#3
Jika dilihat sekilas pandang, untuk menjadi jujur sejujur-jujurnya di mata orang ramai itu merumitkan.
Terkadang ada 1 hal kita tidak ingin dedahkan, demi menjaga privasi diri sendiri.
Terkadang jujur itu mengajar kita untuk menjadi diri sendiri .
Itulah kenapa terkadang setiap kita harus kenal titik kejujuran seseorang; kerana kejujuran yang benar itu suatu keikhlasan yang sejati.
Bukan untuk riakkan diri sendiri, tapi menjadi diri kita apa adanya, menjadi diri sendiri.
Supaya kita ingat,
Bahawa jujur itu lebih besar darjatnya daripada menipu diri sendiri.
0 comments
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^