Hye!
Kali ini Jovie ambil masa di hujung minggu ini untuk berkongsi info/pengalaman yang Jovie rasa sangat berguna untuk kamu semua!
Khususnya untuk pelajar UPSR, PT3, SPM, STPM dan lain-lainnya.
Jika kamu selalu mengamalkan cara ini, akan berkesan untuk menaikkan semangat belajar!
Ini sebahagian daripada pengalaman & sharing tips dari sahabat seperjuangan Jovie...ia memang membantu menaikkan mood kepada pelajar!
TIPS UNTUK MENAIKKAN SEMANGAT BELAJAR;
1. CIPTA SUASANA TEMPAT BELAJAR YANG TENANG DAN CERIA
Mungkin selama ini kamu sudah terbiasa dengan susunan barang & perabot dalam bilik belajar/ tidur kamu; sekali sekala kamu perlu cipta suatu suasana dalam bilik supaya pandangan jadi lebih menarik & ceria. Hiaskan bilik anda seperti layanan vvip supaya jiwa sentiasa kelihatan ingin maju dan terutama. Tips mudah, susunan buku rujukan atau buku teks di atas meja pastikan tidak mengganggu ruang tempat kamu belajar pada waktu itu juga. Elakkan simpan terlalu banyak buku atas meja, tetapkan hanga 1-2 buku yang ingin diulangkaji. Ini meringankan suasana pemikiran yang crowded.
2. CIPTA JADUAL BELAJAR YANG RINGKAS TAPI PADAT, KREATIF DAN CERIA
Kadang-kadang bukan senang kita ingin pandu jiwa kita untuk sentiasa maju apalagi bila mood belajar lansung rundum. So, apakata cipta jadual sendiri untuk membentuk pendirian/disiplin yang kuat dalam satu perjuangan! Mencipta semangat itu sebenarnya memerlukan kreativiti dari hati kita masing-masing...Tidak perlu untuk isi semua masa kita dengan ruangan belajar yang terlalu padat seperti jadual kelas, cukup sehari 1 subjek ataupun seminggu 2-3 kali buat revision! Otak juga memerlukan rehat untuk memulihkan tenaga kita semula.
3. PASANG LAGU YANG MEMBANGKITKAN SEMANGAT HATI
Ada banyak lagu tetapi yang dimaksudkan bukanlah lagu yang terlalu kacau bilau, sebolehnya dengarlah lagu berunsurkan kerohanian atau lagu klasik yang mendamaikan jiwa. Pastikan semasa study, volume musik juga tidak terlalu bising; cukup hanya untuk kamu sahaja mendengar musik itu...Tetapi, bagi yang lebih selesa belajar tanpa musik bolehlah rajinkan diri datang ke library sekolah atau awam untuk environment yang membantu kuatkan semangat!
4. RAJINKAN BERDOA UNTUK MEMOHON KEBERKATAN DARI TUHAN
Ini adalah suatu kewajipan yang harus diterap/dididik sebagai sebahagian daripada keperluan kita di dunia. Doa adalah suatu berkat, setiap yang berdoa Tuhan tidak akan pernah gagal mendengar kebutuhan kamu. Doa dengan penuh keikhlasan, bukan hanya untuk menarik perhatian atau berdoa bila perlu saja.
5.TERAPKAN KESYUKURAN SETIAP KALI BANGUN DARI TIDUR
Fakta bahawa setiap kali kita merasa segar dan happy setiap kali bangun dari tidur, akan memberi impak kepada perjalanan rutin seharian kita. Bangun itu menjadikan kamu kelihatan segak/cantik...apabila kamu merasakan bahawa kamu masih mempunyai kenikmatan merasai harian dengan baik; menghargai setiap saat langkah kaki kita bergerak.
