Kesenian berasal daripada perkataan Latin iaitu 'Kemahiran, Cara atau Kaedah'
Istilah kesenian telah menerima 1 ciri utama dalam kesemua masyarakat dengan menekankan perlunya apresiasi estetik berbanding dengan kegunaan menjelang abad ke-14 M.
Perkataan Estetik berasal daripada istilah Yunani untuk maksud perceive dan kemudiannya menjadi perception.
Estetik adalah kecantikan; kemampuan memberikan keselesaan kepada deria.
Kesenian adalah bidang yang sangat luas:
- Seni muzik
- Teater
- kesusasteraan
- Drama
- Seni Bina
- Seni Ukir
- Seni Visual
Kesenian terbahagi kepada 2 jenis:
1. Seni Halus ( fine arts )
- Lebih kepada kecantikan dan curahan perasaan.
- Gambar dan seni ukir juga mewakili seni halus.
2. Seni gunaan ( applied arts )
- Tergolong seni bina, perkakas, tembikar, pakaian, alat perhiasan, perabot, buku dan yang berkait dengannya.
Sebagai seorang penggiat seni, harus tahu bagaimana menghasilkan suatu karya dengan memberi tiga penekanan perkara ini iaitu:
- Kecantikan
- Ekspresi
- Kegunaan
Menurut Amir A. Rahman, (1990:134):
" Nilai-nilai indah atau tidak cantik ( buruk ) adalah bidang yang termasuk ke dalam seni. Nilai keindahan dalam kehidupan manusia kadang-kadang lebih berpengaruh daripada nilai-nilai logik. Umpamanya orang sering berkata: Alangkah cantiknya! Daripada: Alangkah benarnya! Seorang lelaki biasanya lebih tertarik kepada wanita yang cantik daripada memerhatikan tingkah lakunya. Keindahan adalah suatu nilai yang berada di dalam diri seseorang yang menghukum sesuatu objek sama ada cantik atau tidak cantik."
Menurut Sidi Gazalba ( Islam, Integrasi Ilmu dan Kebudayaan ) 1967:171:
"Seni adalah semua yang menimbulkan rencana keindahan atau keharuan dan semua yang diciptakan untuk melahirkan rencana itu. Rencana tersebut melahirkan kesenangan dan bertujuan kesenangan.
Dua Aliran Dalam Dunia Kesenian
1. Seni untuk seni.
- Orang yang menghasilkan kesenian mempunyai kebebasan untuk menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur baik atau sebaliknya.
- Seniman mencipta kerana ransangan rencana keindahan dan untuk keindahan semata-mata.
- Seniman menghasilkan sesuatu yang menyenangkan dirinya sendiri.
- Sama ada orang lain turut menikmati keindahan daripada karya tersebut tidak menjadi persoalan bagi seniman.
- Dikenali sebagai seni individualitas dan seni egoistik. ( Sidi Gazalba, 1967:177 )
2. Seni untuk masyarakat.
- Seni untuk tujuan kemasyarakatan, politik dan akhlak ( Amir A.Rahman, 1990: 134-35 )
0 comments
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^