HALA TUJU DUNIA KESENIAN

By Jovie J - 11/30/2019

Hye!

Di blog kali ini Jovie ingin berkongsi tentang dunia kesenian yang semakin meluas pada trend masa kini.


Pasti ramai remaja di luar sana yang tertanya-tanya, menjadi persoalan dan angan-angan bagi golongan ini yang ingin meraih tempat dalam dunia kesenian; gara-gara bermimpi ingin menjadi seperti artis yang popular dan menjadi kegilaan dalam dunia hiburan seperti mereka juga.

Bahkan, segala fesyen yang dipakai menjadi ikut-ikutan bahkan sampai sanggup mencari barang, baju, kasut, topi, dan sebagainya yang serupa dengan mirip artis kegilaan mereka.

Trend terkini, ramai golongan remaja sangat gilakan dunia k-pop seolah-olah mereka set dalam minda mereka sendiri untuk menjadi popular seperti artis idol mereka.

Realiti kehidupannya; sangat payah untuk meraih tempat dalam dunia kesenian kalau dikira betul. Malah artis/selebriti sendiri sampai tertekan untuk menyusun rutin harian kehidupan mereka.

Namun, bagi mereka yang sudah mengenali dan punya pengalaman dalam industri seni...pasti sudah pernah melalui proses-proses perjuangan yang memerlukan kekuatan emosi dan mental untuk mendapat tempat dalam dunia seni.

Seni merangkumi pelbagai aspek:

Muzik



Lakonan





Tarian




Lukisan




Content Creator



Penulisan Karya



Pelawak




Juruhebah




Hosting



Fashion



Modelling



Dandanan


Photographer



Dan kebanyakan ahli penggiat seni ini berjaya kerana bermula dari sebuah pertandingan/peraduan, sijil/kursus yang pernah diikuti mereka berkaitan kesenian dan pengalaman/usaha untuk membangunkan diri untuk mendapatkan tempat dalam dunia seni. 

Untuk melalui kehidupan seni; seseorang itu perlu kuat dalam menerima segala hentaman orang luar, mempunyai pendirian yang energetik, keyakinan diri,  aura personaliti yang kuat untk menarik perhatian orang luar dari aspek skill/ bakat sedia ada.

Dan tidak hairanlah ramai isu semasa trend terkini yang sering menularnya berita tentang penggiat seni yang berakhir dengan depresi, trauma, tekanan, dan mundur diri kerana tidak tahan dengan kehidupan mereka sepanjang memegang karier dalam industri seni.


Untuk memulakan kehidupan dengan dunia seni; seseorang itu perlu mempunyai kriteria yang diingini;

1. Aura personaliti
2. Perwatakan menarik
3. Mempunyai pengetahuan ilmu seni yang cukup
4. Kreativiti yang tinggi
5. Menghargai dan menyayangi anugerah seni di sekelilingnya
6. Disiplin diri yang kuat dalam mendalami dunia seni.
7. Peka terhadap perkembangan dunia seni.


ADAKAH MEREKA MEMPUNYAI KEHIDUPAN YANG MEWAH/KAYA-RAYA/GAJI TAWARAN YANG LUMAYAN?
Tidak semestinya; kerana ia bergantung pada penawaran sesuatu produksi, bagaimana mendapatkan tempat dalam sesuatu dunia hiburan; ada seketika perlu menndapatkan tempat dan bersaing dengan penggiat seni yang lain. Jika tidak mendapat sebarang tawaran; maka di sana perlu bekerja keras untuk mendapat tempat di mana-mana agensi. Kadang-kala perlu cari inisitaif sendiri bagaimana untuk memajukan diri sendiri.


BAGAIMANA MENDAPAT TEMPAT DALAM INDUSTRI SENI?
Perlu mengikuti mana-mana pertandingan/peraduan/audisi mana-mana yang memberi peluang kepada kita untuk menjadi sebahagian daripada dunia seni. Perlu rajin expose diri sendiri untuk hadir mana-mana dunia seni; kadang perlu usaha, modal dan komitmen yang berterusan dalam memasuki dunia seni.






Sekian blog Jovie pada kali ini.
Semoga dengan blog ini memberi serba sedikit pengetahuan yang baik dalam dunia kesenian sebenar.



Terima kasih sudi singgah blog Jovie!


  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. content creator dgn hosting ada kaitan dgn blog juga.. ahh bestnyaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eya....dengan tujuan yang sama, menghibur dan menginspirasi orang lain...

      Padam

  2. JACKPOT ynag besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^