Hye gaiss!
Hari ni Jovie tidak banyak sangat idea untuk dikongsikan. So, Jovie dlm sehari begitu berfikir apa perkongsian kali ini pula.
Dalam perkongsian kali ini Jovie hanya mahu meluah rasa kepayahan untuk survive pada masa kini...
Oleh kerana kos sara diri sangat tinggi; duit saving kadang-kadang tidak bertahan lama sebab betul-betul kurang duit suda.
Jovie banyak buat plan dan backup plan untuk save duit semampu yang boleh, tetapi buat masa sekarang agak payah untuk mengumpul...
Rancangan selalu tidak dapat ditunaikan; sudahlah lokasi kerja tu jauh, terpaksa pakai grab setiap kali pulang dari kerja. Itupun harga tambang tidak fix sebab high fare bila datang musim perayaan, kesesakan jalan raya, kemalangan...aduh, boleh dikatakan setengah daripada duit gaji memang terbang ke grab.
Lagi-lagi bila Jovie banyak komitmen untuk family sendiri, ini memang suatu kewajipan sudah...
Dan Jovie pelihara haiwan peliharaan; Arnab...Huhuu, makanan arnab memang perlu banyak...Boleh dikatakan kos makanan sebulan boleh mencecah Rm60 ke atas juga...nasib baik jiran rekomen makanan arnab yang boleh save budget dan arnab Jovie pun still masih suka makan makanan tu...
Dekat-dekat hujung tahun ni, Jovie memang kena save lebih banyak untuk persediaan krismas. Kira satu cabaran untuk berjimat la, lebihkan keperluan daripada kehendak.
Hujung tahun nanti bolehlah beli yang diidam-idamkan. Hihiii,
Gaiss, tidak lama lagi tahun 2019 akan berakhir...kalau kamu ada tips, share-share dengan jovie juga ya, hihii...
So, set your plan wisely!
Dari Jovie,
Yang sedang kusut merancang masa depan.
0 comments
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^