Pengalaman Mengambil Aliran Sastera ( Peringkat STPM )
By Jovie J - 11/01/2020
Hai semuanya🤗!
Di pengalaman tersebut, Jovie menceritakan tentang liku-liku perjalanan sebagai seorang pelajar sekolah.
Pasti kamu semua berfikir bahawa Jovie orangnya sangat genius dalam bidang kesenian sejak kecil, kan?
Hahaa, tidak. Jovie cuma lebih suka untuk menjiwai dan menghargai nilai sebuah seni...
APA YANG JOVIE PELAJARI DALAM ALIRAN SASTERA PERINGKAT STPM?
Masuk kelas sahaja, Jovie memang dikelilingi dengan jiwa keseniannya...Buktinya, ada Jovie explain di konten sebelumnya, hihii.
Untuk memasuki Aliran Sastera di peringkat STPM, sebenarnya harus berani menerima ilmu baru yang sebelum ini Jovie belum pernah belajar. Dahulunya, Jovie bukan asal dari dunia Seni ( Sastera ). Oleh sebab itu, Jovie terpaksa belajar asas ilmu Sastera daripada rakan sekelas yang memang mengambil aliran ini sejak Tingkatan Empat lagi. Bagi anda yang betul-betul berminat untuk mendalami bidang ini, tiada masalah untuk menceburinya. Asalkan niat mahu belajar itu sudah memberi kesedaran dalam diri kita masing-masing.
"Alaaa, belajar Seni tidak bawa kemajuan. Kau di situ-situ saja, tidak akan maju dan tidak akan layak diterima kerja government nanti..."
Sakit telinga Jovie bila mendengar hujahan daripada sesetengah pihak yang mengatakan spekulasi sendiri tanpa mengenal lebih dalam tentang aliran ini.
"Jangan peduli, hanya kamu yang lebih faham skop lebih luas tentang pendidikan seni ini!"
Dalam aliran ini, Jovie bukan setakat belajar Sastera saja, Jovie juga harus belajar subjek wajib ; Pengajian Am, Geografi, MUET, Bahasa Melayu.
Aliran sastera ( kemanusiaan ) ini pokoknya lebih tertumpu kepada pelajar yang berminat dalam dunia penulisan.
Okay, Jovie fokus pada subjek Sastera yang Jovie pelajari. Sastera ini adalah satu subjek yang berfokus pada penulisan karya. Tetapi dalam subjek yang Jovie pelajari ini, ia bukan setakat kemahiran penulisan sahaja, ada beberapa lagi teori yang perlu diasah agar pelajar sendiri mengetahui sejarah awal pembentukan sastera di dunia ini.
Yang pastinya sastera yang Jovie belajar bukan hanya tertumpu pada pembentukan Sastera dalam negara Malaysia sahaja, pelajar juga akan diketengahkan ilmu pengetahuan tentang karya Sastera dalam konsep tamadun dunia. Ini bermaksud pelajar juga fokus untuk mengetahui sejarah dan asal-usul kewujudan karya sastera di dunia ini.
Teori istilah Seni dan Sastera juga adalah perkara wajib untuk pelajar Sastera ketahui pada permulannya.
Selain itu, pelajar juga lebih tertumpu pada buku Sulalatus Salatin; di mana pelajar akan mengkaji lebih dalam tentang karya ini. Seperti belajar Komsas, tetapi ini lebih halus pengisiannya. Cabaran Jovie belajar mendalami karya Sulalatus Salatin adalah memahami maksud setiap perjalanan cerita...di situ juga terdapat banyak susunan cerita yang harus Jovie faham.
Karya Sulalatus Salatin sarat dengan penggunakan ayat sastera klasik...amat sukar untuk Jovie hadam setiap maksud dalam isi ceritanya.
Inilah yang kami pelajari dan wajib untuk kami menguasainya. Buku ini adalah mengenai sejarah melayu yang diselenggara oleh A.Samad Ahmad.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, Jovie akan kongsikan sedikit ilmu ini untuk pengetahuan anda semua.
Karyanya sungguh padat dengan perjalanan bermulanya empayar kesultanan Melayu Melaka.
Yang pastinya terdapat pelbagai unsur kajian yang perlu pelajar kupas tentang karya ini.
Selain itu, pelajar sastera juga didedahkan dengan ilmu pengetahuan Peribahasa ( Pantun, Sajak, Puisi, Seloka, Gurindam, dan yang berkaitan dengan dunia karya penulisan seumpamanya).
Pelajar juga akan mempelajari lebih dalam tentang penggunaan gaya bahasa yang betul untuk kaedah kemahiran penulisan yang tepat.
