Jovie pernah bergiat aktif dalam bidang seni; Jovie terus dengan mudahnya dapat menjadi seniman berjaya di luar sana!
Tidak sama sekali!
Meneruskan bidang seni itu perlu perjuangan, keberanian, keyakinan, bakat yang sedia ada.
So, dengan cara blogging ini, Jovie rasa puas hati dapat mengekpresikan skill Jovie dalam menulis!
Tidak sampai di situ saja...
Sebenarnya apabila melihat junior student berjaya konvo, melihat pensyarah dan senior dapat melepasi level master & Phd....
Wahhh, terasa Jovie juga dalam diam nekad mahu meneruskan pengajian peringkat master & Phd!
Mengambil keputusan sambung pengajian peringkat lebih tinggi perlu kekuatan mental & emosi!
So, bagi yang ingin sambung ke depan; pastikan kewangan sudah betul-betul stabil kerana kos sambung belajar adalah lebih tinggi daripada level diploma, degree, stpm, matrikulasi...bukan mudah!
Disimpulkan lah, dapat memegang ijazah adalah suatu kepuasan & kebanggaan buat diri dan keluarga sekeliling!
Sekian curahan pengalaman manis yang Jovie kongsikan dalam blog ini, semoga dengan pengalaman Jovie ini dapat memberi semangat kepada generasi baru untuk maju lebih baik dalam apa jua bidang yang akan diceburi nanti!
Semoga blog ini memberi manfaat bagi kamu semua!
Terima kasih sudi lawat blog Jovie!

Just want to make my own achievement to hit my big challenge for blogging success!
Until the end of December 2019!
On 31 December 2019, I will screenshoot my achievement history for 2019 Memory.
Hai Semua!
Hari cuti begini biasanya Jovie akan lawat blog hampir seharian, untuk memastikan blog sentiasa dipenuhi dengan konten-konten yang berguna.
Sebab Jovie tukar design template sebab dapat notification dari google search, Jovie perlu kemas kini template atas sebab sukar untuk pembaca mendapatkan blog ini, teks sukar dibaca, dan bukan semua dapat buka blog saya sebab tidak mesra mobile.
Jadi, Jovie meminta tunjuk ajar dari Sii Nurul untuk solusi dan rupanya Jovie perlu ubah template kepada yang lebih responsive. Jovie guna design template daripada Gooyabi Template untuk lebih kemas dan selesa untuk kunjungan pelawat/pembaca.

![]() |
| Notifikasi dari Google Search Console |
Hye kamu semua!
Di blog kali ini, Jovie sangat excited mahu tahu lebih permainan trending.
Bulan ini Jovie sangat mengidam mahu tahu bagaimana excitednya orang yang dapat beli Lol Suprise.
Dan akhirnya bulan ni Jovie try cari mainan Lol Suprise di KK....yeahh! Jovie jumpa di Toys r Us dekat IMAGO Shopping Mall! Betapa rambang matanya Jovie keliling kedai mainan tu! Happy dia bukan main, hahaa...
Ya, first time Jovie nampak depan mata Lol Suprise, terasa Jovie dikelilingi fantasi mainan Lol Suprise! Kalau boleh setiap jenisnya mahu dibeli.
Nasib baiklah Jovie time tu tahan nafsu, kebetulan juga ada promosi diskaun Lol Suprise, yeahhh!
Nah, disitu Jovie tekad beli 2 biji Lol Suprise, alangkah bahagianya tu sangat-sangat bahagia!
Dalam setiap persinggahan, kita akan ditemui cabaran...
Yang kita tidak minta,
Tetapi tetap ia wujud.
Kerana kehidupan itu tiada erti berhenti cukup di situ,
Terpaksa kita bertindak,
Kalau tidak kita rasailah akibatnya.
Kadang kita kalah dengan Tuhan
Kerana putus asa dengan Tuhan
Sebenarnya semua itu dari kita
Kerana dari kitalah juga kejayaan datang kepada kita juga...
Hye semua!
Lama Jovie tidak update blog terbaru...
Jovie sebenarnya mengambil masa untuk mencari idea atau konten yang berguna untuk kamu baca.
Bukan senang untuk menjadikan konten kita untuk dijadikan suatu blog yang sentiasa dinanti-nanti!
So, Jovie come back!
