Hye gaiss!
Beruntung Jovie ada chance sekejap bercerita tentang pengalaman Jovie sebagai budak seni di UMS!
Bukan semua dapat merasa kehidupan sebegitu!
Okay, Jovie cerita simple tapi padat lah kan?
Seni yang Jovie ambil di UMS, ijazah sarjana muda dengan kepujian Seni Kreatif ( 3 tahun )
Ada macam-macam seni di UMS; Seni Visual, Seni Musik & Seni Kreatif.
Seni kreatif ni ada cabang dia lagi; Seni Penulisan Sastera, Seni Teater & Seni Tarian.
Dalam Seni Kreatif Jovie ambil Seni Teater.
Kenapa Jovie ambil Seni Teater? Kenapa bukan Seni Tarian atau Seni Penulisan Sastera?
Jawapan:
Jovie mahu mencuba sesuatu kehidupan di luar konteks pemikiran Jovie. Jovie mahu buka hati untuk mengenal sesuatu bidang yang bukan semua orang dapat memasukinya.
Bidang teater ini susah untuk kita mencari di mana-mana, kerana bidang ini sangat jarang melainkan hanya dimainkan ketika adanya program teater atau festival dan sebagainya.
Menceburi bidang di luar kotak pengetahuan, Jovie mahu meneroka sisip-sisip kehidupan penggiat teater. Rupanya, tidak semudah dalam mimpi yang kamu reka-reka atau idam-idamkan. Kena berani menonjolkan diri kerana ia lebih kepada keyakinan untuk berhadapan dengan ramai orang. Jovie mulai berjinak dalam dunia seni sejak STPM...Atas alasan tidak mahu belajar terlalu berat, mahu sesuatu yang boleh mengasah kreativiti minda.
Bila sebut saja bidang teater, mesti orang anggap kau seorang pelakon yang mantap dan serba boleh. Tidak semua...Sebab ada yang lebih kepada bidang pengurusan teater; Teknikal atas pentas, Busana, Dandanan...
Dan paling penting bagi orang teater mengenal sejarah kemunculan teater untuk tahu selok-belok perkembangan teater. Kami bukan setakat mahu berhibur dalam bidang seni, seni juga adalah suatu disiplin untuk kami memperbaiki kemahiran diri dan sosial luar.
Kami lebih kepada latihan teknikal, dan banyak menghabiskan masa dengan aktiviti kuliah yang bukan konsep hanya duduk dan mendengar pensyarah bercakap.
Kami berpeluang melakukan aktiviti latihan vokal suara, latihan tubuh badan, latihan teknikal teater, latihan teater game...semuanya dipraktik untuk perkembangan/ persiapan sebagai seorang seni yang berpotensi.
Jadual masa sebagai penggiat seni, sangat padat sehinggakan jarang dapat tidur yang cukup....tetapi itu semua menjadi berbaloi dengan usaha komitmen yang berterusan. Penat, memang penat tetapi inilah kehidupan sebenar penggiat seni untuk lebih berkembang maju.
Dalam kehidupan seni di UMS juga Jovie berpeluang untuk tahu bagaimana shooting filem itu dijalankan, bagaimana proses membentuk sebuah poster yang kreatif dan berpotensi, bagaimana proses untuk menjadi seorang penulis yang sebenar..
Kajian lapang pelajar seni; lebih kepada sejarah kesenian yang boleh dipetik dari hasil kajian dari mana-mana daerah Sabah. Mengenal tradisi masyarakat Sabah...samada tarian, suku kaum, baju tradisi, makanan tradisi, alat muzik tradisi...
Dan ya Jovie juga berpeluang belajar alat tradisi Sabah selama 1 semester...part ni paling best! Kalau boleh berlanjutan main alat muzik sampai keluar segala aura stress! Hahaa...
Jovie paling suka part membentuk ayat puitis, biarpun tidak semahal karya A Samad Said, Usman Awang...
Jovie aktif penulisan puisi di persatuan sastera fakulti, ada buku lagi...puas hati dapat merasa jadi seorang penulis! Aura-aura positif sentiasa bergema di hati Jovie tau!
Cukup mencurah segala luahan rasa hati yang berlagu-lagu, ching!
Wehh, part Zumba sebelum latihan teater tu part paling sihat yang Jovie suka, biar penat sakit badan...yang penting puas hati keluar peluh untuk kecergasan badan...
Berpeluang mempelajari kesan khas make up; make up halloween, make up vintage, kesan luka...etc.
Belajar bagaimana membentuk busana mengikut tema...asas-asas menjahit, asas-asas ukuran, jenis kain...memperagakan kain depan orang lain.
Proses membentuk suatu produksi dalam konsep industri seni...sangat teliti dan memerlukan perincian setiap satunya...
Kenangan ikut festival teater di Melaka suatu pengalaman yang Jovie tidak dapat lupakan, kenangan keluar dari negeri asal menjelajah ke negeri orang...Tengok teater dari semenanjung memang kuat berbanding Sabah. Sabah kalau part teater belum dikenali ramai
So, nampak kan selok belok kehidupan seni! Seni bukan setakat belajar diam-diam di kerusi dan meja saja, 80% adalah fokus pada aktiviti berkonsepkan praktikal! Lumayan! Tetapi kena tahan hati sebab orang di luar sana suka merendahkan martabat penggiat seni...
Wah, panjang lebar Jovie mengulas tau, tengah malam memang buah fikiran membuak-buak hahahaa...
Tetapi kena sentiasa waspada tentang hal meremehkan pekerjaan industri seni...,
Kalau suka merendahkan martabat penggiat seni, kenapa obses sangat dengan kehidupan K-pop dan suka tengok drama? Baju dan barang-barang milik kamu yang cantik itu bukan hasil dari jiwa kamu yang berseni?
Hargai Seni, kerana seni itu merangkumi semua termasuk bau perfume, gincu, kasut, topi, jam tangan, handphone, kereta, makanan....etc....semuanya hasil seni manusia.
KEHIDUPAN KITA DIKELILINGI SENI.
7 comments
Wahh mcm best kos seni ni
BalasPadamya!
PadamBagi sy lah kan seni sangatlah susah hahaha.. tetapi best sbb mostly kita terus praktikkan.. belajar teknikal semua nie pun sgat penting juga.. bukan smua org dapat belajar seni.. walaupun kita 1 universiti sy sendiri pun x tahu budak seni belajar mcm man.. haha apapun nice sharing.. ^^
BalasPadamya, beginilah realiti kehidupan sebenar seni ums, aura-aura macam penggiat industri seni...syukur dapat merasa 3 tahun pengalaman.
PadamAll the best for your study. Saya tak tahu pun UMS ada tawarkan kos seni teater ni. Selalunya terbayangkan ASWARA je.
BalasPadamThank you, sudah habis belajar...tahun 2018 konvo. UMS pun ada kos kesenian. UNIMAS juga ada...
PadamSekiranya dapat course begini, boleh ke arah pendidikan ka? Contoh jadi guru sastera?
BalasPadamTerima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^