Perincian dalam bidang penulisan adalah sebahagian besar skop yang perlu pelajar ketahui. Seolah-olah kita sedang memasuki bengkel kemahiran menulis karya yang baik, begitulah prosesnya. Cuma dalam pembelajaran ini, pelajar diberi pendedahan lebih luas dan kajian menyeluruh.
KERJA KURSUS SUBJEK SASTERA PERINGKAT STPM?
Waktu zaman Jovie, pelajar akan diberi tugasan kerja kursus. Ada beberapa pilihan yang diberikan, dan Jovie memilih untuk menghasilkan sebuah video dengan tema yang telah ditetapkan.
Kerja Kursus persembahan multimedia dengan tema yang telah ditetapkan, disertakan portfolio, sinopsis, papan cerita penghasilan multimedia...
Kelihatan mudah, namun prosesnya tentunya mengambil masa yang lama kerana memerlukan pendetailan yang lebih terperinci.
Sudah pasti hasil kerja kursus akan dibentang di hadapan penilai, bahkan hasil kerja harus disimpan dalam bentuk Softcopy dan hardcopy.
Sini Jovie akan kongsikan sebahagian daripada format kerja kursus untuk pelajar Sastera :
Beginilah proses penyiapan kerja kursus khusus aliran Sastera untuk peringkat STPM...
Seni juga memerlukan pemantapan ilmu untuk melangkah lebih luas dalam bidang ini.
Bermula dari aliran inilah Jovie mulai perlahan-lahan mendalami karya penulisan. Cuma ketika itu Jovie belum begitu aktif melibatkan diri dalam bidang kesenian. Kerana masih belajar, Jovie hanya menumpukan diri untuk mendalami bidang ini.
MULAI MEMBUKA HATI UNTUK BELAJAR LEBIH JAUH
Setelah selesai pengajian peringkat STPM, Jovie menyimpan niat dalam untuk mencari skop lebih luas dalam bidang kesenian. Nampaknya semakin lama Jovie mulai cuba mengambil tahu dalam bidang ni...mulai timbul niat untuk belajar lebih dalam dunia seni.
Akhirnya, Jovie cuba nasib apply UPU Online dan Jovie ingin melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti terdekat, Universiti Malaysia Sabah.
Megah rasanya dapat merasai dunia institusi pengajian lebih tinggi🤗...menimba ilmu lebih untuk pemantapan ilmu di dada😍.
Pada masa yang sama, Jovie mencari info jika UMS ada nenawarkan pengajian dalam aliran seni...hanya melalui laman web rasmi.
Wow😍...ternyata UMS juga begitu menghargai nilai seni. Skop pengajian seni di UMS lebih besar dan terdapat beberapa pecahan lagi di dalamnya.
Ketika sedang menunggu jawapan UPU online, Jovie masih bekerja di tempat yang sama...dari sebelum masuk Form 6 hinggalah sebelum sambung pengajian level Degree, Jovie masih setia bekerja di tempat yang sama🤗.
TERSENYUM MENERIMA BERITA BAIK MENGHADIRI SESI TEMUDUGA😍
Setelah sekian lama menunggu, Jovie akhirnya menerima surat panggilan untuk menghadiri temuduga! Seriously!!! Jovie terima 2 sesi temuduga di UMS...
Sesi temuduga bidang Seni Kreatif,
Sesi temudiga bidang Seni Muzik.
Seriously, Jovie terkejut dan masih dalam ambang tidak percaya...inilah impian Jovie, dalam masa yang sama jantung berdegup kencang dan tidak tahu bagaimanakah sesi temuduga tersebut akan dijalankan?
DILEMA MEMILIH DUA SESI TEMUDUGA
Sejujurnya, banyak pilihan bidang yang Jovie masukkan dalam pilihan UPU...ada beberapa termasuklah bidang Psikologi, Hubungan Industri, Geografi, Seni Visual dan lain-lain yang berkait rapat dengan bidang yang Jovie ambil dalam STPM. Terkejut bahawa Seni kreatif dan Seni Muzik mendapat tempat yang sesuai dengan impian Jovie!
Namun, tetap masih ada dilema...
Samada ingin hadir sesi temuduga Seni Kreatif atau Seni Muzik?