Jovie kali hanya mahu berkongsi dengan kamu semua tentang SEMANGAT!
TEKAD harus kuat!
Sometime Jovie down...lemas...tidak bersemangat...hilang inspirasi batin sendiri.
Tapi Jovie tahu bahawa setiap orang yang tidak berhenti berusaha akan sentiasa jumpa hasil di setiap perjalanan hidupnya. Jovie positif...,
By the way, Jovie akan sentiasa update karya puisi hati Jovie...untuk tatapan kamu semua!
Sekarang Jovie masih mencari idea karya puisi Jovie...berfikir apa yang jarang & bukan selalu kita baca, menonton atau dengar.
Dan jangan lupa singgah Jovie punya facebook, instagram & youtube channel Jovie! Thanks Guys!

Hye kamurang!
Di blog kali ni Jovie mahu menceritakan luahan/ perkongsian tentang apa yang selalu dipersoalkan oleh orang lain...
Dalam blog ini juga Jovie mahu menjelaskan dengan kamu semua apa sebenarnya fikiran orang yang sangat menghargai seni.
Ya, Jovie bukan hebat sangat kalau mahu berbicara tentang hal sebegini. Tetapi, apa salahnya untuk kita membuka mata dan hati kita tentang kesenian kan?
Okay, next Jovie akan kasih tahu sedikit demi sedikit ya tentang pengertian kesenian...
Kesenian itu adalah satu bentuk ekspresi perasaan manusia yang memiliki unsur keindahan di dalamnya dan diungkapkan melalui suatu media yang sifatnya nyata, baik dalam bentuk nada, rupa, gerak, syair, puisi, serta dapat dirasakan oleh panca indera manusia. Ia adalah suatu hal yang diciptakan oleh manusia yang mengandungi unsur keindahan dan dapat mempengaruhi perasaan orang lain.
Rasa-rasanya lah, puisi Jovie macam mana? Adakah ia mampu mempengaruhi persaan, pemikiran dan imaginasi kamurang? Cuba komen...
Bagi Jovie, menjadi seorang seniman tidaklah susah jika kamu betul-betul tahu bagaimana seni itu mempengaruhi jiwa dan emosi kamu...Ia boleh terjadi secara semula jadi. Contohnya, bab beli baju, beli kasut, beli kosmetik, beli perfume, malah kalau beli selipar pun kamu tetap mahu menilai mana yang terbaik...hahaa
Kesenian itu sangat meluas, boleh jadi kamu memiliki bakat kesenian yang kamu sendiri tidak sedar bahawa itu sebahagian daripada bakat terpendam kamurang, kan?
Jovie start gila kepada PUISI sejak Jovie masuk SPM lagi. Tetapi waktu tu Jovie tidak terlalu fokus pada arah kesenian sebab dulunya Jovie pelajar Akaun, Sains Sukan, Ekonomi ( yang tidak pintar punya standard, hahahaa). Bila habis SPM, Jovie mula rasa yang tiba masanya Jovie keluar dari zon memerah otak yang membosankan...Jovie nekad untuk ambil keputusan terjun ke bidang sastera di peringkat STPM.
Jovie masih ingat lagi waktu orentasi STPM tu, Jovie dipanggil cikgu secara personal;
Cikgu Aini: Jovie kenapa ambil sastera? Kenapa bukan Sains Sukan?
Jovie: Sebab saya tidak mahu hadam subjek susah, result SPM Ekonomi saya teruk...rasanya saya tidak mahu menyesal lagi masuk kelas yang saya susah mahu hadam subjek.
Demikian perbualan di belakang dewan, Cikgu sebenarnya masih ragu-ragu sebab saya tiada asas bidang Sastera waktu SPM...
So, sepanjang Jovie belajar sastera time STPM...Jovie belajar asas-asas penulisan..bagaimana menghasilkan puisi yang menarik. Dari sana Jovie belajar asah kreativiti Jovie, semakin ketagih fikir dan hadam luahan puisi...siap search di google lagi contoh-contoh ayat puitis menarik, hahahaa..Subjek sastera waktu tu selalu disuruh buat puisi lepas itu present...bayangkan waktu tu Jovie hadam 1 rangkap puisi pun payah, hahahaa...macam mahu menukul paku pun belum tentu masuk, hahahaa
Tapi sebenarnya Jovie masih buat macam itu sampai sekarang..itu bagus sebab ada usaha untuk memperbaharui skill penulisan karya yang lagi mantap.
