TIDAK PERLU TIPU DIRI SENDIRI UNTUK BERKARYA

By Jovie J - 12/18/2019



Hye!
Sekali lagi kita bertemu di blog Jovie...

Cerita blog pada kali ini sangat santai dan penuh dengan intipan yang perlu kita renung bersama.

Hal yang sudah sedia tahu;
Tentang hal berkarya.


Sememangnya berkarya itu suatu hal yang mahal...

Dan semua manusia menpunyai sifat karyanya masing-masing. Mungkin terlalu luas untuk diungkapkan atau diceritakan...

Karya adalah anugerah Tuhan.

Ia boleh terjadi dalam banyak hal...



Karya itu adalah unsur keindahan di sekeliling kita; Tinggal kita sahaja bagaimana kita ingin mengungkapkan nilai indahnya sesuatu hal itu.

Tapi, sebahagian daripada kita ada yang memilih berkarya sebagai suatu medium kejahatan, kebinasaan menjatuhkan...




Terlalu naksir memikirkan sehingga sampai 1 tahap ia menghasilkan suatu persembahan karya yang kotor...

Sehingga meracuni jiwa dan pemikiran orang lain untuk terjerumus sama




Dan akhirnya karya seni hilang keindahan semula jadinya, hilang sifat ikhlas dan bersihnya.



Hal Berkarya Membimbing Kita Menjadi Lebih Baik
Tidak perlu tipu diri sendiri hanya semata-mata ingin melindungi diri sendiri...

Cukup mengungkapkan kejujuran; dengan niat bukan mahu menjatuhkan orang lain malah membangunkan orang lain secara bersama-sama.

Berkarya adalah sesuatu yang mahal; malah ramai yang suka mengambil kesempatan dengan maksud untuk kepuasan, malah semakin melemahkan dan memburukkan situasi.

Lebih baik memilih untuk membawa masyarakat berfikir dan merenung diri kita bersama dan kita saling menyedari antara sesama...

Daripada belajar untuk membutakan hati orang lain dengan cara meracunkan pemikiran ke arah yang negatif.






Hal Berkarya Itu Indah
Maka carilah sudut indah daripada keunikan kita masing-masing...

Tidak perlu iri hati dengan karya sesama kita. Semua kita sama, memiliki keunikan masing-masing.

Kenapa perlu iri hati sedangkan kita semua SAMA?

Jadilah diri sendiri, kerana karya indah itu terlihat hasil daripada ungkapan jiwa kita...kita merasa, kita melaluinya, kita jujur dan ikhlas...





Hal Berkarya Menguji Kejujuran Kita
Karya nyata lebih hidup dan bernyawa bahkan mampu menyentuh secara emosional dari dalam suara batin kita.

Tidak perlu malu untuk mengungkapkan karya kita...

Karya itu kan membangunkan hal yang positif, seharusnya menjadi perkongsian bersama.





Hal Berkarya Itu Herba Kesembuhan
 Batin
Membangunkan hati yang semakin tenggelam; membuat kita berfikir secara kritis; menyedarkan kita bahawa kita juga manusiawi yang punya pelbagai perangai emosi...

Menyembuhkan hati yang selama ini mencari ketenangan, buah fikiran yang menyegarkan, mendamaikan dan mententeramkan.





Hal Berkarya Itu Suatu Inspirasi
Mempengaruhi manusiawi ke arah yang lebih damai dan harmonis...belajar menerima dan menghargai; memahami proses-proses kehidupan.






"Seni Itu Indah"
Menerima dan menghargai ruang di sekelilingnya







"Seni Itu Memanusiakan Manusia"
Membangunkan manusia yang hampir lupa siapa mereka di dunia ini.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^