Book Review: Like That Also Can, Ah ? by Nixon Siow

By Jovie J - 9/21/2019

                                                                                Hai!

Hari ini saya mahu kongsi tentang buku yang saya beli dari kedai Popular, di Suria Sabah.
So, saya memilih untuk beli buku bertajuk

Tajuk Buku   : "Like That Also Can, Ah?"
Page              : 160 pages
Penulis          : Nixon Siow
ISBN-13       : 978-967-1365-88-5
Copyright 2016 by Nixon Siow
Published by : Keropok Publications Sdn.Bhd ( 1149930-X )

Buku ini lebih kepada gambaran ilustrasi. Ilustrasi bukan sekadar lukisan penghias buku, tetapi ilustrasi yang  padat dengan maksud tersirat.


Melalui pengisian buku ini, si penulis cuba menyampaikan pelbagai mesej yang berguna kepada pembaca. Pengisiannya sangat dekat dengan isu sosial kalangan masyarakat pada masa kini. Isu sosial yang menjadi bahan siulan zaman sekarang.
Antaranya:

Isu ketagihan alat elektronik daripada melakukan aktiviti sihat


Ilustrasinya sangat jelas untuk difahami pembaca. Kelalaian / ketidakpeduli terhadap bahaya akibat terlalu berkepit dengan alat elektronik di tangan sepanjang masa. Ilustrasi yang ringkas namun sangat mudah untuk kita menggambarkan situasi yang cuba disampaikan oleh si penulis.


Gambar sebelah kiri menunjukkan gambaran masa sekarang tentang ertinya meluangkan masa bersama kawan. Namun, melalui ilustrasi inilah menunjukkan bahawa realiti kehidupan tidaklah seindah seperti yang kita lihat dalam drama tv. Sepasang kawan yang hanya sibuk dengan hal sendiri, kurang komunikasi antara satu sama lain dan seperti trending masa kini yang suka update di laman sosial. Namun pada hakikatnya, hanya lebih suka berdamping dengan alat elektronik (telefon bimbit) berbanding sosial berfaedah.

Ilustrasi sebelah kanan pula menunjukkan pemikiran masyarakat masa kini yang sangat meninggi diri dengan yang dimiliknya. Di sebaliknya, isu tersebut cuba menjelaskan masyarakat masa kini yang hanya memandangkan darjat status kekayaan berbanding sifat keperibadian seseorang. Ini memang selalu nampak di jalan raya lah, kan? Hihii...

Ini saja ilustrasi, selebihnya kamu bolehlah dapatkan buku ini di Kedai Popular...

Bagi saya, tidak rugi beli buku ini sebab sangat mudah untuk dibaca terutamanya kepada pembaca yang suka buku yang berilustrasi. Mudah difahami kepada semua pembaca tidak kira golongan kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas...Pasti ada sesetengah pembaca yang tidak suka baca buku yang berderet-derat dengan perkataan, inilah buku yang sesuai untuk dibaca.

Mungkin ada sesetengah masyarakat akan berkata/ berpendapat;
"Besar ( dimaksudkan umur yang sudah dewasa ) sudah tapi masih baca buku tahap kanak-kanak..,"

Bagi saya, membaca itu amalan yang baik asalkan buku itu memberi seribu pengertian yang berguna dan menyampaikan mesej yang baik kepada pembaca tegar.

I was like, " What Happened To This World?" - Page 7

Rating for 4 star!
Recommended kepada semua ulat buku...

Okaylah...Siapa peminat Nixon Siow?
Saya sebahagian daripada peminatnya, hihiii...

Kamu boleh ikuti perkembangan si penulis melalui :
Facebook   : facebook.com/nixonsiow
Instagram   : nixonsiow

Keropok Comics:
Facebook : Facebook.com/keropokComics

Buku boleh didapati di mana-mana Kedai Popular yang berdekatan.


Thank you sudi membaca !

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^