Nah, bila masuk UMS, ada satu persatuan yang Jovie rasa berminat untuk Join. Kebanyakannya student dan kawan Jovie di dalamnya semuanya hebat-hebat belaka...Jovie salute deh....penuh dengan kesasteraannya...Jovie rasa terinspirasi dan pada masa yang sama Jovie rasa Jovie belum mencapai tahap hebatnya seperti dorang.
Dari persatuan itu, Jovie join bicara buku secara santai bersama genk seni. Waktu itu first time Jovie berbicara depan kawan-kawan yang lain tentang ulasan buku. Nampak sangat belum cukup ilmuwannya, hahaaa...
Sejak dari itu, Jovie makin rajin untuk ambil tahu serba sedikit tentang bidang karya sastera...Pengaruh daripada persatuan ini Jovie semakin berbunga-bunga kalau bab karya puisi. Semakin rajin menelaah luahan batin ke bentuk puisi...
Jovie ada simpanan cerita pendek hasil karya Jovie, cuma rasanya untuk bab cerpen Jovie belum hadam ke situ. Jovie lebih familiar pada dunia puisi..
ADA APA DENGAN PUISI?
Jovie suka periksa luahan emosi dengan mengekspresi dalam bentuk ayat-ayat puitis. Ayat puitis kan mempunyai unsur yang tersurat dan tersiratnya...Supaya orang yang membaca itu melihat pada jiwa Jovie yang sungguh complicated untuk difahami. Dari puisi, Jovie cuba mengekpresi luahan emosi secara halusnya...membayangkan suatu gambaran yang mendalam dari setiap ayat-ayat yang dilemparkan dalam karya puisi itu.
Tapi dari sudut penelitian ayat puitis itu sebenarnya karya Jovie belumlah boleh dikatakan menarik atau mantap kerana ada pelbagai aspek dan sudutnya yang Jovie masih perlu asah dan olah untuk menjadikan ia sebagai suatu karya yang hidup dan memberi kesan kepada pembaca khususnya kamu, hihiii...
Jovie masih berusaha untuk mengasah skill berkarya yang lebih berkesan..
Dan Jovie sentiasa mengimpikan kalau ada suatu saat ada komposer atau syarikat muzik yang suka dengan hasil karya puisi Jovie sekaligus digubah ke bentuk lagu...Minta-minta suatu hari dalam hidup Jovie segalanya ini dipermudahkan berkat usaha berterusan, hihihii...
Baiklah
Cukup Jovie mengisi ruang blog dengan luahan panjang lebar ini...
Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ini Jovie dapat memberi inspirasi kepada yang lain!
Bye
Thank you sudi singgah blog Jovie!
Hai !
Selamat petang kawan-kawan !
Lama Jovie pendam rasa sebenar-benarnya perasaan di dalam hati, moga kamu semua mengerti yang Jovie sekarang sedang berjuang untuk memulihkan semangat yang jatuh rundum.
Lama Jovie simpan perasaan yang tidak menyenangkan, bukan mahu tunjuk perhatian.
Tetapi ini cara untuk Jovie meluah segalanya dengan kamu semua yang Jovie struggle untuk mencari kemenangan hati sendiri, mencari kejayaan sebenar untuk diri Jovie.
Dengan blog ini moga Jovie dapat menemui semangat perjuangan melawan perasaan diri sendiri untuk bangkit lebihh nikmat!
Doakan Jovie, yaa...
Sejak Jovie menamatkan pengajian universiti, Jovie jadi hilang identiti diri. Eyaa, sebab Jovie rasa tidak berguna sebab tidak manfaatkan kelebihan diri sendiri.
Pokoknya, jauh di sudut hati Jovie menangis...struggle untuk menemui jalan balik keceriaan Jovie yang sebenar. Kalau boleh semangat kerja pun semakin down, kurang motivasi diri, malas mahu berkelumut dengan orang luar...
Bahkan Jovie lebih rela untuk berkurung seketika daripada kehidupan luas. Menangis sekuat hati sampai lelah dan puas.
