PUISI TIADA MAKSUD

By Jovie J - 12/19/2019



Tiada isi
Idea berlarian terhuyung-hayang
Selalu suka bersembunyi
Sengaja mahu bermalas-malasan

Bosan
Hanya diselimuti kesunyian
Lalu dibungkus kemas-kemas
Hanya berguna apabila diusik

Tiada cerita
Sekadar suka-suka diisi
Meriuhkan rasa khabar
Elak berdiam diri

Tiada catatan
Lalu sengaja diadakan
Asalkan ia hadir
Sebagai karya pembuka bicara

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^