Khasiat Pisang Untuk Kanak-Kanak

By Jovie J - 6/18/2020



Hye kamurang!
Lama sudah saya tidak share info yang berguna buat semua golongan!

Jadi, baru hari ini Jovie bersemangat mahu kongsi sebuah info yang tidak semua tahu khasiatnya buah pisang lebih terperinci.

Beruntung orang kampung yang punya pokok pisang berdekatan rumah tau...

Okay, mari kita cerita tentang buah pisang!

Pisang antara buah yang paling familiar di asia tenggara. Dan kebanyakan masyarakat suka menanam pokok pisang sebab banyak fungsi kita boleh manfaatkan daripada pokok pisang.

Terutamanya, daun pisang sangat berguna untuk dijadikan alas untuk buat kuih tradisional, juga digunakan sebagai atap sementara di pondok kebun dan pasti ada lebih banyak gunanya selain dari itu. Cuba kongsi cara kamu manfaatkan daun pisang di ruang komen!

Bukan hanya daun pisang, malah jantung pisang juga boleh digunakan sebagai bahan masakan. Pasti sedap, yummmyyy!

Kalau durian, kita perlu guna pisau atau parang untuk ambil isinya. Namun untuk pisang kita hanya perlu guna jari untuk buka kulitnya yang lembut. 

Pisang adalah salah satu pencuci mulut yang paling murah dan mudah didapati di kedai terutamanya di Malaysia. Trend sekarang, pisang sudah boleh dijadikan sebagai perisa dalam kek dan minuman.

Kalau zaman dahulu, pisang direbus dan rasanya sedap sangat!

Erk, sebelum itu...kamu perlu tahu bahawa pisang mempunyai saintifik namanya tersendiri:
Bahasa perancis - Banane
Bahasa Sepanyol - Platano, Banana

Tahukah kamu bahawa pisang adalah salah satu BUAH PALING BERNUTRISI yang ada di dunia!

Biasanya pisang yang belum masak itu terdiri daripada kandungan kanji.
Bila pisang itu semakin matang, kanjinya akan bertukar kepada gula seperti Sakrosa, Glukosa dan Fruktosa.

Jangan makan pisang yang masih mentah atau masih hijau sebab ia mengandungi kandungan kanji yang banyak yang sukar untuk dicerna perut. Ini akan menyebabkan perut kita kembung ( gas usus ) dan dispepsia ( ketakcernaan ).

KANDUNGAN NUTRIEN DALAM PISANG

Jumlah Protein yang sedikit ( 1% )
Jumlah Lemak yang sedikit ( kurang daripada 0.5% )
Vitamin B6.
Vitamin C
Vitamin B1
Vitamin B2
Vitamin E
 Folat
Mineral ( Kalium, Magnesium, Zat besi )
Serat Tumbuhan

Pisang mengandungi jumlah SEROTONIN yang sedikit.

PISANG MAMPU MERAWAT PENYAKIT-PENYAKIT SEPERTI BERIKUT:

1) Penyakit Koronari
- Kalium/natrium dapat mencegah hipertensi arteri, aritmia, strok dan kanser.
- Vitamin B membantu menghasilkan tenaga dalam otot jantung.
- Magnesium menghalang perkembangan arteriosklerosis dan mencegah serangan jantung.
- Serat tumbuhan menurunkan paras kolesterol.
- Sejumlah kecil serotonin bertindak sebagai vasodilator.

2) Penyakit Usus
- Merawat cirit-birit.
- Efektif bagi yang menghidap penyakit seliak ( penyerapan usus yang lemah ).

3) Penyakit Artristis dan Gout yang disebabkan oleh asid urik
- Mengalkalikan darah; membuang asid urik yang berleihan.

4) Diet yang rendah dalam natrium
- Disyorkan dalam kes-kes sirosis, asites ( penumpukan cecair serum di dalam rongga peritoneum).
- Edema ( kewujudan air yang banyak dalam ruang di antara sel tisu ).
- Keradangan kardium atau ginjal.
- Nefrosis atau kegagalan buah pinggang.

5) Diabetes
- Gula yang terdapat dalam pisang diserap dengan lebih perlahan dan tidak menghasilkan peningkatan mendadak dalam paras glukosa ( gula ) darah.


PISANG JUGA SANGAT BERMANFAAT UNTUK BAYI
Pisang sangat membantu perkembangan pertumbuhan yang sihat buat si anak kecil. Potasium dalam pisang membantu menjaga irama jantung dan memperkuatkan fungsi otot si  anak kecil. Teksturnya yang lembut dan mudah dikunyah memudahkan si anak kecil untuk menngunyah meskipun belum tumbuh gigi sepenuhnya. Justeru itu, ia membantu melancarkan sistem pencernaan bayi.


PISANG JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT KULIT MUKA!
Pisang memiliki banyak antioksidan; yang meyakinkan bahawa pisang ini juga sangat berkesan untuk buat masker muka! Antioksidan mampu mengatasi radikal bebas yang ada pada tubuh kita. Ia juga mampu untuk mengurangkan kedutan pada wajah sekaligus menghidupkan sel kulit yang rosak pada kulit.

Cara Buat Masker Dari Pisang?

1) Hancurkan 1 buah pisang
2) Masukkan madu dalam kuantiti untuk 1 sudu kecil
3) Masukkan telur putih untuk kuantiti 1 biji telur.
4) Gaul hingga sebati
5) Letakkan pada kulit wajah sehingga 30 minit ( Hingga kelihatan kering )
6) Basuh muka tanpa menggunakan apa-apa bahan pencuci ( untuk penyerapan lebih baik )
7) Lakukan ini 2-3 kali seminggu untuk kesan lebih baik.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^