PUNCA KESESAKAN JALAN RAYA

By Jovie J - 11/28/2019

Hello!
Hye!

Yang pasti setiap kali kita dalam perjalanan mahu jalan-jalan bersama sahabat atau keluarga, pergi kerja atau menghadiri suatu acara besar, perkara yang paling kita tidak sukai iaitu

Menghadapi kesesakan jalan raya!



Boleh jadi rosak mood kita sebelum sampai ke tempat destinasi yang diingini.





Yang pastinya pelbagai punca kenapa terjadi hal kesesakan;

1. Waktu puncak di mana semua pekerja pergi kerja.

2. Bas sekolah yang menghantar anak-anak ke sekolah.

3. Ada acara besar di kawasan tersebut.

4. Kenderaan parking di tempat yang tidak sepatutnya.

5. Ada kemalangan sehingga menghalang perjalanan kereta.

6. Kereta rosak di tengah jalan.

7. Haiwan liar melambatkan pergerakan perjalanan kereta.

8. Bencana alam; tanah runtuh, jalan raya rosak, banjir, jalan raya berlumpur ( tidak bertar ) 
sehingga kereta tersangkut di tengah jalan, pokok tumbang.

9. Cuaca buruk; hujan melambatkan pergerakan kenderaan kerana perlu berhati-hati sepanjang pemanduan.

10. Ada pemeriksaan atau rondaan polis, JPJ atau pihak-pihak tertentu.

11. Jalan raya ditutup kerana hal tertentu.

12. Tiada lampu traffic light; menjadikan perjalanan kenderaan tidak tersusun dengan lancar.

13. Musim balik kampung; ketika cuti perayaan ramai yang ingin pulang ke kampung
 menyebabkan jalan raya dipenuhi dengan kenderaan berbanding hari biasa.

14. Sesetengah pemandu yang masih baru dalam membawa kereta; memerlukan kesabaran pemandu lain sepanjang perjalanan.

15. Sesetengah pemandu yang mengambil masa untuk membawa masuk/keluar penumpang atau stok barang; biasanya Grab, teksi, lori dan etc.

16. Kenderaan besar yang membawa muatan besar/berat; menjadikan semua pemandu berwaspada kerana takut dihimpit kenderaan besar ( takut kemalangan besar terjadi ).



Sekian 16 punca yang Jovie dapat simpulkan punca-punca yang menyebabkan kesesakan jalan raya.



Paling penting adalah menjaga keselamatan kita semua sewaktu dalam perjalanan; dan patuh pada keselamatan di atas jalan raya.








Semoga dengan info ini dapat membantu kita menyelesaikan punca utama kesesakan di jalan raya.

Terima kasih sudi baca blog Jovie!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^