Hye!
Di blog kali ini, Jovie mahu berkongsi pendapat sambil membuka fikiran kita sebenarnya tentang hala tuju yang kita mahu sebenarnya...
Tidak salah untuk Jovie memberi pandangan tentang aturan masa depan kita masing-masing. Jika ada yang rasa ada cara lebih baik dari ini, tidak salah untuk kamu utarakan komen kamu di ruangan komen...ting ting!
Okay, berbalik pada tajuk asal kita...
Masihkah kamu ingat apa cita-cita yang kamu tulis sewaktu tadika? Sekolah rendah? Sekolah menengah? Diploma ? Degree?
...
...
Jovie bagitahu kamu semua apa cita-cita Jovie waktu masuk darjah 1.
Ada 3 cita-cita Jovie tau;
1.Cikgu
2.Penjual
3. Lupa suda, hahaa...
Ya, jauh daripada apa yang Jovie lalui sekarang...Sekarang kerja dalam pelancongan. Jovie pun tidak faham dengan aturan atau rencana apa yang Tuhan bagi dengan Jovie, mungkin inilah permulaan yang baik Tuhan bagi.
Biarpun Jovie suda ada kerja dan boleh bantu ringankan keluarga, ketidakpuashati itu masih juga ada di hati. Jovie rasa diri belum mampu menguasai ertinya kejayaan sebenar dalam kehidupan.
Yang Jovie maksudkan ialah, sebenarnya Jovie mahu kejayaan itu yang bermula dengan usaha produk sendiri...Produk yang Jovie maksudkan bukan produk makanan, kosmetik, ubat-ubatan dan seumpama dengannya. Jovie mahu lihat hasil kejayaan daripada idea Jovie sendiri, bagaimana dengan idea untuk bangun sendiri tanpa bergantung sepenuhnya dengan gaji majikan.
Eya, pasti setiap kita punya impian yang melayang di langit kan?
Tapi bukan semudah seperti yang kita nampak kejayaan orang lain
Kita masih bingung mencari jalan kehidupan diri kita.
Tapi, ada 1 resepi yang sebenarnya dalam diam menunggu kamu bertahun-tahun lamanya..Jika kamu tidak cari gali bahan utama kejayaan itu, kamu jadi kempunan seumur hidup.
Resepi paling utama sebenarnya bermula dari HOBI kita sendiri!
Ingat ya,
HOBI
Selama ini apa hobi yang sering kamu buat di rumah?
Menanam bunga-bunga?
Menanam sayur?
Menjahit baju ?
Memasak?
Tengok youtube?
Main game?
Dengar lagu?
Nyanyi?
Melukis?
Membaca?
Menghias diri?
Edit gambar selfie?
Ya, semua itu wajib kita buat biarpun hal seremeh itu hahahaa...
Sebenarnya ia bermula dari RUMAH
Siapa tahu jika selama ini kamu rajin edit gambar selfie, boleh buat bisnes design poster, banner, flyers....ini sangat berguna tau, boleh dapat tawaran buat design banner untuk sambutan hari jadi, tumang, kenduri, perayaan dan sebagainya...
Siapa tahu kalau selama ini kamu suka menjahit baju, kamu boleh buat sulaman baju yang cantik pada pakaian kosong...buat baju untuk orang, ini hasilnya lumayan tau...
Siapa tahu kalau selama ini kamu suka sangat menyanyi, boleh aktifkan diri buat cover lagu di youtube...facebook...instagram....dan ikut mana-mana pertandingan nyanyian.
Siapa tahu kalau selama ini kamu suka memasak, kamu boleh upgrade skill buat kek, biskut dan dapat buat bisness sendiri. Semudah itu, ya!
Siapa tahu kalau selama ini kamu suka tengok youtube, dan akhirnya kamu terinspirasi untuk buat channel sendiri dengan tujuan menghibur...dan jangan pandang remeh dengan youtuber, lumayan tau kerana mereka dibayar oleh google adsense!
RAMUAN SEBENAR KEJAYAAN ADALAH BERMULA DARI APA YANG KAMU SUKA!
Kalian apa hobi? Manatau suatu hari nanti, kamu boleh jadi sebahagian daripada cita-citamu!
Jangan biar cita-citamu terbengkalai!
2 comments
Betul tu.. hobi sy dari dulu suka menulis diari .. siapa sangka ia boleh jadi something yg kita katakan sebagai kerjaya walaupun hasil yg kita peroleh x sebesar gaji yg kita dapat diluar..
BalasPadambetul tu!
PadamTerima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^