Sosok tubuhnya kecil
Dengan peribadi yang bersahaja
Jiwanya semacam kembar aku
Yang kadang selesa menyendiri.
Terkadang menjadi persoalan hati,
Apa yang bermain di fikirannya?
Apakah sebabnya dia sebegitu?
Siapakah dia sebenarnya?
Lalu ku hanya mampu melihat,
Menjiwai sifat peribadinya
Menjiwai titik sendirinya
Memandang sesaat sosok tubuhnya
Sehingga kini dia tetap sendiri
Dengan sifat malu-malu kucingnya
Pandangannya mahu tak mahu
Dengan anggapanku yang belum terjawab.
0 comments
Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^