Hai!
Kali ini Jovie ada ringan tangan sikit mahu berkongsi tentang pengalaman atau perkongsian..
Kali ini Jovie terbuka hati mahu kongsi tentang...'
Kehidupan Si Introvert
Oleh kerana Jovie tahu yang diri Jovie bersifat introvert, so Jovie pun sudilah kongsi apa perspektif Jovie sebagai seorang introvert...ching!
Pertamanya, orang pasti beranggapan bahawa orang ini jenis pendiam...tidak banyak cakap...susah bergaul dengan orang lain, tidak suka bersosial, Kenyataannya, memang kaum ini hanya lebih suka luangkan masa untuk bersendiri; kerana ini satu cara bagaimana mereka mahu mencari ketenangan. Berbanding yang suka bersosial, mereka mencari ketenangan dengan berjumpa ramai kawan untuk melepak dan jarang ada di rumah...beza, kan?
Kedua. Kaum introvert tidak suka berhadapan dengan orang yang ramai di sekelilingnya. Mereka akan mudah rasa rimas dan tidak akan stay lama dalam suatu kelompok besar. Tetapi itu bukan bermakna mereka benci atau sombong, kerana memang sudah suatu perasaan semula jadi yang menjadikan mereka selesa dengan cara mereka sendiri. Berbeza pula dengan ekstrovert, mereka lebih suka keramaian dan ini cara mereka untuk mencari keseronokan dan kebahagian jiwa.
Ketiga; kaum introvert hanya suka bercerita dengan sesetengah orang yang dia rapat atau selesa. Sebelum mereka menegur orang di sekelilingnya, pertama mereka akan menilai dari cara seseorang itu memandangkan dia; mereka mencari instinct/telepathy yang membuatkan hati mereka selesa dengan peribadi orang tersebut. Berbanding pula dengan golongan ekstrovert, mereka lebih terbuka, open-minded dan friendly dengan semua orang di sekelilingnya..Jauh perbezaan di situ, kan?
Keempat; Golongan ini sangat obses dengan hobi mereka; seperti suka membaca buku, bermain game, melukis, menulis...dan aktiviti-aktiviti yang santai dan mengusyukkan mood mereka. Bagi golongan ekstrovert, ada juga di kalangan mereka yang banyak menghabiskan masa dengan hobi mereka tetapi tidak sepenuh masa...hanya apabila diisi masa yang betul-betul free sahaja.
Kelima; golongan ini suka berfikir, membaca ruang di sekelilingnya...boleh dikatakan, suka membaca/menghadam/berfikir tentang apa yang dia lihat pada ketika itu. bukan dikatakan suka fikir hal remeh; tapi ini memang suatu sifat semula jadi yang ada pada diri seorang introvert. Disimpulkan dengan cara mudah, apabila mereka melihat ada seseorang berdiam diri menunggu bas di bustop...mereka dalam senyap sedang menangkap apakah yang ada dalam fikiran orang itu ketika sedang duduk menunggu bas; cuba meresapi jiwa orang itu...Golongan ini akan mempunyai firasat untuk mengenal samada orang di sekelilingnya itu punya peribadi yang baik;selesa atau di sebaliknya. Pokoknya, sangat memilih kawan; lebih suka memiliki kawan yang berkualiti berbanding nilai kuantiti.
Keenam, golongan ini adalah seorang sahabat pendengar yang setia...Mereka sangat terbuka untuk mendengar segala luahan atau cerita daripada sahabatnya...Kerana walaupun mereka bukanlah jenis mulut murai, tetapi lebih diklasifikasikan sebagai seorang pendengar yang setia...
Dan pasti ramai orang akan mempunyai perspektif sebegini;
Apakah Golongan Introvet Ini Berkualiti ?
Cuba cari, ramai golongan yang memiliki kejayaan kebanyakannya mempunyai peribadi Introvert..Banyakkan membaca pelbagai artikel tentang latar belakang orang yang berjaya.
Jangan lihat pada kulitnya,
Diam-diam ubi berisi, itu bagus sekiranya dia sendiri tahu merancang bagaimana mengatur masa depannya...
Diam- diam besi berkarat; sekiranya dia tidak memanfaatkan bakat atau kualiti sebenar yang ada pada dirinya...
Golongan Introvert mempunyai pemikirannya sendiri bagaimana dia ingin memajukan dirinya sendiri, mereka mempunyai kualiti iaitu disiplin diri di mana mereka lebih pandai berdikari sendiri tanpa bantuan orang lain...dan yang pastinya mereka adalah seorang yang sangat penyabar dalam menghadapi apa-apa situasi.
So, introvert bukanlah suatu hal yang perlu dipandang rendah...
Hargai sahabat anda yang memiliki jiwa seperti ini!
Thank you kerana sudi lawat blog Jovie!
2 comments
Hahaha i'm more to introvert as well...
BalasPadamMe too!
PadamTerima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^