6. BANYAKKAN MENONTON VIDEO INSPIRASI
Video inspirasi semakin luas ditayangkan di laman sosial tidak kira di Facebook, Instagram, Youtube dan etc...Terdapat ramai juga blog yang memberi kita pelbagai tips menjadi hebat denga hanya membaca tips! Ini juga salah satu cara untuk naikkan semangat belajar.
7.BUAT SEBUAH BUKU "MY PRIVATE DIARY BOOK"
Buku ini adalah sebahagian daripada sahabat kamu yang sangat memahami kamu ketika kamu dalam emosi yang bermacam-macam. Buku ini adalah teman setia kamu yang menyimpan seribu rasa hati dan luahan kamu. Jadikan dia sebagai sebahagian daripada kawan rapat yang boleh menjadi pendamai jiwa kamu sendiri. Rekod catatan kamu boleh masukkan tentang ;
- Perkenalan diri kamu
-Impian kamu ( tidak kira untuk sehari, seminggu, sebulan ataupun bertahun-tahun )
-kelemahan kamu
-bakat/kelebihan yang ada pada diri kamu
-Petikan ayat rohani yang boleh mendefinisikan siapa kamu
-Perangai yang ingin diubah kepada yang lebih baik
-Catat kesalahan/kesilapan yamg kamu telah perbuat pada hari ini
-Proses perjalanan kehidupan yang ingin/akan dilaksanakan.
-Simpan gambar kenangan yang banyak membantu mengubah diri kamu selama ini.
-Menjawab persoalan diri sendiri kenapa memilih masa depan yang kamu pilih ini?
-Reaction everyday ( catat setiap hari, maka dalam sebulan kamu akan dapat lihat manakah reaction paling banyak; ( Reaction marah,sedih,bosan,suram,relaks,stress, benci, takut, risau ..etc..)
8. JANGAN BERI TEKANAN KEPADA DIRI SENDIRI
Sememangnya apabila exam makin dekat, memang hati tidak akan pernah tenteram. Jangan paksa diri, beri ruang untuk diri sendiri santai seberapa lama hingga tenang. Banyakkan sibuk diri dengan aktiviti yang luas pemandangan, tidur atau bercerita dengan ahli keluarga sepuas-puasnya. Memberi tekanan kepada diri sendiri tidak akan memberi ketenangan, sebaliknya memudaratkan diri sendiri.
9. LEKAT NOTA RUJUKAN YANG PALING SPECIAL DI DINDING BILIK TIDUR/RUANG BELAJAR
Otak tidak mampu menghadam dengan baik dengan ilmu yang kita belajar sekiranya kita suka copy paste segala isi dalam buku teks dalam buku nota kamu; tanpa memahami makna setiap isi. Latih otak untuk mencari / mencipta nota dinding yang paling unik dan sangat ringkas! Nota ringkas lebih cepat faham berbanding nota setebal kamus!
10. DAPATKAN SEMANGAT DARIPADA KELUARGA
Semangat restu daripada keluarga adalah tulang belakang yang paling utama. Tanpa mereka, kamu tidak akan mengerti tentang makna kejayaan dalam perjalanan hidup kamu.
11. KELILINGI DIRI ANDA DENGAN KAWAN SEPERJUANGAN YANG MAJU & POSITIF!
Tidak kira kawan , sepupu, saudara atau sesiapa sahaja...kita memerlukan kuantiti kawan yang berkualiti, bukannya yang dengan mudahnya mengajak kita berbuat sesuatu yang merosakkan diri sendiri! Pengaruh mereka akan mempengaruhi pemikiran kamu juga
Sekian perkongsian Jovie kali ni, rasanya kali ni Jovie sangat excited kongsi sepanjang-panjangnya😂..
Semoga dengan tips ini mendorong kamu semua menjadi lebih baik untuk meningkatkan semangat belajar!
Kongsikan kepada rakan-rakan yang lain juga, ya
Thank you sudi lawat blog Jovie!
2 comments
nice tips... thanks for sharing..
BalasPadamwelcome!
PadamTerima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^