Puisi: AMARAH VIRUS

By Jovie J - 3/28/2020

Ketika dia keluar dari kandang kotor
Dia melemparkan senyuman paling agung
Memberi lampu hijau kepada kawanannya
Untuk membiak bebas tanpa halangan


Dia bersiar-siar begitu percuma
Tiada siapa tahu dari mana dia muncul
Dia terselamat dari zon kurungannya
Dan kini dia ada merata tempat


Ketika dunia mengumumkan manusia kian darurat
Lingkungannya berjaya menguasai alam ini
Sementara manusia sedang tenggelam
Ditimbun ribuan makhluk pengganas


Senjata mula kehabisan stok
Manusia hilang keupayaan menjatuhkan si makhluk kecil ini
Imunnya semakin kuat
Terus menyerang dan menjatuhkan manusia di muka bumi


Mungkin inilah loceng peringatan
Untuk kita yang masih berjuang menyelamatkan diri
Untuk terus menjaga benteng pertahanan diri
Sebelum dia dalam diam menyerang.






"Sejarah 2020; mengingatkan kita tentang dunia yang hampir mati kerana sikap duniawi dan manusiawi,"



  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.org

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^