TIPS UNTUK ORANG MALAS

By Jovie J - 11/24/2019

Hello!
Hye!

Di blog kali ini Jovie mahu kongsi sedikit tips yang mungkin boleh membantu kamu untuk semangat dari gaya hidup kemalasan...
Cuba periksa diri sendiri, apa tabiat yang paling kamu selalu buat tetapi sebenarnya jika dibuang 
tabiat itu kamu sebenarnya jauh lebih baik??

Rezeki yang besar layak kepada orang yang rajin; yang malas hanya tahu belajar untuk iri hati rezeki orang lain...hahaaa
Kalau pelihara gaya hidup lembek, tiada mood, tidak peduli dan sebagainya...mungkin kamu sudah kehilangan seribu jutaan rezeki yang sebenarnya pantas untuk kamu memilikinya!
Nah ini dia 15 tips paling mudah yang boleh dipraktikkan:

1. Pasang lagu rancak & membangkitkan motivasi

2. Fikir akibat jika tidak buat sesuatu kerja

3. Hias dinding dengan kata-kata hikmah & memberi aura semangat. ( supaya selalu beringat hal yang baik )

4. Fikir keselesaan diri sendiri

5. Fikir malu dengan tabiat buruk sendiri.

6. Menganggap bahawa serangga itu suka pada tempat yang kotor.

7. Banyak baca contoh/inspirasi daripada orang yang berjaya




8. Wujudkan saingan secara sihat yang membangkitkan semangat rajin

9. Banyak tengok video yang melihatkan keadaan hidup yang daif/miskin/kurang pengurusan gaya hidup...automatik boleh menyedarkan diri sendiri.

10. Tetapkan satu disiplin yang kuat dalam diri.

11. Selalu mencari tips untuk mengubah gaya hidup ( termasuk tips yang Jovie kongsi ini, hahaa..)

12. Fikir bahawa pemikiran yang pemalas akan turun kepada generasi anak kamu suatu hari nanti.

13. Mengimaginasi keadaan kamu di masa akan datang.

14. Hal positif datang daripada aura rajin; manakala hal negatif datang daripada aura pemalas

15. Berdoa untuk memohon kekuatan dan semangat daripada Tuhan untuk menjadi lebih baik; mengambil sudut positif daripada keluarga sendiri untuk maju.


Nah, ini dia tips untuk ubah gaya hidup kita termasuk untuk Jovie juga, hihiii...

Mudah-mudahan dengan tips yang sederhana ini mampu memperbaiki sudut pemikiran yang lebih baik!

"Rezeki datang pada orang yang rajin berusaha"


Terima kasih kepada yang sudi membaca blog Jovie!


Ting!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^