Kenapa Minat Terarah Ke Jiwa Sastera ?

By Jovie J - 11/09/2019



Hye kamurang!
Di blog kali ni Jovie mahu menceritakan luahan/ perkongsian tentang apa yang selalu dipersoalkan oleh orang lain...
Dalam blog ini juga Jovie mahu menjelaskan dengan kamu semua apa sebenarnya fikiran orang yang sangat menghargai seni.

Ya, Jovie bukan hebat sangat kalau mahu berbicara tentang hal sebegini. Tetapi, apa salahnya untuk kita membuka mata dan hati kita tentang kesenian kan?

Okay, next Jovie akan kasih tahu sedikit demi sedikit ya tentang pengertian kesenian...

Kesenian itu adalah satu bentuk ekspresi perasaan manusia yang memiliki unsur keindahan di dalamnya dan diungkapkan melalui suatu media yang sifatnya nyata, baik dalam bentuk nada, rupa, gerak, syair, puisi, serta dapat dirasakan oleh panca indera manusia. Ia adalah suatu hal yang diciptakan oleh manusia yang mengandungi unsur keindahan dan dapat mempengaruhi perasaan orang lain.

Rasa-rasanya lah, puisi Jovie macam mana? Adakah ia mampu mempengaruhi persaan, pemikiran dan imaginasi kamurang? Cuba komen...

Bagi Jovie, menjadi seorang seniman tidaklah susah jika kamu betul-betul tahu bagaimana seni itu mempengaruhi jiwa dan emosi kamu...Ia boleh terjadi secara semula jadi. Contohnya, bab beli baju, beli kasut, beli kosmetik, beli perfume, malah kalau beli selipar pun kamu tetap mahu menilai mana yang terbaik...hahaa

Kesenian itu sangat meluas, boleh jadi kamu memiliki bakat kesenian yang kamu sendiri tidak sedar bahawa itu sebahagian daripada bakat terpendam kamurang, kan?

Jovie start gila kepada PUISI sejak Jovie masuk SPM lagi. Tetapi waktu tu Jovie tidak terlalu fokus pada arah kesenian sebab dulunya Jovie pelajar Akaun, Sains Sukan, Ekonomi ( yang tidak pintar punya standard, hahahaa). Bila habis SPM, Jovie mula rasa yang tiba masanya Jovie keluar dari zon memerah otak yang membosankan...Jovie nekad untuk ambil keputusan terjun ke bidang sastera di peringkat STPM. 

Jovie masih ingat lagi waktu orentasi STPM tu, Jovie dipanggil cikgu secara personal;
Cikgu Aini: Jovie kenapa ambil sastera? Kenapa bukan Sains Sukan?
Jovie: Sebab saya tidak mahu hadam subjek susah, result SPM Ekonomi saya teruk...rasanya saya tidak mahu menyesal lagi masuk kelas yang saya susah mahu hadam subjek.


Demikian perbualan di belakang dewan, Cikgu sebenarnya masih ragu-ragu sebab saya tiada asas bidang Sastera waktu SPM...

So, sepanjang Jovie belajar sastera time STPM...Jovie belajar asas-asas penulisan..bagaimana menghasilkan puisi yang menarik. Dari sana Jovie belajar asah kreativiti Jovie, semakin ketagih fikir dan hadam luahan puisi...siap search di google lagi contoh-contoh ayat puitis menarik, hahahaa..Subjek sastera waktu tu selalu disuruh buat puisi lepas itu present...bayangkan waktu tu Jovie hadam 1 rangkap puisi pun payah, hahahaa...macam mahu menukul paku pun belum tentu masuk, hahahaa

Tapi sebenarnya Jovie masih buat macam itu sampai sekarang..itu bagus sebab ada usaha untuk memperbaharui skill penulisan karya yang lagi mantap.

Nah, bila masuk UMS, ada satu persatuan yang Jovie rasa berminat untuk Join. Kebanyakannya student dan kawan Jovie di dalamnya semuanya hebat-hebat belaka...Jovie salute deh....penuh dengan kesasteraannya...Jovie rasa terinspirasi dan pada masa yang sama Jovie rasa Jovie belum mencapai tahap hebatnya seperti dorang.

Dari persatuan itu, Jovie join bicara buku secara santai bersama genk seni. Waktu itu first time Jovie berbicara depan kawan-kawan yang lain tentang ulasan buku. Nampak sangat belum cukup ilmuwannya, hahaaa...

Sejak dari itu, Jovie makin rajin untuk ambil tahu serba sedikit tentang bidang karya sastera...Pengaruh daripada persatuan ini Jovie semakin berbunga-bunga kalau bab karya puisi. Semakin rajin menelaah luahan batin ke bentuk puisi...

Jovie ada simpanan cerita pendek hasil karya Jovie, cuma rasanya untuk bab cerpen Jovie belum hadam ke situ. Jovie lebih familiar pada dunia puisi..


ADA APA DENGAN PUISI?

Jovie suka periksa luahan emosi dengan mengekspresi dalam bentuk ayat-ayat puitis. Ayat puitis kan mempunyai unsur yang tersurat dan tersiratnya...Supaya orang yang membaca itu melihat pada jiwa Jovie yang sungguh complicated untuk difahami. Dari puisi, Jovie cuba mengekpresi luahan emosi secara halusnya...membayangkan suatu gambaran yang mendalam dari setiap ayat-ayat yang dilemparkan dalam karya puisi itu.

Tapi dari sudut penelitian ayat puitis itu sebenarnya karya Jovie belumlah boleh dikatakan menarik atau mantap kerana ada pelbagai aspek dan sudutnya yang Jovie masih perlu asah dan olah untuk menjadikan ia sebagai suatu karya yang hidup dan memberi kesan kepada pembaca khususnya kamu, hihiii...

Jovie masih berusaha untuk mengasah skill berkarya yang lebih berkesan..

Dan Jovie sentiasa mengimpikan kalau ada suatu saat ada komposer atau syarikat muzik yang suka dengan hasil karya puisi Jovie sekaligus digubah ke bentuk lagu...Minta-minta suatu hari dalam hidup Jovie segalanya ini dipermudahkan berkat usaha berterusan, hihihii...


Baiklah
Cukup Jovie mengisi ruang blog dengan luahan panjang lebar ini...
Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ini Jovie dapat memberi inspirasi kepada yang lain!


Bye


Thank you sudi singgah blog Jovie!








  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. sy pun dulu lebih ke arah sastera pada mulanya berbanding sains.. tp ntahlah napa masa stpm sy x ambil sastera.. mungkin sbb kurg yakin gitu.. sy pun ada tulis puisi juga cuma nda berapa pandai selitkan maksud tersirat hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...kalau hati sudah ke arah itu, teruskan...ambil seni pun ikut keberanian kita juga sebab bukan senang untuk dapat hasil seiring dengan dunia seni zaman sekarang...apapun, all the best nurul, masuk pencalonan untuk blogger!

      Padam
  2. Boleh baca..
    https://ciknurul23.blogspot.com/search/label/Poems?&max-results=7

    tp itulah.. biasa2 ja hahaha

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^