Hello semua!
Di blog kali ini Jovie mahu kongsi tips yang paling simple untuk kamu yang mahu kuasai bahasa English bermula dari bawah, sangaaaat bawah...
Sebenarnya untuk belajar English tidaklah susah.....senang!
Cuma kamu saja yang anggap English itu bukan bahasa kamu, hahahaa...
Tips ini sangat berkesan khas untuk para ibubapa yang ingin anaknya punya kemampuan mempelajari bahasa English tanpa bergantung pada bimbingan orangtua sendiri.
Untuk yang masih lemah dalam penguasaan English, ini sangat-sangat membantu!
PERTAMA: DENGAR LAGU KANAK-KANAK VERSI ENGLISH
- Biarpun kamu sudah mencecah usia remaja, belia, dewasa sekalipun...tidak salah untuk mendengar lagu nursery rhimes sebab kanak-kanak celik English sebenarnya mereka bermula daripada apa yang mereka dengar dan nyanyi; lagu Nursery Rhymes
KEDUA: BACA BUKU KANAK-KANAK VERSI ENGLISH
Buku kanak-kanak mempunyai ayat-ayat yang simple dan mudah untuk difahami. Ditambah lagi ilustrasi pada buku kanak-kanak menguatkan imaginasi kita untuk menghadam isi plot cerita tersebut. Jika ibubapa biasakan anak-anak dengan dunia buku cerita kanak-kanak versi English, minda mereka akan berbuah dengan lebih cerdik.
KETIGA: MENONTON FILEM ANIMASI/ KARTUN DISNEY
Tidak diakui lagi filem animasi disney sangat menghantui dunia kartun kanak-kanak. Kalau boleh, bermain dengan kanak-kanak pun mereka membayangkan dunia permainan seolah-oleh seperti dalam dunia disney. Kita boleh memasuki dunia fikiran kita dengan filem disney; Sangat penuh dengan dunia fantasi dan membolehkan kita sendiri secara automatiknya asyik untuk mendengar watak animasi bercakap dalam bahasa English. Lagi mujarab, MENONTON DISNEY TANPA SUBTITLE. Biar otak kita menghadam setiap sebutan dan ayat yang disampaikan.
Maka, inilah dia 3 tips mudah yang boleh kita kuasai dengan masa yang sekejap untuk menguasai English. Semoga dengan tips mudah ini dapat membantu kamu , anak buah, sepupu, dan sahabat yang lain.
Terima kasih sudi lawat blog Jovie!
0 comments
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^