Puisi: CINTA PENUH PERKASA

By Jovie J - 4/24/2020

Ketika engkau memuji-mujiku sungguh;
Seakan akulah permaisurimu satu-satunya,
Yang tiada dapat dicari gantinya...

Ketika engkau berpegang pada janji,
Sungguh bibirmu mengucap indah,
Aku melihat kebaikanmu seperti tiada yang lain,
Cintanya seakan dialah cinta abadiku.

Dalam mimpiku kaulah pemazmurku,
Yang menjadikan jiwaku bersorak-sorai bahagia,
Aku menghidupi cintaku.

Sungguh biarpun batu-batuan melemparku,
Aku tidak akan mati,
Sekalipun aku dihina keji,
Aku tahu engkau perisai keselamatanku!

Ketika aku sedang berjalan,
Engkau memberiku lilin ketika aku menyusung dalam gelap,
Aku mengerti di hadapanku adalah pintu gerbangnya,
Yang harus aku tempuhi bertahun-tahun lamanya...

Engkau menerangi jiwa gelapku,
Ketika aku hampir memikirkan peritnya hidup,
Engkau mendengar jerit batinku dalam diam,
Aku menangis bahawa engkau cuba mengerti rinduku.




  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^