Kau Yang Terpilih

By Jovie J - 11/23/2019


Menjadi indah di mata orang itu perlu untuk kita selidiki peribadi dulu; jangan kerana mahu jadi yang paling disayangi perlu cari insan yang terlebih dahulu mahu mencintai kita, kita yang seharusnya belajar untuk mencintai diri kita sendiri...


Kau adalah insan yang dipilih Tuhan untuk menikmati indahnya proses hidup di dunia ini.

Tidak perlu desak diri sendiri untuk dicintai orang lain; kalau kita sendiri tidak faham dengan diri kita sendiri...

Kenapa perlu paksa hati untuk dijaga dan disayangi orang lain? Kerana malu dengan manusiawi yang menganggap kamu itu hidup sendiri?


Beringat; bahawa kita diberi hidup untuk menikmati kehidupan; itu adalah sebahagian daripada tujuan hidup kita juga.

Jika kita sendiri tidak belajar menikmati kehidupan, bagaimana pula kita mahu belajar menghargai orang di sekeliling kita? 

Bagaimana kita mahu belajar menyayangi diri kita sendiri sebelum belajar untuk menyayangi dan menghargai orang di sekeliling kita? 


Selalu beringat bahawa kau sudah cukup terindah; Tuhan sudah memilih yang terbaik untuk setiap kita; 

Percaya bahawa hati yang penuh dengan jiwa menyayangi layak untuk insan yang menghargai peribadi kamu yang cukup menyayangi jiwa kamu seadanya...


Percaya pada hati yang bersih




Kau Yang Terpilih.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^