PSIKOLOGI DALAM KESENIAN

By Jovie J - 12/17/2019


Hye!
Selamat datang ke blog Jovie!

Seperti biasa Jovie akan selalu kongsikan serba-sedikit pengetahuan yang bermanfaat untuk kamu semua.

Dalam kesenian, tidak semestinya mereka perlu mengenal bagaimana untuk menghiburkan...
Tetapi, terdapat beberapa asas ilmu yang perlu dibimbing untuk mereka mengenal psikologi dalam bidang kesenian. 

Dan biasanya ilmu psikologi ini merupakan asas bagi pihak tertentu untuk mendalami aspek kesenian yang diceburi;

Iaitu penting untuk pengkarya seni lakonan, muzik, tarian, lukisan, sastera, lukisan visual dan aliran  kesenian yang berkaitan.






Asas ilmu psikologi penting untuk mereka menyeimbangkan psikologi mereka dalam karier yang mereka lakukan; seperti psikologi dalam lakonan. Mereka akan belajar bagaimana mendalami watak yang mereka mainkan peranan dalam filem mahupun teater. Tujuan mengenal psikologi adalah untuk menghidupkan watak yang diingini oleh pengarah. Untuk membentuk psikologi watak pelakon, mereka akan membuat latihan pembacaan skrip dan latihan emosi untuk menghidupkan watak mereka masing-masing. Mereka juga akan melakukan kajian watak masing-masing untuk mendalami psikologi perwatakan mereka. Sebagai contoh; apabila diberi watak sebagai kaki botol gelandangan, mereka harus mendekatkan diri mereka dengan golongan itu untuk merasai jiwa tersebut...tetapi pada masa yang sama mereka harus teliti dan membezakan perwatakan si kaki botol jalanan dan perwatakan si kurang siuman gelandangan.

 Asas ilmu psikologi juga penting untuk mereka tahu bagaimana menstabilkan semula emosi setelah selesai latihan atau shooting. Adalah hal yang paling mencabar apabila mereka perlu merubah emosi mereka dalam jangka waktu yang singkat terutamanya pelakon teater; teater adalah suatu persembahan di mana ia dilakonkan secara lansung di atas pentas, maka pelakon menpunyai peranan besar untuk menghidupkan emosi dan perwatakan mereka secara lansung ke audiens. Peralihan emosi setiap adegan  memerlukan pelakon bijak membentuk emosi sesuai dengan jalan cerita dalam setiap babak atas pentas. Tetapi sesudahnya selesai pementasan teater atau filem, apabila mereka masih tidak mampu mengawal emosi kesan daripada menghidupi watak seperti watak orang gila, penagih dadah, watak jahat, watak sedih...pokoknya yang melibatkan emosi yang berat mampu memberi kesan jangka masa panjang akibat masih dibayangi watak yang mereka hidupi sepanjang tempoh berteater atau berlakon ( aura wataknya masih bermain dalam fikirannya kerana terlalu mejiwai watak lakonannya sehingga mampu memberi impak buruk ke atas psikologinya sendiri).





Dalam nyanyian, penyanyi akan menyanyikan lagu dengan baik dan berkesan sekiranya penjiwaan dan penyampaian setiap ucapan lirik yang disuarakan menyentuh emosi setiap pendengar. Untuk menjadikan lagu itu berkesan dan hidup, penyanyi juga memerlukan penjiwaan watak dan  memahami maksud penceritaan di sebalik lirik lagu tersebut. Gubahan lirik dan susunan muzik dalam lagu memainkan peranan yang besar dalam penghasilan sebuah lagu yang baik. Dalam erti kata lain, penghayatan lagu memerlukan penerapan unsur psikologi juga supaya lagu tersebut mampu memberi impak ke hati pendengar.





Dalam karya sastera ( penulisan ), novel, cerpen mahupun puisi yang terkenal selalunya berpunca daripada cara penyampaian daripada setiap plot / isi ceritanya berkesan sehingga jalan ceritanya memberi impak kepada pembaca. Penulis sendiri harus menghidupi watak utama melalui penjiwaannya apabila berada di pihak si watak utama dalam karyanya. Penulis juga akan menganalisis setiap watak yang ada dalam karyanya agar perwatakannya lebih jelas dan difahami pembaca. Kajian watak perlu dikaji agar penyampaian si watak utama dan watak sampingan dalam karyanya memberi impak yang besar.





Dalam tarian pula, penari perlu faham setiap gerakan yang diaplikasikan dalam tarian mereka. Untuk menghasilkan tarian yang mantap dan menarik, mereka perlu menyusun langkah dan susunan tarian mereka malah setiap pergerakannya mempunyai maksud penceritaannya yang tertentu. Tarian adalah suatu ungkapan / luahan tentang suatu tema persembahan yang ingin mereka ceritakan. Tarian bukanlah sekadar untuk menari, tetapi salah satu daya tarikan bagaimana mereka mengungkapkan perasaan, menyampaikan maksud tarian dengan aksi/gerakan yang sesuai, menceritakan suatu kejadian kepada audiens. Malah dalam tarian, setiap penari mempunyai watak-wataknya yang tertentu dan kajian watak juga harus diteliti agar penonton faham dengan jalan cerita tarinya. Tarian mempunyai daya tarikannya yang unik kerana cara penyampaiannya adalah lebih kepada konsep penyampaian cerita melalui pergerakan tarian; yang selalu diiringi dengan muzik-muzik yang sesuai dengan konsepnya. Penari memainkan emosi sepanjang ekspresi tarinya, untuk membolehkan penonton membaca maksud jalan cerita yang cuba disampaikan oleh si watak penari tersebut.




Melalui lukisan, ekspresi lukisannya berlandaskan konsep/ tema / luahan ekspresi si pelukis...setiap garisan dimensinya memainkan peranan untuk membentuk sebuah kisah penceritaan yang hidup di atas kertas, dinding, mahupun dalam bentuk arca atau penggunaan teknik visual yang pelbagai. Asas-asas garisan mempunyai fungsinya tertentu untuk diaplikasikan dalam bentuk visual yang hidup. Dalam erti kata lain, konsep garisan dan psikologi emosi merupakan gabungan yang penting untuk menghasilkan karya seni visual yang betul-betul bernyawa dan menarik.




Wahh, panjang penjelasan Jovie mengenai psikologi dalam dunia kesenian...Semoga dengan sedikit pendekatan ilmu ini memberi pendedahan baru kepada kamu semua.




Semoga memberi manfaat!

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 8 permainan seru :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^