Hai !
Selamat petang kawan-kawan !
Lama Jovie pendam rasa sebenar-benarnya perasaan di dalam hati, moga kamu semua mengerti yang Jovie sekarang sedang berjuang untuk memulihkan semangat yang jatuh rundum.
Lama Jovie simpan perasaan yang tidak menyenangkan, bukan mahu tunjuk perhatian.
Tetapi ini cara untuk Jovie meluah segalanya dengan kamu semua yang Jovie struggle untuk mencari kemenangan hati sendiri, mencari kejayaan sebenar untuk diri Jovie.
Dengan blog ini moga Jovie dapat menemui semangat perjuangan melawan perasaan diri sendiri untuk bangkit lebihh nikmat!
Doakan Jovie, yaa...
Sejak Jovie menamatkan pengajian universiti, Jovie jadi hilang identiti diri. Eyaa, sebab Jovie rasa tidak berguna sebab tidak manfaatkan kelebihan diri sendiri.
Pokoknya, jauh di sudut hati Jovie menangis...struggle untuk menemui jalan balik keceriaan Jovie yang sebenar. Kalau boleh semangat kerja pun semakin down, kurang motivasi diri, malas mahu berkelumut dengan orang luar...
Bahkan Jovie lebih rela untuk berkurung seketika daripada kehidupan luas. Menangis sekuat hati sampai lelah dan puas.
Jovie rasa perjuangan untuk hidup semakin hilang, kadang-kadang pisau yang tajam macam tiada bahaya. Tapi, Jovie tetap tahan hati daripada melukakan diri sendiri.
Tahun depan, Jovie masuk usia baru...25 tahun.
Tapi, apa-apa pun tidak mememui hasil.
Dan dia sebenarnya bermula dari memutuskan hubungan orang yang selama ini mempermainkan perasaan Jovie... Jovie rasa gagal, bodoh, pelik, rasa diolok-olokkan...
...
...
...
Tidak apa, Jovie terima kelemahan Jovie...Kerana rasa terlalu diperbodoh-bodohkan, Jovie lansung tidak suka tengok muka orang...Jalan begitu saja.....biar,
Lepas tu akan ada yang menanya depan khalayak ramai tentang personaliti Jovie. Jovie sedar kekurangan Jovie...Seolah Jovie ini lansung tidak mengambil tindakan & tidak berbuat apa-apa!
Jauh di sudut hati Jovie,
"Kalau menegur pun, perlukah malukan Jovie di depan khalayak ramai? Syok dan puas hatikah bila berani mengkritik dan memperolokkan personaliti Jovie di depan orang lain even dengan kawan sendiri?"
...
...
...
Jovie decide untuk berdiam dan malas.
Sesiapa pun yang dm personal, Jovie hanya jawab sepatah kata.
Jangan ganggu Jovie buat masa sekarang!
Dan terima kasih kepada yang lain yang masih setia memahami dan mendengar luahan rasa hati Jovie tanpa memperburukkan keadaan sebenar Jovie!
:-
0 comments
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^