Buku ini
Menceritakan sebuah bukti rasa
Sebuah buku yang kutulis
Demi cerita aku dan kau
Duhai yang menjadi mimpiku
Tika suatu saatnya nanti
Kau hadir muncul jua
Kan kugigit jiwaku
Duhai cerita hidupku
Sudikah engkau cipta sebuah rasa
Yang lama kusimpan
Tentang rasa bahagia seutuhnya
Tidak akan kusesal
Tentang segala yang kan kutulis
Biar setiap kata ini berharga
Buat mengenang kembali rasa
Aku kan kembali
Mengisi semula rasa hati
Untuk lebih baik daripada berhenti
Menjadikan diriku berharga
0 comments
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^