Ada bahagian daripada diriku
Yang kamu tidak harus tahu,
Kerna aku sedar...
Itu adalah sebahagian daripada tanggungjawabku.
Ada bahagian daripada diriku,
Yang kamu masih belum mengerti,
Kerana itu...
Aku belajar untuk tidak menceritakannya.
Ada bahagian daripada diriku,
Yang aku butuhkan ia kembali.
Jika bisa diundur kembali,
Aku mahu pelihara ia sebaiknya.
Perihal aku...
Usah perlu kamu tahu lebih dalam;
Aku adalah peribadiku,
Yang harus aku pertanggungjawabkan sendiri.
Buat kamu,
Terima kasih kerana peduli
Meskipun tidak semua hal harus kamu tahu...
"Pasti ada alasan di balik itu semua..,"
0 comments
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^