Dia punya angan-angan yang nyata,
Sesuai dengan apa yang dimilikinya sekarang...
Dia sudah cukup kenyang
Dengan segala rezeki yang dikasih Tuhan.
Darjat membezakan aku dan dia...
Dia terlihat lebih beruntung;
Mendahului aku yang masih kerdil...
Ramai ingin jadi seperti dia,
Aku juga sebahagiannya
Mana mungkin aku tidak punya angan-angan...
Seperti dia.
Aku masih di awang-awangan...
Apakah sebenarnya yang kukejar?
Mata melihat dinding;
Hati masih mencari masa depan...
Malam kujadikan mimpi
Untuk ku mencari titiknya indah
Melihat harapanku terlunas
Saat aku membuka mata;
Di hari baru.
"Insan kerdil yang melihat angan-angan sebagai impian,
Di malam hari..."
2 comments
Nice, sgt suka..baru nak share tp ralat pula..kenapa tuu..
BalasPadamTerima kasih baca blog Jovie...sorry buat masa sekarang blog saya ada masalah teknikal yg m'buatkan saya sukar untuk kongsi link blog saya di facebook & instgram...apapun, saya masih sedang dalam proses menyelesaikan masalah blogging saya...
PadamOnce again, thankss❤
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^