Puisi: TENGKAR

By Jovie J - 6/10/2020


Bisikan busuk mulai merebak
Minda yang bersih perlahan tercemar
Jiwa gelisah makin serabut
Habis binasa jiwa yang kotor

Perkara menjadi isu
Permainan minda meragut tekanan emosi
Semua jadi tidak sehaluan
Tidak keruan bagai cacing kepanasan

Panas baran jadi konflik
Jiwa terkandas menguasai keganasan
Iman jadi bualan angin kosong
Kebencian menguasai psikologi manusia

Perasaan buruk jadi taruhan
Erti penyesalan tiada ampun
Niat baik terkubur mati
Gambaran manusia berkepala ular

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^