Malam tu, Jovie berfikir dan ada satu saat jari jemari ini asyik mengusik leher,
" Kalaulah waktu interview muzik nanti, apa yang Jovie tahu? Sedangkan genre muzik saja Jovie tidak mengerti, apalagi ingin menyanyikan lagu...sepatah lirik pun mungkin belum muncul dalam kepala. Sudah tidak ada pengalaman, masuk kelas muzik atau vokal pun tidak pernah. Setakut tahu not Do Re Mi, itu saja...lain dari itu, fail!"
Panjang diskusi beberapa jam sebelum tidur waktu tu. Hujung penantiannya jawapan hati begini, " Terserah esok, tengok keadaan dulu. " Hahahaa...
Paginya, Jovie begitu semangat dan teruja ingin melihat bagaimanakah rupanya keadaan UMS dalam bidang kesenian?
Dah siap baju berpakaian lengkap, baju sukan. Mahu tahu kenapa? Dalam surat temuduga tu menyatakan bahawa saya harus memakai pakaian sedemikian. Entah apakah kejadiannya waktu interview nanti? Hahhaa
Usai bapa selesai parking kereta, nampaklah di situ ramai calon yang berbaris menunggu giliran. Seram! Masing-masing bawa sesuatu, ada yang siap bawa kertas hasil lukisan, ada yang siap bawa alat muzik. Menarik!
Dan gambaran tentang dunia seni di UMS sangatlah luar ekspetasi! Besar lukisan terpapar di dinding koridor, dengan hasil ukiran semut yang direka hanya dengan menggunakan besi terpakai. Wow! So unik...jatuh cinta! Terasa diri ni rasa dihargai dengan indahnya kesenian di sekeliling. Sejuk mata memandang.
Bukan itu saja, blok Seni di UMS tidak sunyi. Kehadiran calon temuduga dikelilingi student seni yang bebas berkarya di luar kelas! Dengar student bermonolog dengan pakaian watak mereka, main muzik, nyanyi...memang patut budak seni memiliki blok seninya tersendiri, sebab sangat meriah dengan dunia seni masing-masing. Hahaha...
Sini, saya memilih saat-saat akhir...Kreatif atau Muzik? Akhirnya, memutuskan untuk memasuki temuduga Seni Kreatif. Sesuai dengan niat paling dekat di hati.
SISTEM TEMUDUGA SENI KREATIF UMS ZAMAN JOVIE
Sesi Pertama ( Menulis Puisi )
Jovie masih ingat lagi tajuk atau tema yang dibagi itu berkaitan menara gading. Simple, tapi tulah...nak susun 5 baris dalam serangkap tu pun masih tersekat-sekat😂...Calon pada waktu itu juga diberi tempoh untuk menyiapkan puisi untuk ini.
Sesi kedua ( Menari )
Di sini, ingat Jovie akan disuruh menari sendiri. Ya ampun, 4 orang sekaligus dimasukkan. Terketar-ketar juga lutut bersedia. Hahaha, sekali masuk dalam studio...sesi perkenalkan diri. Lalu dimulailah menari mengikut rentak masing-masing. Dengan lagu pelbagai rentak muzik, tapi tarian tetap itu-itu juga. Hahahhaaa, lucu mengenang balik peristiwa.
Sesi Ketiga ( Bermonolog/Lakonan )
Selesai menari, kami diberi skrip monolog. Di sana, ada dua pilihan skrip. Berusaha menghafal sementara menunggu giliran, tahu tahunya terpaksa lanjut hadir semula keesokan harinya kerana waktu tidak mencukupi. Tarik nafas lega buat seketika sebab diberi peluang hafal skrip, hahhaa... keesokan harinya, hadir dengan hati was was...boleh hafal atau tidak? Hahaha...Masuk semula dalam studio yang sama, ni kali satu persatu datang ke hadapan melafazkan skrip monolog. Dan mahu tahu reaksi muka saya? Monolog tanpa mimik muka yang nyata dan seolah sedang membaca skrip. Teringat lagi, waktu itu kedua tanganku saling berpelukan di dada. Ya ampunn, Jovieee!!!
Hahahaa...juri yang juga selaku pensyarah seni pun kelucuan melihat reaksi Jovie bermonolog. Hahahaha!
Bah, okay!
Sebeginilah mulainya perjuangan Jovie melangkah sebagai pelajar seni.
Dan sekarang, biarpun Jovie sudah tamat belajar masih juga sedang memperjuangkan minat ke arah bidang seni. Kini, Jovie kembali mengasah minat dalam dunia penulisan.
Besarlah harapan Jovie;
Semoga suatu hari nanti, karya Jovie dapat memberi manfaat buat para pembaca nanti!
1 comments
Kalau psikologi.. Bidang kaunseling ja ada temuduga..
BalasPadamTerima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^