Jovie rasa perjuangan untuk hidup semakin hilang, kadang-kadang pisau yang tajam macam tiada bahaya. Tapi, Jovie tetap tahan hati daripada melukakan diri sendiri.
Tahun depan, Jovie masuk usia baru...25 tahun.
Tapi, apa-apa pun tidak mememui hasil.
Dan dia sebenarnya bermula dari memutuskan hubungan orang yang selama ini mempermainkan perasaan Jovie... Jovie rasa gagal, bodoh, pelik, rasa diolok-olokkan...
...
...
...
Tidak apa, Jovie terima kelemahan Jovie...Kerana rasa terlalu diperbodoh-bodohkan, Jovie lansung tidak suka tengok muka orang...Jalan begitu saja.....biar,
Lepas tu akan ada yang menanya depan khalayak ramai tentang personaliti Jovie. Jovie sedar kekurangan Jovie...Seolah Jovie ini lansung tidak mengambil tindakan & tidak berbuat apa-apa!
Jauh di sudut hati Jovie,
"Kalau menegur pun, perlukah malukan Jovie di depan khalayak ramai? Syok dan puas hatikah bila berani mengkritik dan memperolokkan personaliti Jovie di depan orang lain even dengan kawan sendiri?"
...
...
...
Jovie decide untuk berdiam dan malas.
Sesiapa pun yang dm personal, Jovie hanya jawab sepatah kata.
Jangan ganggu Jovie buat masa sekarang!
Dan terima kasih kepada yang lain yang masih setia memahami dan mendengar luahan rasa hati Jovie tanpa memperburukkan keadaan sebenar Jovie!
:-

Hye gaiss!
Beruntung Jovie ada chance sekejap bercerita tentang pengalaman Jovie sebagai budak seni di UMS!
Bukan semua dapat merasa kehidupan sebegitu!
Okay, Jovie cerita simple tapi padat lah kan?
Seni yang Jovie ambil di UMS, ijazah sarjana muda dengan kepujian Seni Kreatif ( 3 tahun )
Ada macam-macam seni di UMS; Seni Visual, Seni Musik & Seni Kreatif.
Seni kreatif ni ada cabang dia lagi; Seni Penulisan Sastera, Seni Teater & Seni Tarian.
Dalam Seni Kreatif Jovie ambil Seni Teater.
Kenapa Jovie ambil Seni Teater? Kenapa bukan Seni Tarian atau Seni Penulisan Sastera?
Jawapan:
Jovie mahu mencuba sesuatu kehidupan di luar konteks pemikiran Jovie. Jovie mahu buka hati untuk mengenal sesuatu bidang yang bukan semua orang dapat memasukinya.
Bidang teater ini susah untuk kita mencari di mana-mana, kerana bidang ini sangat jarang melainkan hanya dimainkan ketika adanya program teater atau festival dan sebagainya.
Menceburi bidang di luar kotak pengetahuan, Jovie mahu meneroka sisip-sisip kehidupan penggiat teater. Rupanya, tidak semudah dalam mimpi yang kamu reka-reka atau idam-idamkan. Kena berani menonjolkan diri kerana ia lebih kepada keyakinan untuk berhadapan dengan ramai orang. Jovie mulai berjinak dalam dunia seni sejak STPM...Atas alasan tidak mahu belajar terlalu berat, mahu sesuatu yang boleh mengasah kreativiti minda.
Bila sebut saja bidang teater, mesti orang anggap kau seorang pelakon yang mantap dan serba boleh. Tidak semua...Sebab ada yang lebih kepada bidang pengurusan teater; Teknikal atas pentas, Busana, Dandanan...
Dan paling penting bagi orang teater mengenal sejarah kemunculan teater untuk tahu selok-belok perkembangan teater. Kami bukan setakat mahu berhibur dalam bidang seni, seni juga adalah suatu disiplin untuk kami memperbaiki kemahiran diri dan sosial luar.
Kami lebih kepada latihan teknikal, dan banyak menghabiskan masa dengan aktiviti kuliah yang bukan konsep hanya duduk dan mendengar pensyarah bercakap.
Kami berpeluang melakukan aktiviti latihan vokal suara, latihan tubuh badan, latihan teknikal teater, latihan teater game...semuanya dipraktik untuk perkembangan/ persiapan sebagai seorang seni yang berpotensi.
