SAMBUNG MASTER ?

By Jovie J - 9/28/2019

Bila kita sudah konvo degree...
Macam-macam soalan ditanya,

Kerja suda ?
Bila kawin ?
Ada bf suda ke ?
Bila mahu ada kereta sendiri ?
Kerja apa ?

Tapi, bagi yang baru bergelar alumni Uni, mesti akan ada rasa @ niat untuk sambung study, Master ?

Kenapa ?
Sebab nampak kawan ramai sambung Master, Jovie sendiri pun sudah sebati dengan kehidupan berilmiah...dari,
UPSR....,
PMR...,
SPM...,
STPM....,
DEGREE...,

Lepas tu ?

Master ?

Tetapi dalam hati Jovie berfikir juga untuk bayar loan PTPTN, memang orang akan menyenangkan hati kita dengan kata-kata sebegini?

"Duit boleh dicari, tetapi ilmu adalah sepanjang zaman..."

And then,
Jovie sendiri tidak pasti mana satu kebenaran yang Jovie ingin angkat,
Pendidikan atau kerjaya ?

Jovie sebenarnya sangat suka belajar, Jovie sampai sekarang rasa belum cukup lagi ilmu di dada...

Jovie dalam tahun 2019 ni memang plan yang penting mahu start lakukan bayaran balik PTPTN dan dapatkan lesen memandu...tetapi tiap bulan ada saja komitmen yang perlu diutamakan...

So, Jovie tetapkan pendirian dengan perjalanan proses jangka panjang;

bayar loan PTPTN, memiliki lesen memandu, fokus kerjaya masa kini dan selebihnya fokus memperbaiki penampilan diri.

Ilmu ada di mana-mana, semestinya...sedangkan kita juga sentiasa mahu mencari benda baru...

So, kesimpulannya,

Jovie akan buka balik niat sambung master, sekiranya segala-galanya sudah stabil dan ringan perlahan-lahan.




Kamu adalah fikiranmu,
Selebihnya tulang dan serat.
Kalau kamu fiki

r mawar,
Kamulah taman mawar;
Jika duri-duri,
Kamulah bahan bakar tungku.

Ada ribuan serigala dan
Babi dalam wujud kita.
Ada cantik, ada buruk, 
Tergantung sifat utama.
Jika lebih banyak emas
dari tembaga,
Emaslah ia.

( Kita adalah apa yang kita fikirkan dan bayangkan. Yang keluar daripada kita adalah baik/buruk isi fikiran kita. )

Petikan kata-kata hikmat daripada sumber buku : 
Love Like Rumi, page 15

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.net
    arena-domino.org
    100% Memuaskan ^-^

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^