Hye!
Hello!
Di blog kali ini Jovie mahu kongsi pengalaman Jovie apabila menjadi seorang pelajar universiti awam..
Bagi kami yang suda melaluinya, sememangnya puas hati dan cukup nikmat untuk merasa kehidupan memasuki universiti awam.
Okay, Jovie adalah seorang almuni ( bekas pelajar ) UMS; Universiti Malaysia Sabah. Jovie belajar dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian ( Seni Kreatif ). Ijazah Sarjana Muda itu sama maksudnya dengan Degree.
Dalam sistem pendidikan, ada fasa-fasa tertentu untuk mencapai kejayaan;
Pengalaman 3 tahun belajar peringkat degree itu suatu usaha yang panjang dan perlu kesabaran untuk melengkapi semua tugasan. Untuk memasuki pengajian dalam peringkat Degree, kamu perlu mempunyai sijil di antara 3 ini; STPM/Matrikulasi/Diploma.
Okay, berbalik pada tajuk asal, semestinya semua pelajar terlebih dahulu akan menunggu jawapan daripada universiti samada kamu layak atau tidak. Sekiranya anda terima status bahawa anda tidak layak, itu bererti kamu perlu mengulangi peperiksaan yang gagal atau kamu belum bayar yuran pengajian, atau kamu mempunyai masalah disiplin atau kamu tidak melengkapkan jam kredit pendidikan universiti sebelum ini.
Syukur Jovie layak graduate tepat pada masanya. Setelah menerima keputusan layak, perkara yang paling teruja adalah apabila mahu mengambil jubah. Jubah untuk universiti awam, beratnya gila. Syukur Jovie dapat merasa pakai baju Jubah standard pengajian tinggi. Dalam tempoh 3 tahun; hanya di waktu konvokesyen sahaja kita dapat merasa memakai baju jubah konvokesyen...
Sebab itu kenapa ramai yang memanfaatkan baju jubah sepuas-puasnya sebelum dikembalikan semula kepada pihak universiti. Ramai yang mahu ambil gambar kenangan bersama baju jubah masing-masing.
Sewaktu konvokesyen berlansung, perkara pertama yang Jovie rasai adalah saat-saat nervous naik atas pentas sambil nama disebut dan terpancar di skrin sambil memegang skroll! Betapa megah & bangganya diri dapat menjadi di antara graduan-graduan yang berjaya memiliki ijazah!
Di waktu itu terasa itulah hari-hari terakhir berjumpa dengan semua genk dari dalam dan luar negeri...Sayu hati menikmati hari-hari terakhir bersama mereka setelah 3 tahun persahabatan terjalin. Dengan dorang la Jovie belajar untuk menikmati zaman universiti, biarpun stress tetapi kebersamaan itu tetap kuat & terasa.
Dan yang paling dirindui adalah suasana rutin harian kuliah...rindu tempat kuliah, rindu asrama, rindu cafe, rindu keliling ums...
Setelah memegang ijazah sarjana muda, Jovie merasakan bahawa menjadi seseorang yang memegang gelaran ijazah sarjana muda tu suatu kepuasan, tapi untuk mengembangkan skill yang ada dengan ilmu yang dipelajari di UMS bukan hal yang mudah!
Setelah habis belajar, sudah tentu fikir untuk mula membayar balik loan PTPTN. Dan mengembangkan kehidupan untuk jadi lebih baik adalah suatu hal yang perlu perjuangan;
Tidak bererti Jovie pernah bergiat aktif dalam bidang seni; Jovie terus dengan mudahnya dapat menjadi seniman berjaya di luar sana!
Tidak sama sekali!
Meneruskan bidang seni itu perlu perjuangan, keberanian, keyakinan, bakat yang sedia ada.
So, dengan cara blogging ini, Jovie rasa puas hati dapat mengekpresikan skill Jovie dalam menulis!
Tidak sampai di situ saja...
Sebenarnya apabila melihat junior student berjaya konvo, melihat pensyarah dan senior dapat melepasi level master & Phd....
Wahhh, terasa Jovie juga dalam diam nekad mahu meneruskan pengajian peringkat master & Phd!
Mengambil keputusan sambung pengajian peringkat lebih tinggi perlu kekuatan mental & emosi!
So, bagi yang ingin sambung ke depan; pastikan kewangan sudah betul-betul stabil kerana kos sambung belajar adalah lebih tinggi daripada level diploma, degree, stpm, matrikulasi...bukan mudah!
Disimpulkan lah, dapat memegang ijazah adalah suatu kepuasan & kebanggaan buat diri dan keluarga sekeliling!
Sekian curahan pengalaman manis yang Jovie kongsikan dalam blog ini, semoga dengan pengalaman Jovie ini dapat memberi semangat kepada generasi baru untuk maju lebih baik dalam apa jua bidang yang akan diceburi nanti!
Semoga blog ini memberi manfaat bagi kamu semua!
Terima kasih sudi lawat blog Jovie!
0 comments
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^