Lagu Masa Kini Vs Lagu Zaman Dahulu

By Jovie J - 9/29/2019

Hye!

Malam ni mood Jovie melayang ke arah lagu-lagu yang selalu dimainkan di mana-mana laman internet.

Lagu-lagu masa kini memang makin hebat; terutamanya pada susunan muziknya, lirik yang menarik, video muzik yang semakin maju...

Tiap kali Jovie dengar lagu dari youtube, lagu-lagu lama masih ada...ingatkan sudah tenggelam dimamah usia moden...

Kalau budak-budak generasi sekarang, dorang tidak akan pandang dah lagu lama...paling pun sekarang masing-masing sentiasa menunggu lagu terbaru dari artis yang terkenal...

Lagu masa kini?

  • Lirik sangat jelas dan kurang kiasan sastera...
  • Gubahan lagu yang drastik; contoh lagu klasik kanak-kanak telah dimodenkan kepada bentuk remix, dangdut, rock...dalam erti kata lain kurang keasliannya.
  • Gubahan muzik yang melarat; tidak mesra pada pendengaran telinga, tidak sedap didengar...contohnya, lagu yang asalnya biasa ditukar kepada muzik yang sangat bercelaru.
  • Kisah lirik lagu yang cliche; lirik lagu biasa, tetapi yang menguatkannya hanyalah dari aspek susunan muziknya saja.



Lagu Zaman Dahulu

  • Penyampaian lirik yang penuh dengan nilai sastera
  • Muzik yang biasa, sentimental tetapi menyenangkan dan sedap didengar biarpun berulang-kali
  • Unsur muzik yang bersifat suci dan murni, jujur dari rasa hati masyarakat pada zaman tersebut
  • Lagu yang mesra dan dekat di hati masyarakat, sopan dan penuh isi tersirat...




Jovie setiap kali masuk kerja, memang Jovie selalu pasang lagu trend zaman dulu, sebab muziknya sampai di hati dan menyenangkan...senang Jovie buat kerja...owh ya, lagu zaman dulu banyak berkait rapat dengan lagu-lagu Indonesia...di mana lagunya sangat suci dan penuh pengertian...Memang akan menguatkan lagi memori nostalgia lama kita...hihii,

Bagaimana pula pandangan kamu?
Pendapat anda perkongsian kita bersama...,
Hihii...



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^