Jadual masa sebagai penggiat seni, sangat padat sehinggakan jarang dapat tidur yang cukup....tetapi itu semua menjadi berbaloi dengan usaha komitmen yang berterusan. Penat, memang penat tetapi inilah kehidupan sebenar penggiat seni untuk lebih berkembang maju.
Dalam kehidupan seni di UMS juga Jovie berpeluang untuk tahu bagaimana shooting filem itu dijalankan, bagaimana proses membentuk sebuah poster yang kreatif dan berpotensi, bagaimana proses untuk menjadi seorang penulis yang sebenar..
Kajian lapang pelajar seni; lebih kepada sejarah kesenian yang boleh dipetik dari hasil kajian dari mana-mana daerah Sabah. Mengenal tradisi masyarakat Sabah...samada tarian, suku kaum, baju tradisi, makanan tradisi, alat muzik tradisi...
Dan ya Jovie juga berpeluang belajar alat tradisi Sabah selama 1 semester...part ni paling best! Kalau boleh berlanjutan main alat muzik sampai keluar segala aura stress! Hahaa...
Jovie paling suka part membentuk ayat puitis, biarpun tidak semahal karya A Samad Said, Usman Awang...
Jovie aktif penulisan puisi di persatuan sastera fakulti, ada buku lagi...puas hati dapat merasa jadi seorang penulis! Aura-aura positif sentiasa bergema di hati Jovie tau!
Cukup mencurah segala luahan rasa hati yang berlagu-lagu, ching!
Wehh, part Zumba sebelum latihan teater tu part paling sihat yang Jovie suka, biar penat sakit badan...yang penting puas hati keluar peluh untuk kecergasan badan...
Berpeluang mempelajari kesan khas make up; make up halloween, make up vintage, kesan luka...etc.
Belajar bagaimana membentuk busana mengikut tema...asas-asas menjahit, asas-asas ukuran, jenis kain...memperagakan kain depan orang lain.
Proses membentuk suatu produksi dalam konsep industri seni...sangat teliti dan memerlukan perincian setiap satunya...
Kenangan ikut festival teater di Melaka suatu pengalaman yang Jovie tidak dapat lupakan, kenangan keluar dari negeri asal menjelajah ke negeri orang...Tengok teater dari semenanjung memang kuat berbanding Sabah. Sabah kalau part teater belum dikenali ramai
So, nampak kan selok belok kehidupan seni! Seni bukan setakat belajar diam-diam di kerusi dan meja saja, 80% adalah fokus pada aktiviti berkonsepkan praktikal! Lumayan! Tetapi kena tahan hati sebab orang di luar sana suka merendahkan martabat penggiat seni...
Wah, panjang lebar Jovie mengulas tau, tengah malam memang buah fikiran membuak-buak hahahaa...
Tetapi kena sentiasa waspada tentang hal meremehkan pekerjaan industri seni...,
Kalau suka merendahkan martabat penggiat seni, kenapa obses sangat dengan kehidupan K-pop dan suka tengok drama? Baju dan barang-barang milik kamu yang cantik itu bukan hasil dari jiwa kamu yang berseni?
Hargai Seni, kerana seni itu merangkumi semua termasuk bau perfume, gincu, kasut, topi, jam tangan, handphone, kereta, makanan....etc....semuanya hasil seni manusia.
KEHIDUPAN KITA DIKELILINGI SENI.
Hye guys!
Oleh kerana Jovie sedang usaha untuk mencari jalan penyelesaian kenapa blog Jovie sukar untuk dikongsikan ke mana-mana laman sosial seperti facebook dan instagram, Jovie terpaksa buat keputusan untuk padam post yang Jovie share dari youtube.
Jovie rasa google ini dapat detect hal sensitiviti daripada mana-mana sumber youtube yang Jovie ambil.
Sebenarnya Jovie pun tidak pasti dari mana punca yang menjadikan blog Jovie tidak dapat dikongsi mana-mana saluran.
Jadi, jika ada yang hairan kenapa post sebelum ini dipadam...itu adalah kerana Jovie ingin memastikan blog Jovie sendiri selamat dan dapat dikongsi ke mana-mana laman sosial.
Jovie sekarang dalam proses untuk mencari solusinya...
Minta maaf ya...
Yang pastinya akan ada post update terbaru dari Jovie juga nanti!

