Kata - Kata Hikmah Bahasa Melayu

By Jovie J - 7/21/2020


1. Bahasa Jiwa Bangsa.
Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu masyarakat.

2. Bahasa Menunjukkan Bangsa.
Daripada pertuturan seseorang kita dapat mengetahui jenis dan keturunannya.

3. Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.
Kalau kita bersatu padu kita akan menjadi kuat, tetapi kalau kita bercerai-berai kita akan menjadi lemah.

4. Berkata Benarlah Walaupun Kebenaran Itu Menyakitkan.
Berterus-teranglah walaupun kebenaran itu mendatangkan mudarat kepada diri sendiri ataupun kepada orang lain.

5. Bersekutu Bertambah Mutu.
Bekerjasama antara satu sama lain dalam melaksanakan sesuatu akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.

6. Bertangguh Itu Pencuri Masa.
Melakukan kerja dengan bertangguh akan merugikan diri sendiri.

7. Hidup Ini Suatu Perlumbaan.
Dalam kehidupan sehari-hari, kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan berlumba-lumba.

8. Hilang Bahasa, Lenyaplah Bangsa.
Jika sesuatu bahasa pupus, maka bangsanya akan pupus juga.

9. Ilmu Pelita Hati.
Ilmu pengetahuan merupakan sinar yang dapat memberikan panduan kepada kehidupan manusia.

10. Kata Dikotakan.
Janji atau kata-kata yang diberikan hendaklah ditunaikan.

11. Kata-kata Lebih Tajam Daripada Mata Pedang.
Kata-kata yang pedas dapat menyinggung dan malah menghiris perasaan seseorang.

12. Masa Itu Emas.
Masa sangat berharga.

13. Membaca Itu Jambatan Ilmu.
Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan.

14. Muafakat Itu Berkat.
Sesuatu kerja yang dilakukan melalui persetujuan bersama akan mendatangkan hasil yang baik.

15. Otak Yang Cerdas Ada Pada Badan Yang Sihat.
Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu mengemukakan fikiran yang bernas.

16. Rajin Dan Usaha Tangga Kejayaan.
Usaha yang bersungguh-sungguh akan mendatangkan kejayaan.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^