Hye guys!!
Petang ni Jovie mahu kongsi tentang satu buku ni yang memang menarik & bagus untuk sesiapa yang memerlukan motivasi...Beberapa bulan lalu, ada pameran Big Bad Wolf di Sabah Trade Centre. So, Jovie singgah membeli buku di sana, memang rambang mata lah!
So, berjam-jam keliling pameran buku tu...Jovie dapat sebuah buku ni yang isi dia sangat bagus untuk kita. Ini dia:
TAJUK BUKU: Obligasi Aku Pun Boleh Bahagia
PENULIS: AK
MUKASURAT : 157 muka surat
PENERBIT : NuBook
ISBN : 978-967-13679-6-4
Buku ni lebih kepada buku motivasi, yang mendorong hati kita untuk selalu kuat dalam menghadapi kehidupan...
Jovie kongsi sedikit isi/ petikan dalam buku ni yang boleh dijadikan pedoman untuk kita bersama.
Page 55 :
Jika kau berbuat salah, maafkanlah dirimu sendiri. Jika kau menyesal, menyesallah dengan sungguh-sungguh. Berjanjilah untuk tidak mengulanginya lagi. Sedangkan Tuhan akan selalu memaafkan dirimu jika kau bertaubat kepada-Nya. Jadi, kenapa kau tidak mahu memaafkan dirimu sendiri?
Page 71:
Gambarkan semua yang kau ingini dalam hidup ini. Bayangkan semua itu dalam mindamu sambil berdoa. Gambarkan semua yang kau ingini dalam hidup ini, sama ada keinginan dunia ataupun keinginan akhiratmu. Dengan membayangkan keinginanmu, doamu akan menjadi semakin kuat. Dengan menggambarkan doamu, ia akan meresap lebih jauh ke dalam hati dan fikiranmu. Kau juga menggalakkan dirimu sendiri untuk berusaha mendapatkan apa jua keinginanmu.
Page 98:
Carilah persekitaran yang membuatmu tenang. Carilah dunia yang kau sukai. Carilah tempat tinggal yang menyeronokkan. Semua itu akan mempengaruhi keadaan jiwamu. Semua itu akan membuatmu bahagia. Segala hal dalam persekitaran yang tenang akan membuatmu berasa selesa berlama-lama di sana.
Page 142:
Setiap hari, cuba lakukan 1 perkara yang boleh membuatmu bahagia. Apa saja. Tanya kepada dirimu sendiri, "Jika hari ini aku boleh melakukan perkara yang membuatku bahagia, apakah perkara itu?". Lakukan minimum 1 perkara sahaja setiap hari. 1 perkara yang dapat membuatmu gembira.
Page 145:
Jika kau berjaya melakukan sesuatu dalam hidupmu, berilah penghargaan kepada dirimu sendiri. Anggap seolah-olah kau telah memenangi sebuah pertandingan, dan kau layak menerima pingat. Berilah 'piala' atau 'pingat' untuk dirimu sendiri. Mungkin dalam bentuk apa sahaja. Mungkin makan di tempat yang sedap, mengajak keluarga pergi bersama, membeli barang yang kau idam-idamkan, bersedekah kepad anak yatim, pergi melancong dan sebagainya. Lakukan sesuatu yang menggembirakan hatimu. Perkara-perkara ini akan memberikan penghargaan kepada dirimu yang telah berusaha keras dalam meraih cita-cita hidupmu. Jiwamu akan berasa bahagia dan berterima kasih, dan kau akan bekerja dengan lebih gigih lagi pada masa akan datang.
Jovie boleh bagi rate 5/5 bintang!
Tidak rugi dapat buku ni
4 comments
Nice sharing jovie!
BalasPadamThank ain...i'm keep blogging...
Padamsy balik2 termiss tu Big Bad Wolf di Sabah Trade Centre huhu T-T
BalasPadamTempat kerja bsebelahan ja dengan Sabah Trade Centre, jadi senang ja...bernasib baik ja time tu.
PadamTerima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^