Sosok tubuhnya kecil
Dengan peribadi yang bersahaja
Jiwanya semacam kembar aku
Yang kadang selesa menyendiri.
Terkadang menjadi persoalan hati,
Apa yang bermain di fikirannya?
Apakah sebabnya dia sebegitu?
Siapakah dia sebenarnya?
Lalu ku hanya mampu melihat,
Menjiwai sifat peribadinya
Menjiwai titik sendirinya
Memandang sesaat sosok tubuhnya
Sehingga kini dia tetap sendiri
Dengan sifat malu-malu kucingnya
Pandangannya mahu tak mahu
Dengan anggapanku yang belum terjawab.
Kita sedar bahawa kita ada suatu saatnya akan jatuh sejatuh-jatuhnya...
Sampai ada satu saatnya pernah terfikir membuangkan diri daripada kehidupan realiti...
Hati jadi mati kerana hilang sabar,
Dan akhirnya emosi memakan diri.
Mungkin yang belum merasa, bersyukur...
Mungkin yang sudah belajar daripada ini , sedia terima proses-proses kehidupan...
Ikhlaskan diri menerima proses-proses kehidupan, inilah juga apa yang akan kita lalui di proses-proses seterusnya...
Tiada yang mudah, hanyalah terkadang merumitkan keadaan...
Dan percaya bahawa sabar itu besar nikmatnya.