Hari ni Jovie tidak banyak sangat idea untuk dikongsikan. So, Jovie dlm sehari begitu berfikir apa perkongsian kali ini pula.
Dalam perkongsian kali ini Jovie hanya mahu meluah rasa kepayahan untuk survive pada masa kini...
Oleh kerana kos sara diri sangat tinggi; duit saving kadang-kadang tidak bertahan lama sebab betul-betul kurang duit suda.
Jovie banyak buat plan dan backup plan untuk save duit semampu yang boleh, tetapi buat masa sekarang agak payah untuk mengumpul...
Rancangan selalu tidak dapat ditunaikan; sudahlah lokasi kerja tu jauh, terpaksa pakai grab setiap kali pulang dari kerja. Itupun harga tambang tidak fix sebab high fare bila datang musim perayaan, kesesakan jalan raya, kemalangan...aduh, boleh dikatakan setengah daripada duit gaji memang terbang ke grab.
Lagi-lagi bila Jovie banyak komitmen untuk family sendiri, ini memang suatu kewajipan sudah...
Dan Jovie pelihara haiwan peliharaan; Arnab...Huhuu, makanan arnab memang perlu banyak...Boleh dikatakan kos makanan sebulan boleh mencecah Rm60 ke atas juga...nasib baik jiran rekomen makanan arnab yang boleh save budget dan arnab Jovie pun still masih suka makan makanan tu...
Dekat-dekat hujung tahun ni, Jovie memang kena save lebih banyak untuk persediaan krismas. Kira satu cabaran untuk berjimat la, lebihkan keperluan daripada kehendak.
Hujung tahun nanti bolehlah beli yang diidam-idamkan. Hihiii,
Gaiss, tidak lama lagi tahun 2019 akan berakhir...kalau kamu ada tips, share-share dengan jovie juga ya, hihii...
So, set your plan wisely!
Dari Jovie,
Yang sedang kusut merancang masa depan.

" Orang yang berpengetahuan tidak banyak bercakap. Orang yang berpengertian sentiasa tenang."
- Amsal 17.27
Sepanjang kehidupan, emosi kita tidak akan pernah lari daripada mempunyai perasaan bercelaru; yang akhirnya menjadikan hati kita berasa tidak tenteram dan jiwa kacau. Kita melepaskan kata-kata yang buruk sehingga menyebabkan jiwa orang di sekeliling terganggu, benci dan kurang senang dengan perbuatan marah...
Ketika kita merasa marah, ingatlah petikan injil daripada Amsal 17 : 22-28
" Hati yang gembira adalah obat yang manjur, tetapi semangat yang patah mengeringkan tulang. Orang fasik menerima hadiah suapan dari pundi-pundi untuk membelokkan jalan hukum. Pandangan orang berpengertian tertuju pada hikmat, tetapi mata orang bebal melayang sampai ke hujung bumi. Anak yang bebal menyakiti hati ayahnya dan memedihkan hati ibunya. Mengenakan denda orang benar adalah salah, memukul orang mulia pun tidak patut. Orang yang berpengetahuan menahan perkataannya, orang yang berpengertian berkepala dingin. Juga orang bodoh yang disangka bijak kalau ia berdiam diri dan disangka berpengertian kalau ia mengatupkan bibirnya. "
Apabila anda sedang marah di lain hari, berhentilah sejenak dan berdoa untuk mempertimbangkan keadaan.
Mohon kepada Tuhan untuk menenangkan hati dan mengucapkan kata-kata yang tepat.
Ingatlah, sikap lambat marah akan menang. - Dennis Fisher
MASA YANG TERBAIK UNTUK MENGHENTIKAN PERGADUHAN ADALAH TIDAK MEMULAKAN PERGADUHAN
Hai!
Kali ini Jovie ada ringan tangan sikit mahu berkongsi tentang pengalaman atau perkongsian..
Kali ini Jovie terbuka hati mahu kongsi tentang...'
Kehidupan Si Introvert
Oleh kerana Jovie tahu yang diri Jovie bersifat introvert, so Jovie pun sudilah kongsi apa perspektif Jovie sebagai seorang introvert...ching!
