Review Buku : Tips Menjadi Individu Menarik oleh Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar
By Jovie J - 9/22/2019
Selamat petang blogger!
Hari ini Jovie mahu berkongsi tentang buku yang buat Jovie sentiasa segar dan berinspirasi sepanjang masa...
Buku menarik yang ingin dikongsi ialah:
Tajuk Buku : TIPS MENJADI INDIVIDU MENARIK
Penulis : Dato Dr.Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar
MukaSurat : 286 Muka Surat
Bahasa : Melayu
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd
Tahun Penerbitan : 2018
ISBN : 978-967-481-211-9
Hari ini Jovie mahu berkongsi tentang buku yang buat Jovie sentiasa segar dan berinspirasi sepanjang masa...
Buku menarik yang ingin dikongsi ialah:
Tajuk Buku : TIPS MENJADI INDIVIDU MENARIK
Penulis : Dato Dr.Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar
MukaSurat : 286 Muka Surat
Bahasa : Melayu
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd
Tahun Penerbitan : 2018
ISBN : 978-967-481-211-9
Cover depan
APA YANG MENARIK TENTANG BUKU INI?
Terdapat banyak tips yang dikongsi oleh si penulis kepada si pembaca...
Pengisiannya tentang bagaimana menjadikan kita kelihatan menarik dengan sifat keperibadian kita.
Boleh menaikkan semangat daya penarik kita tersendiri.
Sangat berguna untuk membangkitkan lagi semangat dan motivasi diri yang sudah lama tenggelam.
_______________________________________________
Mungkin anda tertarik untuk tahu sedikit pengisian yang berguna dalam buku ini ?
Jovie cuba kongsikan beberapa tips/bahagian yang sangat menyentuh kekuatan semangat...
Dalam buku ini terdapat 7 bahagian dengan pengisian yang sangat menarik:
Bahagian 1 - Definisi Menarik
Bahagian 2 - Lelaki Yang Menarik Pada Pandangan Wanita
Bahagian 3 - Wanita Perlukan Seorang Pelindung Seperti Ayahnya
Bahagian 4 - Ketampanan & Kecantikan Dari Dalam
Bahagian 5 - Bagaimana Lelaki & Wanita Saling Jatuh Cinta
Bahagian 6 - Tip-Tip menjadi Individu Menarik
Bahagian 7 - Menarik Yang Hakiki
Tidak diakui bahawa setiap peribadi kita mempunyai daya tarikannya tersendiri.
Kita menjadi menarik mungkin dari segi status latar belakang keluarga, harta, pendidikan, gaya fesyen, populariti, jawatan, material dan sebagainya...
Namun dalam buku ini penulis mengingatkan kita tentang sifat daya tarikan sebenarnya yang ada pada diri kita adalah bermula dari hati kita sendiri.
Semua mampu memiliki kehendak duniawi, tetapi tiada sesiapa mampu melatih hati kita sendiri untuk menjadi kelihatan menarik. Si penulis ingin membimbing kita untuk menghargai diri kita sendiri untuk menjiwai menariknya keperibadian yang kita miliki sekarang.
Yang menariknya buku ini juga membimbing kita bagaimana sifat penarik yang ikhlas dan bukannya yang dibuat-buat semata-mata untuk mendapat/meminta perhatian sahaja.
Bahagian 5, iaitu Bagaimana Lelaki & Wanita Saling Jatuh Cinta?
Bahagian yang sangat menarik pembaca, buat pembaca tertanya-tanya dan ingin tahu isi lebih lanjut.
Apabila seseorang jatuh cinta dan memperoleh cinta, dia sebenarnya membuka cinta pada hati seseorang yang lain melalui pintu yang tertentu. Pintu itu mungkin kecantikan wajah, kelembutan pekerti, kepetahan bercakap, kecerdasan fikiran,dan kesamaan nilai.
Ayat di atas menerangkan bagaimana cinta itu terjadi antara lelaki dan wanita dalam lumrah kehidupan. Daya tarikan yang menjadikan magnet cinta itu termeterai.
Sayangi orang lain seperti kita menyayangi diri kita...
" Bagaimana ingin membina perhubungan baik dengan manusia?"
" Sayangi orang lain seperti kita menyayangi diri kita."
Penulis juga menjelaskan bahawa senyum itu adalah daya tarikan seseorang. Dengan senyuman, lahirnya magnet menarik. Senyum memerlukan keikhlasan dan orang yang sukar menaburkan senyuman sukar untuk menerima orang di sekelilingnya.
" Terdapat banyak jenis senyuman dan senyuman terbaik adalah senyuman hati."
Kesimpulannya, buku sangat menarik untuk dibaca dan bermanfaat. Tajuk dan pengisiannya sangat jelas dan membuatkan pembaca membacanya berkali-kali kerana ia sangat mengingatkan kita tentang maknanya menarik pada setiap diri kita.
Salah satu faktor yang menjadikan seseorang menarik adalah apabila seseorang melakukan perkara yang luar biasa. Perkara luar biasa yang tidak dilakukan oleh orang ramai menjadi tumpuan dan cerita orang.
Rate : 5 bintang!
Sekian perkongsian untuk hari ini!
Thanks for reading my blog!
0 comments
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^