Newbie's Blogger!

By Jovie J - 9/20/2019

Hai semua!
Memandangkan ini adalah kali pertama saya memiliki blog , di post yang pertama ini saya hanya ingin memperkenalkan diri saya la, hihii!


Biodata ringkas Jovie;

Nama: Jovinia Jounin
Umur: 24 tahun
Tarikh lahir: 11 Mei 2019
Asal: Inanam, Sabah
Akademik tertinggi: Ijazah Sarjana Muda Sastera ( Seni Kreatif ) UMS

Okay, tidak mahu panjang lebar...jadi diringkaskan untuk lebih senang difahami. Saya lebih familiar dipanggil Jovie, sebab inilah yang mudah disebut oleh orang n kawan-kawan.

Tujuan blog?
Sebenarnya tujuan saya adalah ingin mengembangkan/share ilmu/info/bakat yang boleh saya pamerkan. Saya sangat terbuka untuk membaca segala pendapat anda tentang puisi / ilmu yang akan saya post di sepanjang blog ini.

Walaupun minat dalam penulisan karya, tetapi ilmu yang ada hanyalah senipis kertas. Saya masih perlu mendalami dunia sastera ini...Diharapkan dapat bersama-sama kongsi ilmu dan informasi yang baik untuk saya belajari dan sekaligus dapat berkongsi bersama!

Biji benih yang ditanam tidak semestinya akan tumbuh sesuburnya, tetapi dengan usaha dan pengetahuan lebih membantu saya bertumbuh menghasilkan dan berkarya lebih baik..

Welcome to Jovie blog!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^