365 Misi Menyempurnakan Tahun 2020!

By Jovie J - 1/02/2020

Hai semuanya!

Sekian lama melapangkan diri tanpa menyentuh dunia blogging, akhirnya Jovie mencurahkan kata-kata suara hatinya...hihihii...

Selamat Tahun Baru 2020!

Hati Baru, Semangat pun kebaruan.

Tapi, terasa sedikit kelainan ambang perjalanan 2020,kan?

Atau mungkin kita masih belum biasa dengan dugaan baru 2020...


Hmmm...terpulang dari rasa hati kita masing-masing.


...............



Kelmarin @ tahun lepas, mungkin kita semua tidak sabar menghabiskan sisa tahun 2019, bagaimana pula pemikiran kita tentang dunia 2020?

Zaman kanak-kanak sehingga zaman remaja adalah waktu di mana kita suka bermimpi; mengimpikan apakah akan terjadi pada tahun 2020 nanti?

Maka banyaklah spekulasi bahawa kereta boleh terbang, semua serba canggih-manggih, kalau boleh pergi ke sekolah hanya perlu bawa tablet tidak perlu bawa buku berat-berat ke sekolah...Pergi sekolah tidak ketat peraturan, handphone mudah dimiliki, infrastruktur mewah...


Tetapi, adakah kita semua memikirkan bahawa kepintaran akhlak juga kalau tidak dididik sebaiknya....juga menyumbang kepada sifat tiada keperimanusiaan, 

Kasut,beg, baju, dompet semua diproses dari kulit haiwan yang hampir pupus...

Secanggihnya handphone mampu merosakkan budaya sosial sesama...

Secanggihnya pengangkutan mampu menyesakkan lagi perjalanan / mobiliti kita dari satu tempat ke satu tempat...

Sesedapnya makanan mampu meresap ribuan kandungan yang tidak sehat kepada tubuh badan kita...

Kos masuk tandas awam semakin naik mengikut perkembangan ekonomi semasa...

Makanan segera lebih mudah habis stok daripada makanan mentah masakan...

Manusia semakin malas mengajar kakinya berjalan dengan kehadiran lift dan escalator...

Manusia lebih jaguh tunjuk hebat tidak seberapa, demi perhatian...

Manusia lebih suka menghentam kerajaan tapi mereka sendiri tidak mencari kebolehan sendiri untuk capai kejayaan masing-masing...


.......................


Di mana mata hati kita?
Apakah manusia zaman kini semakin alpa dengan dunia moden?
Mulai lupa diri bahawa diri kita hanyalah pinjaman sementara selagi diberi nyawa berpanjangan?


Kita mengejar kemewahan duniawi, adakah dengan kemewahan itu kita mampu mengubah hati kita untuk jadi lebih baik?


..............


Jadi, bagaimana haluan kamu masing-masing di tahun 2020?






  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. menang berapapun di bayar
    ayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
    WA : +85587781483

    BalasPadam
  2. semoga tahun 2020 kita menjadi insan yg lebih baik

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi baca. Sila tinggalkan komen ya ^^