Pertamanya, orang pasti beranggapan bahawa orang ini jenis pendiam...tidak banyak cakap...susah bergaul dengan orang lain, tidak suka bersosial, Kenyataannya, memang kaum ini hanya lebih suka luangkan masa untuk bersendiri; kerana ini satu cara bagaimana mereka mahu mencari ketenangan. Berbanding yang suka bersosial, mereka mencari ketenangan dengan berjumpa ramai kawan untuk melepak dan jarang ada di rumah...beza, kan?
Kedua. Kaum introvert tidak suka berhadapan dengan orang yang ramai di sekelilingnya. Mereka akan mudah rasa rimas dan tidak akan stay lama dalam suatu kelompok besar. Tetapi itu bukan bermakna mereka benci atau sombong, kerana memang sudah suatu perasaan semula jadi yang menjadikan mereka selesa dengan cara mereka sendiri. Berbeza pula dengan ekstrovert, mereka lebih suka keramaian dan ini cara mereka untuk mencari keseronokan dan kebahagian jiwa.
Ketiga; kaum introvert hanya suka bercerita dengan sesetengah orang yang dia rapat atau selesa. Sebelum mereka menegur orang di sekelilingnya, pertama mereka akan menilai dari cara seseorang itu memandangkan dia; mereka mencari instinct/telepathy yang membuatkan hati mereka selesa dengan peribadi orang tersebut. Berbanding pula dengan golongan ekstrovert, mereka lebih terbuka, open-minded dan friendly dengan semua orang di sekelilingnya..Jauh perbezaan di situ, kan?
Keempat; Golongan ini sangat obses dengan hobi mereka; seperti suka membaca buku, bermain game, melukis, menulis...dan aktiviti-aktiviti yang santai dan mengusyukkan mood mereka. Bagi golongan ekstrovert, ada juga di kalangan mereka yang banyak menghabiskan masa dengan hobi mereka tetapi tidak sepenuh masa...hanya apabila diisi masa yang betul-betul free sahaja.
Kelima; golongan ini suka berfikir, membaca ruang di sekelilingnya...boleh dikatakan, suka membaca/menghadam/berfikir tentang apa yang dia lihat pada ketika itu. bukan dikatakan suka fikir hal remeh; tapi ini memang suatu sifat semula jadi yang ada pada diri seorang introvert. Disimpulkan dengan cara mudah, apabila mereka melihat ada seseorang berdiam diri menunggu bas di bustop...mereka dalam senyap sedang menangkap apakah yang ada dalam fikiran orang itu ketika sedang duduk menunggu bas; cuba meresapi jiwa orang itu...Golongan ini akan mempunyai firasat untuk mengenal samada orang di sekelilingnya itu punya peribadi yang baik;selesa atau di sebaliknya. Pokoknya, sangat memilih kawan; lebih suka memiliki kawan yang berkualiti berbanding nilai kuantiti.
Keenam, golongan ini adalah seorang sahabat pendengar yang setia...Mereka sangat terbuka untuk mendengar segala luahan atau cerita daripada sahabatnya...Kerana walaupun mereka bukanlah jenis mulut murai, tetapi lebih diklasifikasikan sebagai seorang pendengar yang setia...
Dan pasti ramai orang akan mempunyai perspektif sebegini;
Apakah Golongan Introvet Ini Berkualiti ?
Cuba cari, ramai golongan yang memiliki kejayaan kebanyakannya mempunyai peribadi Introvert..Banyakkan membaca pelbagai artikel tentang latar belakang orang yang berjaya.
Jangan lihat pada kulitnya,
Diam-diam ubi berisi, itu bagus sekiranya dia sendiri tahu merancang bagaimana mengatur masa depannya...
Diam- diam besi berkarat; sekiranya dia tidak memanfaatkan bakat atau kualiti sebenar yang ada pada dirinya...
Golongan Introvert mempunyai pemikirannya sendiri bagaimana dia ingin memajukan dirinya sendiri, mereka mempunyai kualiti iaitu disiplin diri di mana mereka lebih pandai berdikari sendiri tanpa bantuan orang lain...dan yang pastinya mereka adalah seorang yang sangat penyabar dalam menghadapi apa-apa situasi.
So, introvert bukanlah suatu hal yang perlu dipandang rendah...
Hargai sahabat anda yang memiliki jiwa seperti ini!
Thank you kerana sudi lawat blog Jovie!