Puisi: KALAU AKU SEPERTI DIA

By Jovie J - 3/27/2020


Kalaulah gadis itu adalah aku,
Aku mahu jadi seperti dia
Yang apabila dunia melihatnya
Terasa bagai dunia dihujani bebunga indah...

Kalaulah gadis itu adalah aku,
Aku mungkin kelihatan sentiasa bahagia
Menikmati hidupku setakat ini
Yang sentiasa disayangi ramai orang...

Kalaulah gadis itu adalah aku,
Aku akan mendandani diriku dengan cara yang indah
Biar semua kerasukan melihatku
Hanya dengan  senyuman manis...

Erk, aku lupa diri
Tetapi seboleh-bolehnya aku punya azam
Untuk belajar menghargai diri
Daripada aku belajar membenci diriku.



Dan gadis itu adalah aku...

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.org

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^