Ada gula ada semut.
Maksud: Orang yang berkumpul di tempat mendapat rezeki dengan mudah.
Ada rupa ada harga.
Maksud: Harga barang menurut keadaannya.
Ada sampan hendak berenang.
Maksud: Sengaja menyusahkan diri.
Adat juara kalah menang.
Maksud: Tiap-tiap usaha ada untung dan ruginya.
Ada udang di sebalik batu.
Maksud: Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perkataan ataupun perbuatan.
Air dicencang tiada putus.
Maksud: Dua orang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
Air susu dibalas dengan air tuba.
Maksud: Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Maksud: Orang diam jangan disangka pengecut.
Alah bisa tegal biasa.
Maksud: Pekerjaan yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan.
Alah membeli menang memakai.
Maksud: Barang yang bermutu memang mahal harganya, tetapi dapat dipakai lama.
Alang-alang berdakwat biar hitam.
Maksud: Setiap kerja yang dibuat biarlah sempurna, jangan separuh jalan sahaja.
Anak kucing menjadi harimau.
Maksud: Ada kalanya anak orang miskin menjadi kaya atau anak orang kebanyakannya menjadi orang besar.
Api kecil baik dipadamkan.
Maksud: Basmilah kejahatan sementara baru bermula.
Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.
Maksud: sementara belum ada yang lebih baik, baiklah digunakan dahulu apa-apa yang ada walaupun kurang baik.
Bangkai gajah bolehkah ditudung dengan nyiru?
Maksud: Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan.
Belakang parang sekalipun, kalau diasah nescaya akan tajam juga.
Maksud: Biar bodoh sekalipun, kalai belajar sungguh-sungguh akan menjadi pandai juga.
Belum duduk sudah berlunjur.
Maksud: Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dahulu.
Bernasi di balik kerak.
Maksud: Masih ada sesuatu yang belum selesai.
Bertanam tebu di bibir.
Maksud: Mengeluarkan perkataan yang manis-manis untuk memujuk.
Burung terbang dipipiskan lada.
Maksud: Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
Cacing hendak menjadi naga.
Maksud: Orang kecil hendak menyamai orang besar.
Cepat kaki, ringan tangan.
Maksud: Rajin dan cepat bekerja.
Diam penggali berkarat.
Maksud: Ilmu yang disimpan saja lama-lama akan hilang juga.
Didengar ada, dipakai tidak.
Maksud: Nasihat yang disia-siakan.
Di mana semut mati kalau tidak dalam gula.
Maksud: Manusia selalunya terperangkap oleh pujuk rayu dan puji-pujian.
Direndam tak basah.
Maksud: Sesuatu yang sangat sukar dikalahkan.
Empat sudah bersimpul satu.
Maksud: Kesempurnaan diperoleh daripada empat orang, iaitu orang berilmu, berakal, mahir dan rajin.
Gajah mati kerana gading.
Maksud: Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.
Gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga.
Maksud: Perselisihan sering berlaku antara suami isteri, saudara mara dan sahabat handai.
Hari tidak selamanya panas.
Maksud: Untung dan malang silih berganti.
Hati hendak, semua jadi.
Maksud: Jika ada kemahuan semua perkara dapat dikerjakan.
Indah khabar daripada rupa.
Maksud: Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.
Jangan berludah ke langit.
Maksud: Jangan mengeji ibu-bapa atau saudara-mara sendiri.
Jauhari juga yang mengenal manikam.
Maksud: Orang yang bijaksana juga yang dapat melakukan penilaian yang tepat.
Jauh panggang dari api.
Maksud: Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.
Jika ular menyusur akar, tidak hilang bisanya.
Maksud: Orang yang berpangkat atau berdarjat tidak akan hilang darjatnya jika bergaul dengan orang bawahan.
Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
Maksud: Seseorang yang berketurunan baik akan tetap baik walau di mana-mana dia berada.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Maksud: Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.
Lunak gigi daripada lidah.
Maksud: Merendah diri; bersikap lemah lembut.
Makin murah makin menawar.
Maksud: Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.
Malas menggerit, perut perit.
Maksud: Apabila kita malas berusaha, kita akan mendapat kesusahan.
Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.
Maksud: Kalau segan berusaha, kita akan mendapat kemajuan.
Melentur buluh biarlah dari rebung.
Maksud: Mendidik anak-anak hendaklah semasa kecil.
Menangguk di air keruh.
Maksud: Mencapai keuntungan sementara ada kekacauan.
Menarik rambut di dalam tepung.
Maksud: Bersikap bijaksana dan berhati-hati dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Orang buta diberi suluh.
Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia.
Orang mengantuk disorongkan bantal.
Maksud: Memperoleh sesuatu yang diinginkan.
Patah kemudi perahu hanyut.
Maksud: Sesuatu kaum, apabila hilang pemimpinnya akan menjadi kucar-kacir.
Pelanduk dua serupa.
Maksud: Dua orang yang serupa benar.
Pipit hendak menjadi enggang.
Maksud: Ingin melakukan sesuatu yanh melebihi kesanggupan.
Rumah sudah, pahat berbunyi.
Maksud: Bersungut tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan.
Sambil menyelam minum air.
Maksud: Membuat dua kerja sekaligus.
Sarang tebuan jangan dijolok.
Maksud: Jangan sengaja mencari kesusahan.
Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.
Maksud: Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan.
Sebelum ajal berpantang mati.
Maksud: Tidak akan matu sebelum sampai waktunya yang ditentukan oleh Tuhan.
Sediakan payung sebelum hujan.
Maksud: Berjaga-jaga sebelum kita mendapat bencana.
Segan bertanya sesat jalan.
Maksud: Orang yang tidak mahu bertanya apabila menghadapi masalah akan mendapat kesusahan akhirnya.
Sudah jatuh ditimpa tangga.
Maksud: Ditimpa bencana berturut-turut.
Sudah terhantuk baru terngadah.
Maksud: Sesudah ditimpa kemalangan, baru hendak beringat-ingat.
Tanam lalang,tak akan tumbuh padi.
Maksud: Setiap kejahatan akan dibalas dengan kejahatan juga.
Telunjuk lurus, kelengkeng berkait.
Maksud: Pada zahirnya kelihatan baik, tetapi dalam hatinya jahat.
Terapung tak hanyut, terendam tak basah.
Maksud: Belum ada sesuatu ketentuan.
Ukur baju di badan sendiri.
Maksud: Melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan diri sendiri.
0 comments
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^