Senarai Simpulan Bahasa dan Maksud

By Jovie J - 7/22/2020


1. AKAL BELUT
Tipu muslihat yang sangat licin.

2. ANAK GAHARA
Anak raja daripada permaisuri.

3. ASAM GARAM
Pengalaman hidup.

4. BATU LONCATAN
Sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan.

5. BERALIH ANGIN
Bertukar tempat; pergi ke sesuatu tempat untuk berehat.

6. BERGADAI NYAWA
Sanggup membahayakan diri sendiri untuk mencapai sesuatu.

7. BERHATI BATU
Bersifat degil; tidak berasa kasihan.

8. BERMUKA DUA
Tidak jujur; belot.

9. BERTIKAM LIDAH
Bertengkar; berdebat.

10. BUAH MULUT
Perkara yang menjadi sebut-sebutan orang.

11. BULAT HATI
Ikhlas; tetap hati dan sungguh-sungguh.

12. BURUK SIKU
Meminta kembali apa-apa yang telah diberikan.

13. BUTA HATI
Tidak dapat menerima pengajaran orang; tidak berasa kasihan.

14. CAMPUR TANGAN
Turut serta dalam urusan orang lain.

15. CEPAT TANGAN
Suka mencuri.

16. DALAM TANGAN
Pasti diperolehi.

17. DARAH DAGING
Anak kandung.

18. GAJI BUTA
Gaji yang diterima dengan tidak bekerja bersungguh-sungguh.

19. GELAP HATI
Sukar mengikut pelajaran.

20. HABIS AKAL
Habis segala usaha;bingung.

21. HANGAT-HANGAT TAHI AYAM
Tidak bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.

22. HILANG AKAL
Tidak tahu apa-apa yang hendak dibuat;agak gila.

23. JALAN BUNTU
Tidak mendapat kata sepakat.

24. JAUH HATI
Tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain.

25. KEPALA ANGIN
Orang yang kelakuannya sering berubah-ubah.

26. KEPALA BATU
Enggan mengikuti nasihat.

27. KEPALANG AJAR
Belajar separuh jalan sahaja; tidak cukup; bertanggung-tanggung belajar.

28. KERA SUMBANG
Orang yang hidup dengan mengasingkan diri.

29. KUTU EMBUN
Orang yang suka merayau-rayau tanpa tujuan lada malam hari.

30. LANGKAH KANAN
Mujur; bernasib baik.

31. LANGKAH SERIBU
Melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut.

32. LEPAS LAKU
Melakukan sesuatu tanpa segan silu.

33. LINTAH DARAT
Orang yang mengenakan bunga yang tinggi atas pinjaman yang diberikan.

34. MAKAN ANGKAT
Suka dipuji atau disanjung.

35. MELANGKAH BENDUL
Hal adik berkahwin dahulu sebelum kakak.

36. MEMASANG TELINGA
Mendengar dengan sungguh-sungguh dan hati-hati.

37. MEMBABI BUTA
Melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.

38. MEMBAWA DIRI
Menjaga dan menyesuaikan diri dengan keadaan.

39. MENCARI JALAN
Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

40. MEMBUKA LANGKAH
Mula melakukan sesuatu tindakan.

41. MEMBUKA TEMBELANG
Menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain.

42. MEMERAS KERINGAT
Berusaha dengan bersungguh-sungguh; bekerja kuat.

43. MEMERAS OTAK
Berfikir atau belajar dengan kuat.

44. MENCUCI MATA
Bersenang-senang dengan melihat sesuatu yang indah.

45. MENGABUI MATA
Menipu; memperdaya.

46. MENGADU DOMBA
Memperlagakan;memecahbelahkan.

47. MENGADU UNTUNG
Mencari rezeki.

48. MENGIKUT JEJAK
Meniru perbuatan orang yang terdahulu.

49. MENGIKUT TELUNJUK
Tidak berani membantah.

50. MENJERUK HATI
Menyimpan perasaan di dalam hati.

51. MULUT TEMPAYAN
Tidak dapat menyimpan rahsia.

52. NAIK ANGIN
Tidak dapat mengawal diri kerana terlalu marah.

53. NAIK DARAH
Menjadi marah.

54. NYAWA-NYAWA IKAN
Hampir mati.

55. OTAK KERING
Tidak berapa siuman.

56. OTAK UDANG
Bodoh.

57. PAKU BELANDA
Harga tetap

58. PEKAK BADAK
Tidak dapat mendengar bunyi yang kuat tapi dapat dengar bunyi yang perlahan.

59. PERANG DINGIN
Perang secara menggertak.

60. PERANG MULUT
Berkelahi dengan kata-kata yang kasar dan kesat.

61. PUTIH HATI
Baik hati; jujur.

62. PUTIH MATA
Kecewa; mendapat malu.

63. PUTUS REZEKI
Hilang mata pencarian.

64. RABUN AYAM
Kurang jelas atau kurang terang penglihatannya.

65. RAMBANG MATA
Sukar untuk membuat pilihan.

66. RINGAN MULUT
Peramah; suka bergaul.

67. RINGAN TANGAN
Suka menolong orang; cepat melakukan kerja.

68. RINGAN TULANG
Rajin bekerja.

69. SALAH LANGKAH
Kesilapan pada permulaan melakukan sesuatu dan mengakibatkan keburukan.

70. SENAPANG BAMBU
Orang yang nampaknya berbahaya tetapi sebenarnya tidak.

71. SERKAP JARANG
Tuduhan yang dibuat secara teragak-agak.

72. SIMPUL MATI
Ikatan yang sukar diuraikan.

73. TAJAM AKAL
Cerdik; pintar.

74. TAWAR HATI
Tidak bersemangat; tidak ada kemahuan.

75. TELINGA LINTAH
Orang yang lekas mendengar.

76. TIDUR-TIDUR AYAM
Tidur yang tidak lena.

77. TITIK PELUH 
Penat lelah atau usaha yang sungguh-sungguh.

78. TULANG BELAKANG
Sesuatu yang menjadi pusat kekuatan dalam sesuatu kumpulan; seseorang yang sangat diharapkan.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^