Luahan Kehidupan; Susah & Senangnya Kehidupan

By Jovie J - 10/06/2019

Ada satu saat kita kan termenung & terbayang apakah nasib kita pada hari-hari akan mendatang; kita lansung tidak tahu susunan hidup yang Tuhan bagi dengan kita. Tapi, kita masih latih jiwa kita untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.


Ada satu masa hati kita jadi penat, lelah dan rundum pada suatu tempoh masa tertentu kerana hati kita lelah dan putus asa biarpun sudah sehabis baik berusaha. Yang bau tiada rasa, yang wangi tiada harumnya...

Masih jauh perjalanan hidup yang perlu kita tenpuhi; yang pastinya dalam kehidupan kita tidak lari dari permainan pelbagai emosi; pastinya kita kena tempuhi juga & jalani kehidupan tanpa memikirkan hal kecil; ringankan hati, jangan perbesarkan masalah sekecil titik noktah.

Dan apabila kita memerlukan ketenangan; bersendirilah buat sementara waktu. Renung jauh di sudut hati ; fikirkan hal yang baik, lapangkan dada...dan fikir jauh masa depan...

Jangan terpedaya dengan sinetron drama tv, ia jauh sama sekali dari realiti kehidupan sebenar...kerana setiap orang lain budaya hidupnya...Kita masing-masing sedang mencipta kehidupan. Mencari aura kehidupan yang kita ingin cipta, menikmati setiap perjalanan harian kita, menghidu saat-saat hitung harinya kita.....Bau kehidupan itu sangat harum, bisa melapangkan jiwa tentang nostalgia kehidupan.

Persepsi hati kita menentukan persepsi kita tentang kehidupan yang bakal kita lalui di masa akan datang; mahupun hati banyak simpan yang negatif ataupun positif...ia bergantung dari kita.

Semoga kita semua buat yang terbaik dalam mencipta aura kehidupan kita masing-masing,,,

Paling penting; sentiasa ingat Tuhan, bersyukur dan berterima kasih atas apa yang kita nikmati sekarang....




  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^